PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Kisah Juraij; Pentingnya menyahut panggilan ibu

Friday, October 22, 2010


Di dalam kitab Syarah Al-Adabul Mufrad diceritakan, pernah terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij masih sedang bersolat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Lantas ibunya berdoa:

“Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”

Sejak saat itu, kaum Bani Israil mula bercerita tentang Juraij dan ibadahnya. Ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata:

“Jika kalian kehendaki, aku akan menggodanya untuk kalian.”

Maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij, tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu menyetubuhinya. Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa:

“Ini adalah anak Juraij.”

Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya.

Juraij bertanya: “Kenapakah kalian melakukan semua ini?”

Mereka menjawab: “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!”

Juraij bertanya: “Di manakah anak tersebut?”

Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.”

Maka Juraij bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut, memukul di perutnya, lalu bertanya:

“Wahai bayi, siapakah ayah kamu?”

Bayi itu menjawab: “Ayahku adalah seorang pengembala kambing.”

Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai kembali kepada Juraij, menyentuhnya dan menciumnya (kerana mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata:

“Kami akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan dengan emas.”

Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah sebagaimana asalnya.”

Apabila ditanya Juraij menjawab: “Suatu perkara yang saya ketahui, Saya terkena ucapan dari mulut ibu saya.”

Walaupun peristiwa itu dapat diatasi oleh Juraij, tetapi ia memberikan pengajaran yang cukup bermakna kepadanya. Suatu fitnah yang besar telah menimpa beliau. Sebagai seorang yang soleh dan mengabdikan seluruh hidupnya kepada Allah beliau tidak patut dimalukan dan disakiti begitu. Akhirnya beliau sedar bahawa itu adalah balasan kerana beliau telah menyakiti hati ibunya.

Kem intensif ilham kreatif Pendidikan Islam SPM 2010

Monday, October 18, 2010


Program Ilham Kreatif adalah cetusan idea Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Objektifnya ialah meningkatkan pencapaian pelajar yang sederhana dalam pelajaran Pendidikan Islam ke tahap yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan SPM. Kerana itu sasaran program ialah pelajar sederhana. Program ini dijalankan dalam setiap PPD dalam negeri Kelantan. Bagi daerah Bachok, ianya diadakan di Dewan Besar SMK Teknik Bachok.

Dalam program ini, setiap peserta dibekalkan sebuah buku modul yang mengandungi soalan-soalan yang dibina oleh guru-guru yang berpengalaman dari seluruh Kelantan. Pelajar dikehendaki berbengkel mengikut jadual yang disusun rapi untuk menyiapkan semua soalan tersebut di bawah pengawasan seorang fasilitator bagi setiap kumpulan yang terdiri dari 10 orang pelajar.

Program ini melibat 138 peserta dari 13 buah sekolah dalam daerah Bachok. Seorang fasilitator dilantik dari setiap sekolah dan dua orang penyelia bertugas mengkordinasi perjalanan program. Seorang pegawai PPD dan JPN bertindak sebagai pemerhati dan penasihat program

Usah buta kerana cinta

Sunday, October 17, 2010






MUTAKHIR ini banyak kisah menyanyat hati yang berlaku kerana cinta. Antaranya membiarkan kekasih mendera anak, lari mengikut kekasih hati sehingga ke luar negara, sanggup besekedudukan tanpa nikah, pembuangan bayi, sanggup menjadi keldai dadah dan berbagai lagi. Ianya dilakukan dengan rela hati kerana cinta yang mendalam.

Cinta memang indah, ia boleh membutakan mata dan hati. Kerana itulah lahirnya ungkapan 'cinta itu buta'. Cinta tidak kenal usia, jantina, pangkat dan kedudukan. Sekali terjatuh ke dalamnya, tentu bukan senang untuk berfikir dan keluar darinya. Kerana itu berfikirlah sebelum kita membuat keputusan untuk bercinta, sebelum kita menerjunkan diri kita ke dalam dunia percintaan. Janganlah jadi buta kerana cinta. Jika ditakdirkan jatuh cinta, bercintalah dengan waras. Bercintalah mengikut pedoman dan panduan yang tidak menyalahi aturan syarak dan adab.


Cinta bukan segalanya

Ramai orang terutamanya yang baru pertama kali bercinta menyakini bahawa cinta adalah segala-galanya. Mereka fikir, dengan cinta mereka akan hidup bahagia dan sempurna selamanya bersama pasangan mereka. 'Lautan api akan ku renangi' begitulah hebatnya kesetiaan dan kesediaan dalam bercinta. Kerana cinta mereka sanggup melakukan apa sahaja, asalkan dapat bersama orang yang dicintai

Tetapi hakikatnya tidak begitu. Jauh panggang dari api. Makanan, pakaian, keperluan anak tidak dapat dibeli dengan cinta. Anda dan pasangan akan hidup susah dan melalui kesempitan tanpa duit. Perbelanjaan semasa bercinta dengan selepas bersama tidak sama. Takkan mahu bergantung selamanya kepada ibu bapa. Oleh itu jangan menggadai persekolahan dan pembelajaran kerana cinta. Apa guna anda hidup miskin dan merempat bersama kekasih anda, sedangkan kawan anda mendapat pekerjaan dan suami yang baik walaupun tidak melalui percintaan seperti anda. Sanggupkah anda miskin seumur hidup asalkan dapat bersama pasangan anda? Jika anda sanggup, andakah pasangan anda juga sanggup?

Cinta lelaki lebih cenderung kepada seks

Suatu perkara yang perlu disedari oleh kaum wanita terutamanya remaja, bahawa cinta lelaki sebenarnya lebih condong kepada seks. Perempuan biasanya lebih kepada kasih sayang dan kesetiaan. Kerana sayang dan mahu mempertahankan kesetiaan perempuan mudah terperangkap dan terpaksa menyerahkan maruah mereka kepada lelaki, kerana itulah antara fokus lelaki dalam bercinta.

Sifat perempuan yang naif dan mudah dipujuk akan dipergunakan sepenuhnya oleh lelaki. Padahal dalam diri lelaki terlalu sedikit rasa setia. Mereka lebih inginkan kepuasan seks dan hiburan sahaja. Kerana itu lelaki akan lebih cepat bertukar cinta apabila ada peluang baru. Dalam satu masa mereka sebenarnya lebih suka memilih untuk mempunyai lebih dari seorang kekasih hati. Malah kadang-kadang mereka sanggup membawa kekasih mereka untuk diratah bersama rakan-rakan mereka.

Perempuan lebih menanggung risiko cinta

Percintaan yang tersasar akan meletakkan perempuan dalam risiko yang lebih tinggi. Selain kehilangan maruah diri, maruah keluarga juga akan turut tercemar. Mereka berisiko mengandung di luar nikah. Untuk menutup malu dan mencari lelaki yang bertanggungjawab mereka mungkin terpaksa berhenti sekolah dan berkahwin. Kalau tiada lelaki yang sanggup bertanggung jawab, mungkin bayi itu akan dibuang. Pendek kata, berkahwin atau tidak, kedua-duanya akan menjadikan masa depan perempuan itu lebih kelam dan suram.

Berbeza dengan lelaki, mereka akan bersikap lepas tangan apabila terpaksa. Mereka sebenarnya tidak bersedia untuk menjadi bapa. Mereka hanya ingin bersuka-suka sahaja. Tinggallah perempuan menanggung derita

Kehangatan Cinta ada penghujungnya

Jangan sesekali tertipu. Hayat cinta ada penghujungnya. Cinta boleh mekar dan hangat dalam tempoh tertentu sahaja. Mungkin setahun, mungkin dua tahun atau mungkin lima tahun. Selepas itu ianya akan pudar dan pupus. Tetapi kenapa ada rumah tangga yang boleh bertahan sampai 20 atau 30 tahun? Ada yang 50 tahun..sampai ke mati?

Sebenarnya bukan cinta yang membolehkan mereka bertahan selama itu. Rasa kebertanggungjawaban, rasa kasihan, rasa menghargai antara satu sama lain, anak-anak dan pegangan agamalah yang menjadikan mereka terus bersama walaupun sebenarnya kehangatan cinta telah pupus di jiwa mereka. Kerana itu, sikap-sikap tersebut sangat perlu diberi perhatian dalam memilih pasangan. Jika betul diikutkan cinta, sesuatu perkahwinan akan bertahan tidak lebih 5 tahun sahaja. Itulah yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat barat sekarang terutamanya artis sehingga menjadikan mereka takut untuk berkahwin. Trend ini nampaknya mula menular dalam kalangan selebriti tempatan, yang bercinta bagai nak 'rak' tetapi selepas dua tahun berkahwin, mula bergaduh sana bergaduh sini..

Masa bercinta dan berumahtangga adalah berbeza

Masa bercinta semuanya baik. Kekasih anda akan sentiasa cuba memenuhi setiap permintaan anda, walaupun sukar. Mintalah kekasih anda supaya melakukan apa sahaja, pasti akan cuba dipenuhinya. Pendek kata, semua perbuatan, sikap dan percakapannya akan sentiasa disesuaikan dengan selera anda.

Tetapi selepas berkahwin, ianya akan berubah. Mungkin 360 darjah. Selepas habis tempoh 'honeymoon' semua sikap dan perangai sebenarnya akan terserlah satu demi satu. Jauh berbeza dengan semasa bercinta dulu. Jika bernasib malang, bertemulah anda dengan suami yang menagih, panas baran, playboy, malas bekerja dan sebagainya..

Cinta tidak dapat mengatasi takdir

Jika anda bernasib baik, bertemu jodoh dengan orang yang baik dan teguh kewangan sekalipun, janganlah anda berkorban 100%, seperti berhenti sekolah kerana cinta atau berhenti kerja untuk bersama orang yang anda sayangi. Ingatlah takdir mungkin akan memisahkan anda darinya. Mungkin pasangan anda akan menemui ajal terlebih dahulu daripada anda. Ketika itu anda akan terkapai-kapai untuk meneruskan kehidupan. Sedangkan anda telah berhenti kerja untuk bersamanya. Bagaimana anda mahu menyara keluarga selepas itu?

Hubungan cinta boleh putus, hubungan keluarga tidak akan putus

Pasangan yang sedang dibuai cinta sering meletakkan kekasih mereka melebihi ibu bapa dan keluarga mereka sendiri. Mereka sanggup bertengkar dengan ibu bapa demi kekasih mereka. Bahkan ada yang sanggup lari meninggalkan keluarga untuk bersama kekasih hati. Malang sekali, mereka terlupa bahawa hubungan cinta bukanlah sesuatu yang kekal. Ianya boleh terputus bila-bila masa sahaja. Ketika itu barulah mereka sedar betapa tingginya langit. Lalu mereka pualang semula ke pangkuan keluarga. Baik nasib mereka, kerana hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak akan putus, walaupun anak-anak telah membuang ibu bapa, telah memalukan dan mencincang hati mereka. Seburuk manapun anak, ia tetap diterima semula oleh keluarga.

Oleh itu janganlah sesekali membuang keluarga demi kekasih

Melukakan hati ibu bapa adalah derhaka

Walaupun begitu perbuatan mereka tadi tetap dianggap sebagai derhaka kepada ibu bapa. Kerana mereka telah menyakitkan hati, menyusahkan dan memalukan ibu bapa. Mendahulukan kekasih dari ibubapa, lari mengikut kekasih, memutuskan hubungan dengan ibu bapa, berkahwin tanpa izin ibu bapa tanpa sebab yang sah..semuanya termasuk dalam derhaka kepada ibu bapa.

Derhaka kepada ibu bapa merupakan dosa besar. Ia akan menghalang seseorang daripada syurga. Itulah yang selalu kita dengar 'syurga di bawah telapak kaki ibu'. Cinta tidak sepatutnya menjadikan seseorang itu sebagai anak yang derhaka.


Manusia tidak akan mampu menanggung azab Allah

Akhir sekali perlu diingati, bahawa azab Allah itu terlalu pedih. Elakkan dan hindarilah walaupun anda sedang bercinta. Jangan sampai melakukan maksiat dalam bercinta seperti bersentuhan antara lelaki dan perempuan dan melakukan zina. Mungkin ada segelintir orang yang memandang remeh tentang dosa dan balasan neraka. Tetapi percayalah bahawa kesemua itu adalah benar dan manusia tiadak akan mampu menanggung azab Allah itu di akhirat kelak. Mereka akan menyesal dengan sebenar-benar penyesalan kelak.


Pembunuhan Syafiah Humaira; Butanya cinta seorang perempuan

Saturday, October 16, 2010


FEBRUARI 2010, sekali lagi negara dikejutkan dengan pembunuhan kanak-kanak. Syafiah Humaira yang berusia 3 tahun 4 bulan telah disepak, ditendang dan dipijak di sebuah padang bola oleh Mohd Fazli Azri Jamil, 28, yang juga merupakan teman lelaki kesayangan ibunya. Ibunya Siti Nurhanim Aziz telah tinggal bersama Aziz tanpa berkawin sehingga mendapat seorang anak yang bernama Amy.

Mengikut keterangan, semasa di padang Mohd Fazli menendang bola dan menyuruh anak kecil itu mengambilnya. Humaira mengambil bola itu dan membaling ke arah Fazli. Fazli mengerdik dan menyepak semula bola. Begitulah sehingga akhirnya Humaira dipijak dan ditendang. sebelum itu Mohd Fazli telah menutup pintu kereta yang terbuka sehingga mengenai Humaira yang berdiri di situ. Nenek Humaira juga memberitahu telah melihat kesan calar dan kesan dicucuh putung rokok pada badan cucunya itu.

Akhirnya pada 22 September lepas, Mohd Fazli dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh. Masyarakat berpuas hati dengan proses pengadilan tersebut walaupun ada segelintir yang sukar menerimanya. Antaranya ialah Nurhanim, ibu Humaira sendiri. Cintanya kepada Mohd Fazli tetap utuh. Dia tetap berada di sebelah teman lelakinya, tetap menyintainya sepenuh hati dan percaya teman lelakinya itu sangat menyanyangi anaknya Humaira.

Selepas hukuman dijatuhkan, Nurhanim pergi mendapatkan Mohd Fazli sambil menangis dan dicium oleh lelaki itu. Ketika ditanya selepas itu beliau menjawab bahawa beliau tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Apabila ditanya adakah beliau telah memaafkan Mohd Fazli, beliau menjawab: "Sebenarnya saya tidak pernah merasa marah kepada tertuduh sebab dia tidak bersalah dan tidak ada niat untuk bunuh anak saya." Menjawab soalan apakah dia masih menyanyangi Mohd Fazli, Nurhanim menjawab: "Sebab dia terlalu sayang anak sayalah (Humaira) saya sayang dia. tertuduh seorang yang penyanyang".

Begitulah cintanya Nurhanim kepada Mohd Fazli. Dia sanggup bergelumang dosa tinggal bersama Fazli tanpa nikah sehingga melahirkan seorang anak. Sanggup memejamkan mata dari melihat kesan calar dan putung rokok di badan Humaira. Bahkan lebih meratapi hukuman yang diterima teman lelakinya daripada kematian anaknya yang diperlakukan seperti seekor binatang sehingga menemui ajal. Itulah sifat yang susah diperolehi pada ibu-ibu lain, kerana kebanyakan ibu akan mendahulukan anaknya daripada orang lain.

Bertuahlah Mohd Fazli kerana berjaya menyemai cinta yang begitu hebat di hati Nurhanim kepadanya dan malangnya nasib Humaira kerana dilahirkan oleh ibu yang sedemikian

Keluarnya roh dari jasad

Thursday, October 14, 2010


SEBUAH hadis menceritakan tentang rasa berat, ngeri dan sakitnya detik tercabutnya nyawa (roh) dari badan, maksudnya: (Sakitnya sakaratul maut itu) kira-kira tiga ratus kali sakitnya tetakan pedang.

Adapun bagi orang yang benar-benar beriman, rohnya akan keluar dengan sangat perlahan. Namun begitu, kematian tetap masih amat menyakitkan. Orang kafir pula rohnya akan ditarik dengan amat keras oleh malaikat Izrael. Tentulah sakitnya akan berganda-ganda.

Disebutkan dalam satu riwayat, apabila seseorang itu sudah tiba pada saat ajalnya, mulutnya akan dikunci dan empat malaikat akan datang kepadanya. Malaikat pertama memberi salam dan berkata kepadanya: "Aku adalah yang menguruskan rezekimu, telah aku cari di seluruh bumi, timur dan barat, tetapi tidak aku jumpai sesuap pun rezeki untukmu. Sampailah kamu ke saat matimu"

Masuk pula malaikat kedua lalu berkata: "Aku yang mengurus minumanmu, samada air atau yang lainnya. Telah aku cari dalam seluruh bumi, timur dan barat. Aku tidak menjumpai walau seteguk air untukmu. Dekatlah sudah ajalmu"

Giliran malaikat ketiga pula. Ia berkata: "Aku yang mengurus nafas-nafasmu. Aku mencari di seluruh bumi timur dan barat, tidak aku temui lagi satupun nafasmu"

Kemudian masuk malaikat yang keempat lalu berkata: "Aku yang diamanah memegang ajalmu, telah aku cari ajalmu di seluruh bumi timur dan barat. Tetapi tidak aku temuinya"

Selepas itu masuk pula malaikat kiramul katibin (raqib dan atid) dari arah kanan dan kiri. Berkata yang dari arah kanan: "keselamatan bagimu, aku adalah yang diserahi amal kebajikanmu". Maka keluarlah lembaran yang putih dan diberikan kepadanya sambil berkata: "Lihatlah kepada amalmu". Maka gembira dan rianglah ia di kala itu.

Berkata pula malaikat yang di sebelah kiri: "Keselamatan atasmu, akulah yang diserahi amal kejahatanmu". Maka keluarlah lembaran yang hitam dan diberikan kepadanya sambil berkata: "Lihatlah kepadanya". Maka di kala itu keringatnya mengalir."

Setelah itu datanglah malaikat maut. Disebelah kanannya malaikat rahmat dan di kirinya malaikat azab. Ada yang ditarik nyawanya dengan sekali tarik, ada yang disentap dengan sekali sentap dan ada yang dilolos dengan sekali lolos. Setelah melewati kerongkong maka dicabutlah nyawanya, lalu dibawa ke hadrat Ilahi. Malaikat rahmat akan menyeru orang itu jika ianya baik dan ia akan diseru oleh malaikat azab jika mempunyai banyak amal kejahatan.

Setelah itu Allah membenarkan ruh dibawa semula ke rumahnya. Roh itu diletakkan oleh malaikat di tengah rumah. Ia melihat apa berlaku kepada jasadnya. Ia melihat siapa yang bersedih dan siapa yang tidak. Roh itu tidak mampu berkata-kata. Sehinggalah jasad itu dikebumikan maka roh itu diperintahkan kembali ke tubuhnya untuk menghadapi mungkar dan nakir.

Wallahu a'lam


rujukan
alam kubur (alam barzakh) digali dari al-Quran dan Hadis, M Ali Chasan Umar

Z Perempuan

Sunday, October 10, 2010

NAMA ERTI


ZADA Keberuntungan
ZAFIRAH Yang beruntung
ZAFRAH Kemenangan
ZAHIDAH Rendah hati
ZAHIRA Menzahirkan
ZAHIYAH Elok
ZAHRA Bunga
ZAHRAH Bunga
ZAIDAH Kelebihan
ZAINA Cantik
ZAINAB Anak Nabi
ZAITUN Buah zaitun
ZAKHRUF Emas
ZAKIAH Bersih
ZALFA Kulit mutiara
ZANIRAH Kecil dan lembut
ZARA Keemasan
ZARINA Permaisuri
ZARINAH Nama wanita dahulu
ZENIA Sejenis bunga
ZHAFIRAH Yang menang
ZHAFRAH Kemenangan
ZHALILAH Taman yang banyak pohon
ZHUFAIRAH Yang banyak menang
ZUBAIDAH Unggul
ZUHRIYAH Bunga
ZUHUR Bunga-bunga
ZULAIKHA Cantik
ZULFA Kedudukan yang dekant
ZURARAH Nama burung
ZUYYIN Dijadikan perhiasan

Y Perempuan

NAMA ERTI


YADAWIYAH Yang pandai
YAMAMAH Merpati
YAMNAH Sebelah kanan
YANIAH Matang
YAQUTAH Batu permata
YASIRAH Mudah
YASMIN Bunga melati
YUMNA Kanan
YUSRINA Kesenangan kami
YUSRIYAH Kesenangan


W Perempuan

NAMA ERTI


WABILAH Tongkat
WADIAH Yang bagus, bersih
WAFA Kesetiaan
WAFIA Kesetiaan
WAFIYYAH Sempurna, lengkap
WAHIDA Satu
WAHIDAH Satu
WAJIHAH Orang yang berkedudukan
WARDAH Bunga mawar
WASFA Yang punya sifat tertentu
WASHIFAH Anak bawah umur
WASILAH Jalan
WASIMAH Rupawan
WAZIRAH Menteri wanita
WAZNAH Pencari keadilan
WIDAD Kasih sayang
WIFAQ Kerukunan

U Perempuan

NAMA ERTI


UJUBAH Mengkagumkan
UBADAH Ibadah
UDULAH Adil
UDZAH Azimat
UDZRAH Halangan
UFAIRAH Pemberani
ULFAH Persahabatan
UMAIMAH Keibuan
UMAIRAH Nama wanita dahulu
UMAMAH Curu Rasul
UMMI Emak
UMMU Emak
UMMU KALSOM Puteri Rasul
UMNIAH Cita-cita
UMNIYATI Cita-cita
UNAIZAH Kambing betina
URJUWANAH Warna merah yang indah
UZDAH Ada unsur kelebihan
UZMA Terbaik

T Perempuan

Saturday, October 9, 2010

NAMA ERTI


TAZKIRAH Peringatan
TAHIRA Murni
TAHIRAH Murni
TAHIYYAH Kehormatan
TAMAMAH Pelengkap
TAQIYYAH Bertakwa
TUHFAH Hadiah
TUHINA Salji

S Perempuan

NAMA ERTI


SAADAH Kebahagiaan
SAADIAH Kebahagiaan
SABAHAH Berseri, cantik
SABARIAH Kesabaran
SABHAH Cantik, lawa
SABIHAH Cantik berseri
SABIKAH Nama sahabat Nabi
SABILAN Jalan, cara
SABIRAH Orang yang sabar
SABREEN Kesabaran
SABRINA Kesabaran kita
SADAH Ketua, ikutan
SADIDAH Jitu
SADIQAH Sahabat, teman
SADIRAH Tumpuan, pembuat
SAFA' Tulen, jati
SAFANAH Membuat kapal
SAFAWATI Kemurniaanku
SAFI Bersih, murni
SAFIAH Sahabat yang ikhlas
SAFIYA Suci
SAFIRAH Rantai leher
SAFRA Kuning keemasan
SAFRANI Nisbah
SAFUHAH Pemaaf, yang mulia
SAFURA Keemasan
SAFWAH Yang terbaik, yang bersih
SAFWANAH Yang bersih
SAFWANI Nisbah
SAGHIRA Sangat kecil
SAHIRA Memikat hati
SAHIRAH Tanah yang subur
SAHLA Lembut, fasih
SAIBAH Yang betul
SAIDAH Pemimpin
SAIHAH Yang berpuasa
SAIFANAH Lenjang seperti pedang terhunus
SAIYIDAH Ketua, pemimpin
SAJIAH Tenang
SAJIDAH Yang sujud kepada Allah
SAJINAH Aliran air dari bukit
SAKINA Lembut, tenang
SAKINAH Ketenteraman
SALAHIAH Kelayakan, kesesuaian
SALAMAH Kesejahteraan
SALIBAH Kuat, tangkas
SALIHAH baik, berguna
SALIMA Keamanan
SALIMAH Yang selamat, terkawal
SALIMI Sejahtera
SALMA Sejahtera
SALMAH Yang berpuasa
SALWA Penghibur, madu
SALWAH Kemewahan hiburan
SALWATI Hiburan hati
SAMAH Murah hati
SAMAHAH Murah hati
SAMAHATI Murah hati
SAMHANA Murah hati dan berfikiran luas
SAMIHAH Pemaaf, pemurah
SAMINAH Berharga
SAMIRAH Teman
SAMRA Yang hitam manis
SANA Berkilau-kilauan
SANIAH Halus dan lembut
SANINAH Kenaikan tingkat
SARAH Nama isteri Nabi Ibrahi
SARAHAH Yang terus terang
SARAMAH Ketegasan
SARAYA Istana
SARIAH Tiang bendera
SARIHAH Yang berterus terang
SARIMAH Gigih, cekal
SARIYAH Bermaruah, pemurah
SAUDAH Kebahagiaan
SAWANI Pemelihara
SHADRINA Dada kami
SHAFA Kejernihan
SHAFIYAH Kejernihan
SHAHMINA Yang cerdik
SIDDIQAH Yang bercakap benar
SILMINA Damai
SIMA lambang keindahan
SINWAH Kerabat
SITI Gelaran bagi perempuan
SOBHAN Wajah berseri
SOFIA Menawan
SOMIMI Sejati
SORFINA Bersih
SORHANA Istana
SUAIDAH Kebahagiaan
SUBHATI Doa
SUBHATINA Doa
SUHA Nama bintang
SUHAILA Yang senang
SUHAILAH Yang senang
SUHAIMAH Keberuntungan
SUKAINAH Tenang
SULAIMAH Selamat
SUKNA Kediaman
SULWANA Hiburan hati
SULWANI Hiburan hati
SUMAYAH Kebangaan
SUMIYAH Nama perempuan pertama terkorban
SUNAIYA Nisbah
SURAIYA Cantik
SUSANI Pokok bunga
SYABIBAH Kemudahan
SYABIYAH Muda remaja
SYABLANI Penyanyang
SYABRAH Pemberian
SYADIYAH Beradab, berilmu
SYADNI Pokok bunga
SYAFAAH Pertolongan
SYAFAWATI Penawarku
SYAFIAH Pembela
SYAFIQAH Baik hati, penyanyang
SYAHAMAH Cerdik
SYAHDAH Madu lebah
SYAHDINA Madu lebah
SYAHIDAH Saksi
SYAHIDAH Syahid, kesaksian
SYAHINDAH Takwa, warak
SYAHIRA Yang terkenal
SYAHIRAH Termasyhur
SYAHMAH Hati yang suci
SYAHMINA Cerdik
SYAHRAINI Dua bulan
SYAHZANANI Permaisuri
SYAIDA Pembinaan
SYAIMA Yang ada tahi lalat
SYAIMAH Pengawas
SYA'IRAH Penyair
SYAKIRA Yang berterima kasih
SYAKIRAH Yang bersyukur
SYALABIAH Yang cantik, yang genit
SYAMILAH Lengkap
SYAMIMI Yang berbau harum
SYAMISAH Cerah, terang
SYAMLINA Rakaman
SYAMSIAH Matahari
SYAMSINA Matahari
SYAQIQAH Saudari kandung
SYARAFAH Kemuliaan
SYARAFANA Kemuliaan
SYARIFAH Kemuliaan
SYARAH Keindahan
SYARIAH Bulan
SYARIFAH Kemuliaan
SYASYA Berseri-seri
SYAUQINA Rindu
SYAURAH Cantik, lawa
SYAZA Keharuman
SYAZANA Kecergasan
SYAZILAH Nama tempat
SYAZIYAH Harum, wangi
SYAZWAN Kecergasan
SYAZWANA Bau kasturi
SYAZWANI Keharumanku
SYAZWINA Bau kasturi
SYIBRA Pemberian
SYIFA Penawar
SYIMAH Keperibadian
SYUHAIDAH Syuhaidah
SYUHRAH Syuhrah
SYUKRIAH Syukriah
SYUKRINA Syukrina

R Perempuan

NAMA ERTI


RABAB Alat muzik arab
RABAHIYAH Keuntungan
RABIAH Taman yang subur
RABIATUL ADAWIYAH Nama sufi wanita
RABIHAH Yang beruntung
RABITAH Perikatan
RADHIAH Yang rela, yang redha
RADIFAH Pengikut, patuh
RADWA Bukit di Madinah
RAFHANAH Hidau bahagia dan mewah
RAFIAH Yang mulia
RAFIDAH Yang membantu dengan memberi
RAFIFAH Berakhlak baik
RAFILAH Anggun
RAFIQAH Kekasih, teman
RAGHIDAH Bahagia
RAHIDAH Lembut
RAHIFAH Tipis
RAHAH Kegembiraan, kerehatan
RAHANI Nisbah
RAHIMAH Penyanyang
RAHMAH Rahmat, belas kasihan
RAHMATINA Rahmat, belas kasihan
RAHMUNA Kasih sayang
RAHUMAH Penyanyang
RAHWANI Kemuliaan
RAIDAH Pemimpin
RAIHAH Gembira kerana yakin
RAIHAN Tumbuhan yang berbau wangi, rezeki
RAIHANAH Jambak bungan yang harum
RAIMI Kelebihan, keutamaan
RAISAH Perempuan kaya yang berkuasa
RAISHA Pemimpin
RAJIAH Yang menaruh harapan
RAJIHAH Mantap timbangnya
RAJINAH Jemaah, kesatuan
RAJIYYAH Yang diharapkan
RAKHA Kebahagiaan
RAKINAH Yang sentiasa berhati-hati
RAKIZAH Emas perak dalam tanah
RAMIZAH Yang asli, yang berkat
RAMLAH Halus
RAMZIAH Lambang
RANAH Cantik, lawa
RANIAH Mempersona
RANINAH Gemerincing
RANNAN Gemerincing
RAQIBAH Ketua, pemimpin
RAQIQAH Lembut
RASANAH Ketenangan, ketegasan
RASHA Gazel muda
RASIAH Teguh
RASIMAH Pelukis
RASINAH Tenang, tegas
RASLIYAH Nisbah
RASMAH Lukisan
RASMINA Lukisan
RASMIYATI Nisbah
RASMIYAH Secara rasmi
RASYIDAH Yang cerdik
RASYIQAH Cantik, rajin
RATIMAH Menguatkan
RAU'AH Amat cantik
RAUDAH Taman
RAUHAH Baik
RAUHATI Nyaman
RAUNAQAH Muda remaja
RAUQAH Kecantikan yang menawan
RAUZAH Bunga
RAWAHAH Gembira kerana keyakinan
RAWIAH Sihat akal dan tubuh badan
RAZAN Yang tenang, pendapat yang tulen
RAZANAH Yang terhormat dan disegani
RAZINAH Lemah lembut
RAZITA Bunga
RIDA Keredhaan
RIDWAH Keredhaan
RIDWANA Kesukaan, keriangan
RIFA Setuju
RIF'AH Ketinggian, kemuliaan
RIFDAH Pemberi pertolongan
RIFQAH Kelembutan
RIHANA Sweet basil
RIMA Antelop putih
RIZQAH Rezeki
RUDAINAH Yang memintal benang
RUHANA Jiwa kami
RUHAYA Jiwaku
RUHIYAH Mengenai jiwa
RUKNIAH Kekuatan, kefahaman
RUMANAH Buah delima
RUQAYYAH Nama anak Nabi, ketinggian
RUQYAH Penawar, jampi
RUSYDAH Petunjuk
RUSYDINA Petunjuk
RUSYIDAH Petunjuk
RUWAIDAH Berjalan dengan senyap
RUZANA Ketenangan

Q Perempuan

NAMA ERTI


QABSAH Menuntut ilmu
QADIRAH yang berkuasa
QADISAH Suci
QAHIRAH Yang gagah
QAIREEN Kebaikan
QAIDAH Pemimpin
QAIRINA Kebaikan
QAISARA Permaisuri
QAISUM Tumbuhan berbunga harum
QAMAR Bulan
QAMARIAH Bulan
QAMARINA Bulan
QAMRA Bulan
QANAAH Yang puas
QANIAH Yang puas
QANITAH Taat, berbakti
QARIAH Pembaca
QARIBAH Dekat
QARIHAH Bakat
QARINAH Pendamping, kawan
QARIRAH Lembut, disukai
QASAMAH Keindahan
QASDINA Sederhana
QASIMAH Cantik, lawa
QASRINA Istana
QATINAH Terjaga, terpelihara
QATRUNNADA Titisan embun
QAWIMAH Yang lurus
QAYYIMAH pemimpin
QIBLAH Arah solat
QILADAH Perhiasan
QISMAH Nasib
QISMINA Bahagian
QISTINA Keadilan
QISYA Dalam keadaan baik
QIYANAH Asuhan, jagaan
QUDWAH Ikutan
QUDWATI Contoh
QURRATU AIN Buah hati
QUTNINA Kapas

N Perempuan


NAMA
ERTI


NAAMAH
Tinggi, besar
NA'IFA
Orang yang berjaya
NA'IFAH
Kedudukan tinggi
NABAHAH
Cerdik, mulia
NABIGHAH
Kenamaan, mulia
NABIHAH
Yang cerdik
NABILA
Mulia
NABILAH
Yang cerdik
NADA
Embun di pagi hari
NADHA
Embun di pagi hari
NADHIFAH
Bersih
NADHILAH
Pejuang
NADHIRA
Yang berseri, yang segar
NADHIRAH
Yang berseri, yang segar
NADHRAH
Keindahan
NADIA
Pemurah, mulia
NADIAH
Pemurah, mulia
NADIMAH
Yang sedar, insaf
NADIRA
Khusus, unik
NADIYAH
Awal mula sesuatu
NADRAH
Sekeping emas
NADZIFAH
Bersih
NAFAHAT
Pemberian
NAFHAH
Pemberian
NAFIAH
Yang berguna
NAFIJAH
Megah, mulia
NAFILAH
Ibadah tambahan
NAFISAH
Yang berharga
NAFIZAH
Jendela
NAFLAH
Sukarela
NAHIDAH
Bangkit, bergerak
NAHILAH
Yang menyumbang ilmu
NAHIYAH
Orang yang melarang
NAHJAH
Jalan yang terang
NAHLA
Minuman naifah
NAHWAH
Berakal
NAILAH
Yang suka memberi
NAIMAH
Lembut, tenang
NAIMI
Kenikmatan
NAJAH
Kejayaan
NAJAT
Keselamatan, kejayaan
NAJATI
Kejayaanku
NAJDAH
Pertolongan
NAJIBAH
Yang cerdik
NAJIDAH
Berani
NAJIHAH
Yang berjaya
NAJILAH
Sejenis tumbuhan
NAJIMAH
Bintang
NAJIYAH
Memanjat
NAJLA
Yang mempunyai mata yang cantik
NAJMA
Bintang
NAJMAH
Bintang
NAJMI
Nisbah
NAJMINA
Bintang
NAJMUN
Bintang
NAJWA
Bisikan rahsia
NAJWATI
Keselamatan
NAJYA
Kejayaan
NAQIBAH
Ketua, fikiran yang tajam
NAQIYAH
Bersih, suci
NASFATI
Keadilan
NASHIDA
Pelajar
NASIBAH
Yang sesuai, berketurunan mulia
NASIHAH
Nasihat
NASIMAH
Angin sepoi-sepoi bahasa
NASIRAH
Penolong
NASJAN
tenunan
NASRIAH
Pertolongan
NASRIN
Bunga
NASRIYAH
Kemenangan
NASUHA
Suci murni
NATRAH
Gembira
NAURAH
Bunga
NAWAL
Pemberian
NAWWARAH
Yang bercahaya
NAYLI
Pencapaianku
NAZIFA
Bersih
NAZIHAH
Bersih
NAZILI
Pakaian dan makanan yang berkat
NAZIMAH
Yang mengatur
NAZIRAH
Penyelia
NAZLAH
Kemenangan
NAZMINA
Penyusunan
NAZURAH
Pemimpin yang disanjungi
NIDA
Panggil
NIHLAH
Pemberian
NISA
Puan, gadis
NISRIN
Harum bunga mawar
NISRINA
Bunga mawar putih
NUBLAH
Budi pekerti yang tinggi
NUHA
Pintar
NUKMAH
Kegembiraan
NUMA
Cantik
NUR
Cahaya
NUR AMALINA
Cahaya harapan
NUR AZMINA
Cahaya keazaman
NUR DINI
Seri agama
NUR HASANAH
Seri kebaikan
NUR HUSNINA
Cahaya kecantikan
NUR LAILATI
Sei malam
NUR LAILI
Seri malam
NUR NAJMINA
Cahaya bintang
NUR QAMARINA
Cahaya bulan
NUR SABRINA
Cahaya kesabaran
NUR SYAMSINA
Cahaya matahari
NURAIN
Dua cahaya
NURAINI
Cahaya mataku
NURIN
Cahaya
NURINA
Cahaya kami
NURIYAH
Nisbah
NURJANNAH
Cahaya syurga
NURJIHAN
Nama seorang perempuan
NURJEHA
Cahaya dunia
NURUL
Cahaya
NURUL AIN
Cahaya mata
NURUL ASYIQIN
Cahaya pencinta
NURUL HAYATI
Cahaya hidupku
NURUL HUDA
Cahaya petunjuk
NURUL JANNAH
Cahaya syurga
NUSRAH
Pertolongan
NUSRAT
Kejayaan
NUSRATINA
Pertolongan
NUWAIRAH
Bunga
NUZHA
Tempat hiburan
NUZHAH
Rekreasi



























































































































































































































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil