PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

BEBERAPA KHILAF DALAM IBADAH KORBAN

Sunday, October 28, 2012

Alhamdulillah, sambutan terhadap ibadah korban dalam negara kita agak baik. Begitu ramai orang yang melakukannya. Boleh dikatakan dalam setiap kampung beberapa ekor lembu akan tumbang sebagai korban. Namun rasanya ada beberapa perkara dalam ibadah ini yang boleh diperbaiki lagi atau diperbetulkan semula agar korban yang dilakukan benar-benar menjadi ibadah dan diterima oleh Allah.
Gambar hiasan: Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan sedang menyembelih sendiri lembu korban
 
1. Niat

Niat korban semestinya kerana Allah. Iaitu untuk menghampirkan diri kepada Allah. Perkataan korban tu maknanya sama dengan perkataan karib iaitu dekat. Jadi korban bermaksud menyembelih binatang pada hari raya haji untuk mendekatkan diri kepada Allah. Korban bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Bukan juga untuk makan daging. Saya selalu dengar orang yang berkorban mengatakan mereka melakukan ibadah tersebut untuk makan daging. Dan selepas korban mereka benar-benar makan daging dengan BBQ atau buat sate anak beranak. Ini perkara yang pertama kena betulkan. Mesti diniatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Makan boleh tapi tak boleh niat utk makan pulak.

2. Penyembelihan

Sebaiknya (sunat) dilakukan sendiri oleh orang yang berkorban kalau mampu. Kalau tidak mampu bolehlah diwakilkan kepada orang lain. Tapi janganlah pulak menjadi pemerhati dari jauh saja, sambil berbual atau menghisap rokok, atau sibuk mengambil gambar. Sebaik-baiknya bersama-samalah bertakbir dari proses merebahkan binatang korban sehingga selesai penyembelihan. Firman Allah dalam surah al-Haj ayat 36, maksudnya:

"Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari Syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta Yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian Yang lain) kepada orang-orang Yang tidak meminta dan Yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan Dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Orang yang berkorban juga disunatkan menyaksi proses penyembelihan itu. Sebuah riwayat hadis pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berqurban : 

احضري أضحيتك، يغفر لك بأول قطر من دمها
Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertamaSelain tu adab-adab penyembelihan perlu dijaga. Antaranya tidak menyembelih binatang di hadapan binatang lain terutamanya yang hendak disembelih juga. 

3. Pengagihan daging korban

Mesti disedekahkan sebahagian daripadanya kepada fakir miskin. Agihan pula sunat dilakukan dalam keadaan mentah. Bukannya dimasak dan dibuat jamuan. Sedekah kepada orang kaya tidak dikira. Afdalnya, makan sedikit sahaja untuk mengambil berkat dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin. Ada yang menetapkan pengagihan kepada 3 bahagian;
  1. 1/3 dimakan oleh yang berkorban dan keluarga
  2. 1/3 kepada orang kaya
  3. 1/3 kepada orang miskin 
Semua ini adalah merujuk kepada korban sunat. Kalau tak ada sedikitpun yang disedekahkan kepada fakir miskin, ada juga ulama yang kata sah, tapi tersasarlah daripada ayat 28 surah al-Haj :
"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara Yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka Dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); Dengan Yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang Yang susah, Yang fakir miskin.

4. Membawa daging korban ke luar kawasan

Harus. Tetapi ulama Mazhab Syafei tidak membenarkannya selagi ada orang yang memerlukannya dalam kawasan. Kalau dah tak ada orang dalam kawasan yang memerlukannya barulah dibolehkan. Begitu juga dengan ibadah korban yang dilakukan di luar kawasan seperti yang banyak dilakukan sekarang ini seperti berkorban di Kemboja. Harus tetapi ada yang berpendapat bahawa banyak maslahat korban yang hilang dalam korban sedemikian malah ianya menjadi hampir sama dengan sedekah sahaja.

5. Tidak puas hati atau mengungkit daging yang diperolehi

Korban bukannya membeli daging. Sedikit atau banyak daging yang diperolehi jangan diungkit. Janganlah memilih-milih nak daging itu dan ini. Pada awal lagi kita dah setuju dengan lembu tersebut,  jadi sebanyak mana yang dapat kita terima sahaja. Ada juga yang menbanding-banding dengan daging korban lembu lain. Ini semua akan menampakkan sangat niat korban yang tidak tepat. Tetapi lebih kepada nak makan daging. Tetapi perlu juga diingatkan, jika korban dilakukan bersama/berkongsi seperti seekor lembu dikongsi 7, pembahagian binatang korban itu mesti adil dan saksama. Pengendali korban (selalunya pemilik lembu itu) tidak boleh mengambil mana-mana daging sesuka hati tanpa kebenaran mereka yang berkorban.

6. Menjual mana-mana bahagian binatang korban 

Tidak harus. Termasuk juga kulit, tanduk dan sebagainya. Ini bagi orang yang berkorban. Bagi orang yang menerima sedekah atau hadiah daging korban, mereka boleh jika ingin menjualnya.
Sabda Nabi SAW:

من باع جلد أضحيته فلا أضحية له
“Sesiapa menjual kulit binatang korbannya, maka tiada (pahala) korban baginya”. (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah r.a.)

7. Mengupah tukang sembelih dengan binatang korban

 Juga tidak harus. Sama ada dengan daging, kulit atau mana-mana anggota binatang korban. Tetapi jika memberinya sebagai sedekah atau hadiah adalah diharuskan. Jangan diniatkan upah. Diriwayatkan daripada Saidina Ali:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- أَنْ أَقُومَ عَلَىَ بُدْنِهِ، وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا، وَأَنْ لاَ أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا. قَالَ: "نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا".
“Rasulullah s.a.w. memerintahku supaya menguruskan (pengembelihan) unta baginda dan mensedekahkan daging, kulit serta kain/pakaian yang diletakkan di atas belakang unta itu (kepada orang miskin). Dan baginda juga memerintahkan supaya aku tidak memberi kepada tukang sembelih dari unta itu. Kata ‘Ali; kami memberi (upah) kepadanya dari harta yang ada pada kami”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

8. Makruh memotong rambut/bulu atau kuku sehingga korban

Orang yang berkorban sebaiknya tidak memotong mana-mana bulu di badan atau kuku bermula dari masuknya hari raya korban sehingga penyembelihan korban dilakukan. Tetapi larangan itu tidaklah sampai kepada haram

Ia berdasarkan hadis riwayat Muslim yang sahih, iaitu :-

من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي
Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  sehingga sampai korban dilaksanakan" ( Muslim, 3/39 )
                                                                                                                                                                                                                                                       
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
26 Okt 2012

Wallahu a'lam

kemaskini 28/10/12

Antara rujukan
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/219-zulhijjah-a-idiladha-beberapa-isu-a-hukum.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil