PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Pengertian Puasa

Thursday, July 19, 2012

Perkataan puasa (صوم) pada bahasanya bererti menahan diri. Manakala dari segi istilah atau yang dikehendaki oleh syarak bermaksud menahan diri daripada makan atau minum serta segala perkara yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

Dengan itu orang yang berpuasa ialah orang tidak makan atau minum serta tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Makan minum tak kira banyak atau sedikit akan menyebabkan puasa seseorang itu batal. Malah makan atau minum yang tidak menggunakan mulut barangkali seperti pesakit dihospital dikira tidak boleh bagi orang yang berpuasa.

Apa pula yang dimaksudkan dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa, yang selain dari makan dan minum itu. Perkara-perkara tersebut ialah;

  1. Muntah dengan sengaja
  2. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  3. Keluar darah haid atau nifas
  4. Gila (hilang akal)
  5. Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  6. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  7. Murtad (keluar dari Islam)
  8. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
Jadi kesemuanya adalah 9 perkara yang mesti ditahan diri dari melakukannya. Itulah yang dimaksudkan dengan puasa. Kalau tidak, seseorang itu tidak dikira berpuasa. Ini adalah pengertian yang ditetapkan oleh ulama Fikah. Kalau cukup 9 perkara ini puasa seseorang itu sudah dikira sah.

Tetapi ada pula ulama yang menaikkan lagi tahap pengertian puasa dengan memasukkan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang haram seperti mengumpat, mencaci, menghina, mencarut dan sebagainya. Malah ada yang menambah lagi dengan menahan diri dari sebarang rasa atau lintasan hati yang tidak baik seperti dengki, lalai, marah, ujub dan seumpamanya. Ini adalah maksud puasa yang terbaik. Dan inilah hakikat puasa yang sebenar-benarnya. Inilah pengertian puasa yang sebenar, terutamanya bagi ulama tasuf yang antaranya ialah Imam al-Ghazali. Bagi mereka puasa yang di atas tadi tidak akan mendapat apa-apa pahala kecuali mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Kerana itu, kesimpulannya pengertian puasa bukan hanya setakat tidak makan, minum atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga. Tetapi ia juga turut merangkumi menahan diri dari sebarang perbuatan atau perasaan yang tidak baik dan melalaikan. Inilah puasa yang akan mendapat ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah.
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil