FEBRUARI 2010, sekali lagi negara dikejutkan dengan pembunuhan kanak-kanak. Syafiah Humaira yang berusia 3 tahun 4 bulan telah disepak, ditendang dan dipijak di sebuah padang bola oleh Mohd Fazli Azri Jamil, 28, yang juga merupakan teman lelaki kesayangan ibunya. Ibunya Siti Nurhanim Aziz telah tinggal bersama Aziz tanpa berkawin sehingga mendapat seorang anak yang bernama Amy.
Mengikut keterangan, semasa di padang Mohd Fazli menendang bola dan menyuruh anak kecil itu mengambilnya. Humaira mengambil bola itu dan membaling ke arah Fazli. Fazli mengerdik dan menyepak semula bola. Begitulah sehingga akhirnya Humaira dipijak dan ditendang. sebelum itu Mohd Fazli telah menutup pintu kereta yang terbuka sehingga mengenai Humaira yang berdiri di situ. Nenek Humaira juga memberitahu telah melihat kesan calar dan kesan dicucuh putung rokok pada badan cucunya itu.
Akhirnya pada 22 September lepas, Mohd Fazli dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh. Masyarakat berpuas hati dengan proses pengadilan tersebut walaupun ada segelintir yang sukar menerimanya. Antaranya ialah Nurhanim, ibu Humaira sendiri. Cintanya kepada Mohd Fazli tetap utuh. Dia tetap berada di sebelah teman lelakinya, tetap menyintainya sepenuh hati dan percaya teman lelakinya itu sangat menyanyangi anaknya Humaira.
Selepas hukuman dijatuhkan, Nurhanim pergi mendapatkan Mohd Fazli sambil menangis dan dicium oleh lelaki itu. Ketika ditanya selepas itu beliau menjawab bahawa beliau tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Apabila ditanya adakah beliau telah memaafkan Mohd Fazli, beliau menjawab: "Sebenarnya saya tidak pernah merasa marah kepada tertuduh sebab dia tidak bersalah dan tidak ada niat untuk bunuh anak saya." Menjawab soalan apakah dia masih menyanyangi Mohd Fazli, Nurhanim menjawab: "Sebab dia terlalu sayang anak sayalah (Humaira) saya sayang dia. tertuduh seorang yang penyanyang".
Begitulah cintanya Nurhanim kepada Mohd Fazli. Dia sanggup bergelumang dosa tinggal bersama Fazli tanpa nikah sehingga melahirkan seorang anak. Sanggup memejamkan mata dari melihat kesan calar dan putung rokok di badan Humaira. Bahkan lebih meratapi hukuman yang diterima teman lelakinya daripada kematian anaknya yang diperlakukan seperti seekor binatang sehingga menemui ajal. Itulah sifat yang susah diperolehi pada ibu-ibu lain, kerana kebanyakan ibu akan mendahulukan anaknya daripada orang lain.
Bertuahlah Mohd Fazli kerana berjaya menyemai cinta yang begitu hebat di hati Nurhanim kepadanya dan malangnya nasib Humaira kerana dilahirkan oleh ibu yang sedemikian
Total Pageviews
Pandangan/Komen/Apa Saja
RENUNGAN HARI INI
Janganlah kita suka menangguhkan kerja. Kerja hari ini, kita buat hari ini. Jangan tunggu besok.
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
Rujukan
Pembunuhan Syafiah Humaira; Butanya cinta seorang perempuan
Saturday, October 16, 2010Posted by umat66 at 12:46:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tinggalkan komen anda di sini..pilih anonymous jika tidak mahu dikenali
astaghfirullah'alazim..apa punya ibu la mcm ni...
Post a Comment