Anas r.a. menceritakan: “Pada masa Rasulullah s.a.w. ada seorang pemuda bernama Alqamah. Alqamah sangat rajin beribadat dan banyak bersedekah, tiba-tiba ia sakit dan tenat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah s.a.w. dan menyatakan bahawa suaminya sakit keras didalam keadaan nazak sakaratal maut dan saya ingin menerangkan kepadanya keadaan Alqamah. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal, Ali, Salman dan Ammar r.a. supaya pergi ke tempat Alqamah dan memperhatikan bagaimana keadaannya. Apabila sampai di rumah Alqamah mereka terus menuju kepada Alqamah dan mengajarnya supaya membaca: Laa ilaha illallah, tetapi lidah Alqamah bagaikan terkunci, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah itu. Para sahabat itu merasa bahawa Alqamah pasti akan mati, mereka menyuruh Bilal supaya pergi memberitahu hal itu kepada Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. langsung bertanya: "Apakah ia masih mempunyai ibu dan ayah?" Jawabnya: "Ayahnya telah meninggal, manakala ibunya masih hidup tetapi terlalu tua." Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Bilal: "Ya Bilal, pergilah kepada ibu Alqamah dan sampaikan kepadanya salamku, dan katakan kepadanya: JIka kau dapat berjalan, datanglah menemui Rasulullah s.a.w., dan jika tidak dapat maka Rasulullah s.a.w. akan pergi menemuimu." Jawab ibu Alqamah: "Sayalah yang lebih layak pergi kepada Rasulullah s.a.w.” Lalu ia mengambil tongkat dan berjalan hingga masuk ke rumah Rasulullah s.a.w. dan sesudah memberi salam ia duduk di depan Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. bertanya: "Beritakan yang benar-benar kepadaku, jika kau dusta kepada ku nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku, bagaimanakah keadaan Alqamah?" Jawab ibu Alqamah: "Alqamah rajin bersembahyang, puasa dan sedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui berapa banyaknya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?" Jawab ibu Alqamah: "Saya murka kepadanya." Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa?" Jawab ibu Alqamah: "Kerana ia mengutamakan isterinya lebih daripadaku dan menurut isterinya lebih dariku”
Rasulullah kemudiannya meminta ibu Alqamah supaya memaafkan anaknya agar dia boleh mengucap syahadat. Bagaimanapun, ibunya enggan kerana hatinya sangat terguris akibat peristiwa tempoh hari
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: ""Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah." Kemudian Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal supaya mengumpul kayu sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqamah. Ibu Alqamah bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w, puteraku, buah hatiku akan kau bakar dengan api di hadapanku? bagaimana aku akan dapat menerimanya?" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai ibu Alqamah, siksaan Allah s.w.t. lebih berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin Allah s.w.t. mengampunkan dosanya, maka maafkanlah dia, demi Allah s.w.t. yang jiwaku ada ditanganNya tidak akan berguna sembahyang dan sedekahnya selama engkau murka kepadanya." Lalu ibu Alqamah mengangkat kedua tangan da n berkata: "Ya Rasulullah, saya mempersaksikan kepada Allah s.w.t. dilangit dan kau ya Rasulullah, dan siapa yang hadir ditempat ini bahawa saya telah redha kepadanya."
Maka terus Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal pergi melihat hal keadaan Alqamah, apakah sudah mengucap Laa ilaha illallah atau tidak, khuatir kalau-kalau ibu Alqamah mengucapkan itu hanya kerana malu pada Rasulullah s.a.w. dan tidak pada hatinya. Apabila Bilal sampai dipintu rumah Alqamah tiba-tiba terdengat suara Alqamah membaca Laa ilaha illallah. Lalu Bilal masuk dan berkata: "Hai orang-orang, sesungguhnya murka ibu Alqamah itu yang menutup lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah dan redhanya telah melepaskan lidahnya, maka matilah Alqamah pada hari ini."
Maka datanglah Rasulullah s.a.w. dan menyuruh supaya segera dimandikan dan dikafankan, lalu disembahyangkan oleh Rasulullah s.a.w. Sesudah dikuburkan, Rasulullah s.a.w. berdiri di tepi kubur sambil berkata: "Hai sahabat Muhajir dan Ansar, siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia terkena kutukan (laknat) Allah s.w.t. dan tidak diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya."
3 comments:
semoga kita dijauhkan dari jadi anak yg derhaka
~ibu..kaulah ratu hatiku..ibu bapa mempunyai kedudukan sgt tinggi di sisi Allah swt sehingga Allah memerintahkan kita berbuat baik kpd mereka berdua selepas Allah memerintahkan kita mengabdikan diri kepada Nya..~
jangan cepat melatah dan emosi. cerita al qamah ini di sepersetujui oleh imam-imam yg besa termasuk imah ahmad sendiri sebagai LEMAH DAN DHAIF. SALAH SEORANG PERAWINYA SELALU MERIWAYATKAN HADIS-HADIS PALSU!!!
Post a Comment