Apabila imam dan makmum semuanya wanita, maka imamnya tidaklah sama seperti lelaki. Yang mana imamnya tidaklah berada ke depan satu saf dari makmumnya. Tetapi imamnya berada dalam saf yang sama dengan saf yang pertama cuma kedepankan sedikit sahaja. Lebih kurang ke depan separuh kaki sahaja. Tetapi mengikut imam Nawawi dalam syarah Muhaddabnya, lebih afdal bagi imam itu berdiri di tengah-tengah saf pertama sahaja tanpa menyebutkan ke depan sedikit
Saya rasa ini lebih kurang dengan pandangan yang pernah dilontarkan oleh al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Prof Dr Abdul Karim Zaidan berkata :-
وإذا أمت المرأة جمعا من النساء، وقفت المرأة وسط صف بين النساء، وبهذا جاءت الرواية عن عائشة وأم سلمة رضي الله عنهما، وعن ابن عباس قال: تؤم المرأة النساء، وتقوم وسطهن، وبهذا قال الفقهاء ولا خلاف فيه، كما قال ابن قدامة، ولأن المرأة يستحب لها التستر، وكونها وسط الصف أستر لها، لأنها تستتر بمن جانبها، فإن صلت بين أيديهن احتمل أن يصح كما قال ابن قدامة، لأنه موقف في الجملة، ولهذا كان موقفا للرجل، واحتمل ألا يصح.
"Apabila seorang wnita mengetuai jemaah wanita, wanita tersebut hendaklah berdiri bersama wanita lain didalam Saf dan ini telah diriwayatkan oleh A'isyah ra dan Umm Salamah ra., dari Ibn Abbas ra. telah berkata :
'perempuan yang mengimamkan kaum wanita, berdiri ditengah2 mereka, dan berkata ulama' iaitu tiada khilaf (tidak ada perselisihan pendapat) mengenainya, sebagaimana kata Ibn Qudamah, sesungguhnya perempuan digalakkan didalam keadaan tersorok (conceal),
iaitu dia menyembunyikan dirinya ditengah2 saf bersebelahan mereka, bersolat diantara tangan2 mereka, ini menunjukkan bahawa perbuatan ini sah sebagaimana kata Ibn Qudamah, kerana ini merupakan persetujuan keseluruhan, dan ini juga persetujuan bagi kaum lelaki, bahawa (jika mereka melakukan maka) tidak sah"
[Fatwa dari kitab al-Mufasal fi Ahkam al-Mar'ah, petikan IOL, FatwaId : 24874]
Jelas menunjukkan bahawa kaifiat Imam perempuan yang mengetuai jemaah wanita telah dijelaskan melalui riwayat2 sahih yang sumbernya dari A'isyah ra. dan Umm Salamah ra. Berikut kami paparkan beberapa riwayat2 tersebut:
1. Dari Raa'ith al-Hanafiah :
أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا عبد الله بن أحمد بن حنبل حدثني أبي ثنا وكيع ثنا سفيان عن ميسرة أبي حازم عن رائطة الحنفية : ( أن عائشة أمت نسوة في المكتوبة ، فأمتهن بينهن وسطاً .).
"Bahawa A'isyah ra mengetuai kami wanita didalam solat fardu, kemudian mengimami mereka dibahagian tengah diantara mereka" [Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Bahaiqi al-Kubra, Kitab Solah]
2. Dari Hujairah bt Hasin berkata :
عبد الرزاق عن الثوري عن عمار الدهني عن حجيرة بنت حصين قالت : : (أمتنا أم سلمة في صلاة العصر قامت بيننا.).
"Umm Salamah mengimami kami didalam Solat Asar berdiri diantara kami" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]
3. Dari Rithah al-Hanafiah :
عبد الرزاق عن الثوري عن ميسرة بن جبيب النهدي عن ريطة الحنفية : (أن عائشة أمتهن وقامت بينهن في صلاة مكتوبة.).
"Sesungguhnya A'isyah mengimami mereka dan berdiri diantara mereka didalam Solat wajib" [Riwayat Abdul Razak, dari Musnaf Abdul Razak, Kitab Solah]
Syiekh Nasyirudin al-Albani didalam Kitab Sifat Solat Nabi saw ada memberi komentar mengenai hadith2 yang menjelaskan kedudukan Imam dari kalangan wanita berkata :-
وبالجملة فهذه الآثار صالحة للعمل بها ولاسيما وهي مؤيدة بعموم قوله صلى الله عليه وسلم : " إنما النساء شقائق الرجال " ... .
"sebagai kesimpulan, athar2 (laporan2) ini adalah benar dan hendaklah beramal dengannya, khususnya mengesahkan makna umum sabda Nabi saw :'Kaum wanita adalah kembar separuh kaum lelaki....." [ms 153-155].
Wallahu A'lam, wassalam
Disunting dan dipetik dari
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=516744995037809&set=a.281072378605073.73910.100001069408064&type=1&theater
0 comments:
Post a Comment