PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

TIPS MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN OBJEKTIF

Friday, July 3, 2015

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Di sini ustaz nak kongsikan beberapa tips dalam menjawab soalan objektif. Sebagaimana yang semua pelajar dah maklum, kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif dalam bahagian A. Markah yng diperuntukkan ialah sebanyak 20 markah

Kertas jawapan objektif

Soalan objektif ni nak jawab memang mudah, hanya pilih A atau B atau C atau D sahaja. Tetapi sebenarnya nak dapat markah yang tinggi agak sukar, kerana ianya agak mengelirukan dan kadang-kadang melibatkan fakta-fakta kecil yang sering terlepas pandang semasa proses PdP. Jadi dalam menjawab soalan bahagian objektif ni, sukalah ustaz mengingatkan kepada pelajar beberapa perkara;

1. Jawab di kertas jawapan yang disediakan (gambar di atas). Kertas jawapan diletakkan pada helaian terakhir kertas soalan

2. Baca soalan dengan teliti. Biasa la yang ni...kalau tak teliti nanti ada yang terlepas pandang pulak.

3. Hati-hati dengan 'perangkap' soalan seperti BUKAN, KECUALI, TIDAK BENAR. Biasa dia guna huruf besar dan di'bold'kan perkataan tu supaya tak ada yang tak perasan. Kadang-kadang soalan nampak mudah, pelajarpun laju je jawab tanpa perasan kepada 'perangkap' tersebut.

contoh soalan kecuali

4. Potong jawapan yang diyakini salah. Ini bagi mengecilkan pilihan sebab semakin kecil pilihan semakin besar kebarangkalian untuk betul. jadi semakin besar

5. Soalan objektif ada 20 soalan. Ada yang kata jawapannya adalah sama banyak, A ada 5, B 5, C 5 dan D pun 5. Maknanya selepas siap menjawab semua kalau tak seimbang antara ABCD tu maknanya ada lagi yang salah. Tapi ni tak semestinya begitu...memeang biasanya seimbang tapi tiada sebarang peraturan yang menetapkan begitu..

6. Ada juga yang kata soalan nombor 1 biasa jawapannya bukan A dan soalan nombor 20 jawapannya bukan D. Yang ni ustaz rasa tak boleh percaya sangat


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil