Asslamualaikum wbt
Waktu ni masih awal pagi. Waktu pagi ni suatu waktu yang indah. Udaranya sejuk, suasana tenang dan cahaya matahari belum memancar terik. Kenderaan di jalan belum banyak. Waktu pagi ni sebenarnya satu waktu yang sangat berkualiti untuk belajar atau apa-apa aktiviti yang memerlukan ketenangan. Tapi ramai juga yang suka menghabiskan waktu pagi dengan tidur. Rugi
Alhamdulillah, pagi ni ustaz nak kongsikan setakat yang ustaz tahu berkenaan soalan 'jawi'. Untuk jawi dalam SPM ada 10 markah, dengan dua soalan. Biasanya satu soalan menjawikan rumi, 6 markah dan satu lagi merumikan jawi, 4 markah. Soalan jawi terletak dalam Kertas 2 Pendidikan Islam SPM.
Bahagian ni adalah antara 'killer' dalam Pendidikan Islam. Malah ramai pelajar yang tinggal terus tanpa menjawab langsung bahagian ni. Bagi yang mahir jawi, bahagian ni makanan sebenarnya. Tapi berapa ramai je yang mahir jawi tu. Antara tips untuk bahagian ni ialah
1. Huruf cerai tak diterima
2. Titik dikira huruf
3. Biasa petikan diambil dari buku teks
4. Soalan versi jawi boleh membantu juga
5. Cara pemeriksaan biasanya kira jumlah perkataan yang betul
- betul 1 - 4 = 1m
- betul 5 - 8 = 2m
- betul 9 - 12 = 3m
- betul 13 - 16 = 4m
- betul 17 - 20 = 5m
- betul 21 ke atas = 6m
Kalau nak dapat 1 markah praktis je ejaan kalimah-kalimah yang mudah ni
Biasanya kalimah ni ada dalam petikan yang diberi. Kalau nasib anda baik, kalimah ni berulang sampai 5 kali. Maknanya anda akan dapat 2 markah. Tapi cara penulisannya kena agaklah kedudukan perkataan tu kat mana. Cuba tengok satu contoh
Tengok, dengan kalimah tadi dah dapat tulis 5 perkataan. 2 markah.
Tips kedua, cari perkataan yang diberi tu dalam soalan edisi jawi. Perkataan yang warna biru tu ialah perkataan yang ada dalam soalan. Cari perkatan tu dalam soalan edisi rumi dulu kemudian rujuk dalam soalan edisi jawi. Dalam SPM sebenar soalan ada 2 edisi, jawi dan rumi. Kurang-kurang dah dapat 3 markah. Kan dah ok, dari tak dapat langsung.
Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment