cetakan terkini
PENULIS: MUHAMMAD BIN ZAKARIA
HARGA: RM9.00 Sebuah
Tel/Whatsapp/Telegram: 019-9195765
Cetakan 2018
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat sokongan para sahabat, MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM keluar lagi untuk cetakan kali ke empat dengan wajah yang serba baharu. Antara pembaharuan Modul kali ini ialah;
- Diberi nama baru MODUL GEMILANG BUKU KERJA DAN LATIHAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5.
- Mengandungi buku kerja dan buku latihan. 2 dalam 1
- Soalan bertaraf SPM termasuk soalan KBAT bagi setiap topik
- Persembahan dalaman yang lebih kemas
- Grafik kulit yang baharu
Kenapa soalan latihan dimasukkan dalam modul ini?
Kerana saya pernah dengar pelajar kata, "Pendidikan Islam releks, sebab cikgu takde bagi latihan. Tak macam subjek lain, math, fizik, kimia, sains. Hampir tiap hari ada kerja rumah, ada latihan."
Memang perkara itu berlaku kot. Subjek Pendidikan Islam kekurangan latihan. Bila kurang latihan, pelajar kurang pengetahuan tentang teknik menjawab. Ini menyebabkan mereka gagal mendapat markah terbaik walaupun mereka menguasai sukatan pelajaran dengan baik. Sebagai guru yakin pelajar sudah tahu. Mereka mesti dilatih dan terus dilatih menjawab.
Di samping itu, dengan latihan juga kita dapat mengukur tahap penguasaan pelajar terhadap sukatan. Ini penting kepada guru agar dapat mengambil langkah yang wajar untuk menampung kelemahan pelajar.
Kebaikan lain menggunakan modul ini
Kepada Pelajar;
- Harga yang lebih kurang dengan buku log, pelajar tidak perlu belanja lebih kerana buku ini akan menggantikan buku log
- Pelajar tak perlu susah-susah bahagi buku nota ikut bahagian. Pendidikan Islam ada 6 bahagian. Ayat, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah dan Adab. Walaupun bunyinya mudah sahaja, membahagikan buku tulis kepada 6 bahagaian seperti di atas, tapi hakikatnya ramai pelajar yang tidak dapat melakukannya dengan baik. Notanya bercampur aduk antara bahagian-bahagian tersebut, menyebabkan notanya tidak mampu dijadikan buku rujukan
- Modul ini telah menyediakan ruang-ruang kerja untuk dipenuhkan oleh pelajar. Pelajar hanya perlu buka rujukan, cari jawapan dan isi dalam modul ini
- Mengandungi isi-isi penting dalam setiap topik
- Pelajar lebih seronok belajar. Saya cadangkan supaya pembelajaran berkumpulan lebih kerap diadakan.
- Pembelajaran lebih jelas, teratur dan berfokus
- Menjimatkan masa kerana banyak yang telah ada dalam modul tersebut
- Nota menjadi lebih kemas
Kepada Guru
- Pengajaran lebih mudah kerana guru tahu isi penting dalam setiap tajuk dan perkembangan langkah-langkah dalam pengajaran
- Pengajaran lebih tersusun dan teratur kerana hanya perlu terang atau bincang ikut soalan yang ada. Tiada lagi kekeliruan mengenai apa pula yang patut diterang atau dibincang seterusnya.
- Pengajaran lebih menarik kerana guru jelas apa tindakan mereka
- Teknik pengajaran lebih mudah dipelbagaikan seperti perbincangan kumpulan, mencari jawapan di internet. pusat sumber dan sebagainya
- Tugas guru menjadi lebih mudah kerana PdP berpaksikan pelajar dapat dijalankan seperti meminta mereka mencari jawapan diperpustakaan dan guru hanya bertindak sebagai pemudah cara sahaja
- Membolehkan sukatan dihabiskan lebih cepat. Kalau pakai teknik lama rasanya terkejar-kejar juga untuk habiskan sukatan sebelum percubaan SPM
CARA PEMBELIAN
- MASUKKAN DUIT KE DALAM AKAUN 103088100304 (MAYBANK - MUHAMMAD B ZAKARIA)
- MAKLUMKAN KE NOMBOR DI BAWAH DENGAN MENYERTAKAN BUKTI PEMBAYARAN
- SERTAKAN ALAMAT POS
- BUKU AKAN DIPOS DALAM MASA 2 HARI KERJA SETELAH PEMBAYARAN DISAHKAN
- POS LAJU ATAU PARCEL UDARA ATAU BUNGKUSAN BERDAFTAR HANYA UNTUK PEMBELIAN YANG MELEBIHI 20 BUAH SENGAN SATU PEMBELIAN SAHAJA
Hubungi saya:
Tel/Whatsapp/Telegram: 019-9195765 (ust Muhammad bin Zakaria)
Facebook: https://www.facebook.com/muhammad.zakaria.332
Tel/Whatsapp/Telegram: 019-9195765 (ust Muhammad bin Zakaria)
Facebook: https://www.facebook.com/muhammad.zakaria.332
Semoga segala usaha kita diberkati Ilahi
Terima kasih
CETAKAN 2018
Cetakan 2017
Cetakan ke 3 dan ke 4
cetakan pertama 2012
1 comments:
assalamualaikum, abe mat pos 10 buah dulu.. nati ambo pm inbox
Post a Comment