Ummul Mukminin Aisyah ra. meriwayatkan: “Saat permusuhan dan penyiksaan terhadap kaum muslimin bertambah berat. Mereka datang dan mengadu kepada Rasulullah saw. meminta izin berhijrah. Pengaduan itu dijawab oleh Rasulullah saw. dengan sabdanya “Sesungguhnya aku pun telah diberi tahu bahwa tempat hijrah kalian adalah Yathrib. Barangsiapa yg ingin keluar hijrah maka hendaklah ia keluar menuju Yathrib.”
kecuali Umar bin al-Khattab ra, baginda berhijrah dengan terang-terangan. Umar keluar dari rumahnya, lalu naik ke atas bukit sambil berseru lantang: “Barangsiapa ingin ibunya kehilangan anaknya, atau isterinya menjadi janda, atau anaknya menjadi yatim piatu, maka silakan menghadangku di balik lembah ini.” Maka tak ada satu kaum musyrik Makkah yang berani keluar menghadang beliau.
Dalam hijrah, kaum muslimin tidak membawa apa-apa kecuali sedikit bekalan dan keperluan sahaja. Segala harta benda, rumah tangga, sanak saudara, binatang ternakan dan sebagainya ditinggalkan begitu sahaja. Itulah tanda taatnya mereka kepada Allah dan rasulnya. Mereka meninggalkan segala harta dan kesenangan hidup demi menyahut perintah hijrah, tidak bukan semata-mata kerana allah dan rasulnya. Untuk menjaga iman dan agama Allah.
Setelah kebanyakan kaum muslimin telah berhijrah akhirnya pada 1 rabiul awwal tahun ke 53 selepas kelahirannya, Rasulullah dengan ditemani Abu bakar menyusul ke Madinah. Baginda bertolak dicelah-celah kepungan kafir untuk membunuhnya. Tiga malam mereka bersembunyi di gua Thur. Ali mengambil tempat tidur Rasul. Asma dan Aisyah bt Abu Bakar pembekal makanan, Abdullah b Abu Bakar sebagai pemerhati suasana. Akhirnya Rasul dan Abu Bakar meneruskan perjalanan bersama Abdullah b Uraiqit yang bertindak sebagai penunjuk jalan.
Itulah hijrah yang sebenar-benarnya. Hijrah untuk membela dan menegakkan Islam. Meninggalkan segala yang disayangi demi Allah dan rasulnya. Bukannya hijrah mencari kekayaan, populariti dan sebagainya.
"Dan sesiapa Yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah Yang banyak dan rezeki Yang makmur; dan sesiapa Yang keluar dari rumahnya Dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka Sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[Surah an-Nisa': 100]
0 comments:
Post a Comment