PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PnP anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT TAHUN BARU 2017, SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Bahagian B: POINT ATAU ESEI?

Friday, July 3, 2015

Assalamualaikum
Hari ni adalah hari ke 16 umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa ramadan. Selamat berpuasa kepada semua. Semoga ibadah kita diterima Allah

Umumnya ramai yang dah tahu dan dah praktik perkara ni. Tapi setiap kali peperiksaan di sekolah, masih ada juga pelajar yang menulis jawapan untuk Bahagian Subjektif dalam bentuk esei. Jadi di sini ustaz tekankan sekali lagi, untuk bahagian esei, jawapan mesti ditulis dalam bentuk point. DALAM BENTUK POINT. Bukannya dalam bentuk esei. KECUALI BAGI SOALAN KBAT. Soalan KBAT kena tulis dalam bentuk esei. Nanti lain kali ustaz akan cuba terangkan pula teknik menjawab KBAT

Sebenarnya Bahagian Subjektif ada pada kedua-dua kertas. Kertas 1 Bahagian B dan Keseluruhan Kertas 2, umumnya dianggap sebagai Bahagian Subjektif. Jadi kedua-duanya mesti dijawab dalam bentuk point.

Kenapa jawapan perlu ditulis dalam bentuk point?

1. Supaya pemeriksa lebih jelas dengan jawapan kita. Dengan sekali pandangpun pemeriksa dah dapat lihat isi yang kita jawap. Kalau jawab dalam bentuk esei, mungkin berlaku kekeliruan dalam pemeriksaan, yang menyebabkan mereka tak perasan jawapan kita. Maklum je lah, pemeriksapun manusia biasa juga. Teknik penulisan yang baik akan membantu ketepatan pemeriksaan

2. Penulisan dalam bentuk point juga akan memudahkan pelajar menyemak jawapan mereka, samada sudah cukup atau belum. Banyak soalan yang minta 2 jawapan, malah mungkin ada yang minta 3. Setelah siap menulis semua jawapan, pelajar sepatutnya menyemak dahulu jawapan mereka sebelum menghantarnya. Mungkin ada jawapan yang tertinggal, yang tak cukup dan sebagainya. Jadi kalau pelajar jawab dalam bentuk esei, macamana mereka nak tahu jawapan mereka dah cukup 2 atau 3? Mereka terpaksa membacanya semula untuk tahu jumlah jawapan mereka. Ini akan mengambil masa yang banyak sedangkan masa adalah terhad. Bagi yang jawab dalam bentuk point mereka boleh kesan jawapan yang tak cukup dengan sekali pandang saja, tanpa perlu membaca semula. Ini akan memudahkan mereka dan memberi ruang masa kepada mereka untuk menambah mana-mana yang perlu




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil