PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER
Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

BANJIR DISEMBER 2012

Saturday, December 29, 2012

 Musim banjir datang lagi. Dah musimnya. Ni pun dah lewat berbanding tahun-tahun dulu. Setelah hujan dalam tiga empat hari, akhirnya beginilah keadaan di sekeliling rumahku. Kat belakang rumah dah jadi macam swimming pool. Tingkat bawah rumah juga dah ditenggelami air. Ada le separas lutut anakku, Nasib baik aku duduk kat atas. Kalau tak susah juga. Tapi ni pun susah juga kena cuci lepas ni.

 Keadaan belakang rumahku selepas sehari dua hujan


Selepas 3-4 hari hujan. Macam tasik dah nampak

 Pemandangan sebelum air naik

 Setelah air naik

 Main air...


Dapur tingkat bawah...

Dalam rumah tingkat bawahpun dah penuh air

Itulah antara beberapa gambar banjir tahun ni yang sempat dirakamkan. Hari ni 29/12/2012, air dah takde....cuma kat belakang masih ada lebih kurang sama dengan gambar sehari dua hujan. Cuma air masa surut ni lebih kotor berbanding masa naik dulu. Kemuncak banjirnya kelmarin dulu. Tapi ni baru pusingan pertama. Biasanya hujung tahun macam ni akan ada 2 atau 3 pusingan banjir. Apapun, minta-minta pada Allah, moga banjir yang melanda tidaklah sampai menjadi bala atau petaka ke atas keluargaku dan seluruh umat Islam. Amin

MALAM DI KUALA LUMPUR

Monday, December 24, 2012

Duduk kat sini taklah kelaparan, tak ada masa lapar. Kejap makan, kejap makan. Rasa macam ayam daging pulak. Aktiviti yang menegeluarkan peluh tak ada langsung. Walaupun perut sentiasa penuh dengan makanan, tapi tiap malam kami keluar makan. Sampai je pukul 10, ada la yang mengajak ke warung, makan roti canai.

Tiap malam kami ke kedai yang berbeza. Nak test rasa katakan. Tapi satu perkara yang sama, semua warung adalah kedai India. India muslim katanya. Tak tahulah betul ke tidaknya. Sekali tu kawan aku tanya pelayan yang ambil order, "kamu ni muslim ke bukan?". "Saya tidak muslim tapi tauke muslim", jawabnya. Bila ditanya yang mana satu tauke dia cakap tak ada pulak. Kalau kat Kelantan, warung-warung begini saya tak masuk rasanya. Tahap kebersihan pun, naik loya nak telan roti canai yang disediakan.

Satu malam tu entah macamana kawan aku tu bawa kami semua le warung yang ada servis sisha. Orang Kelantan panggil 'gogoh' kalau tak salah. Terkedu jua aku seketika. Mana tidaknya, suasananya macam kedai ganja. Semua orang sibuk dengan shisha masing-masing. Lelaki dan perempuan, semuanya ada. Agak-agak ada dalam 30 buah meja. Asap berkepul-kepul dengan suasana riuh rendah dengan suara gelak ketawa. Gadis-gadis remaja yang berpakaian seksi ketawa terbahak-bahak. Suasana yang tak pernah aku lihat sebelum ini. 

Leka juga melihat gelagat orang-orang kota ni. Tak sedar masa dah lewat. Tuan kedai pun dah siap mengemas untuk tutup. Rupanya kami saja yang masih tinggal di meja. Orang lain dah beredar membawa haluan masing-masing. Kamipun apa lagi, terus angkat kaki, sambil mengucapkan terima kasih kepada pelayan lelaki kat situ.

KUALA LUMPUR, AKU DATANG PADA MU

Sunday, December 23, 2012

Sedar tak sedar dah masuk bulan disember. Seperti biasa hujung tahun begini aku akan ke Kuala Lumpur untuk suatu tugasan, sama seperti beberapa tahun yang lepas. Ikut hati malas dah nak jalan jauh-jauh ni, tapi sekali sekala seronok juga. ya la, KL, kota kosmopolitan yang penuh warna warni. Lagipun banyak nostalgia aku yang tersimpan di KL.

1 Disember 2012, aku bertolak bersama 6 orang rakan dengan dua buah kereta. Kereta Wish tiga orang dan Estima tiga orang. Berjalan dengan kereta memang menyeronokkan. Bebas untuk berhenti mana-mana. Pantang nampak gerai buah tepi jalan, terutamanya sepanjang Pahang. Cerita pun banyak, tak pernah habis modal sepanjang perjalanan, macam-macam ada. Lebih kurang jam 10 dah sampai di Kuala Krai, berhenti breakfast dula la.

Lebih kurang pukul 2 sampai bentong. Sekali berhenti. Makan dan solat zohor serta asar secara jamak qasar. Lepas tu terus sambung perjalanan. Masuk je lebuh raya Karak, hujan mula turun. Ok jugakla, menyejukkan enjin kereta. Lebih kurang jam 6 kami selamat sampai ke destinasi. Kuala Lumpur, aku datang pada mu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil