..mam
Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan
beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin
Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib
bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan
Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu
Abdul Manaf.
Beliau
dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk
daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767
Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah.
Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi
ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam
perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal
dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan
ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan
ibunya kembali ke Kota Makkah.
Ketika
berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz.
Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’,
karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya.
Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith
Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.
Kerana
kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan
memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat
sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil
Haram di Makkah.
Ketika
berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam
Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan
akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi
ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Tentang
ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah
diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu
kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan
sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk
solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.
Ketika
Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi
setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus
menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang,
secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka
ramai orang yang memfitnah beliau.
Ahli
sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun
Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab
golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah,
mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu
keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana
kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.
Suatu
kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam
surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan
supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling
penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan
penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan
ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai.
Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat
tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para
pemimpin Syiah.
Ketika
peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie
dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya.
Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki
mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara
(Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan.
Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang
menyebabkan darah-darah hitam melekat pada
rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.
Pada
suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu
persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah
mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan
memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari
leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan
kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.
Imam
Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan
memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau
dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya
hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana
kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam
Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar
memperhatikan beliau.
“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”
“Wa
alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian
baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan
yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa
engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum
mendapat izin dari saya?”
Imam
Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah”
kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.”
Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian
Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang
bermaksud:
- “Dan Allah
telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di
antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa
Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di
bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum
mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi
mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan
Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah
mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”
“Saya
tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila
saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah
saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda
memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu
yang mengikat lmam Syafie itu.
Setelah
rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu
dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah
Hujarat ayat 6:
- “Hai
orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang
fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan
teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada
suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal
atas perbuatanmu itu.”
Baginda
Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia
berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau
agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana
kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu
wahai Imam Syafie.”
Demikianlah
kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak
lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak
yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang
sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta
pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai
suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.
Dipetik dari
http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=3227979964114658341#editor/target=post;postID=4451737737160817308
0 comments:
Post a Comment