PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

FORMAT KERTAS 1 PENDIDIKAN ISLAM SPM

Saturday, July 4, 2015

Assalamualaikum

Semoga para pelajar tabah mengulangkaji pelajaran. Jangan sia-siakan masa yang ada. Sedetik masa yang berlalu, tidak akan ada ulangannya. Rugilah jika dibiarkan berlalu begitu saja.

Kali ni ustaz nak terangkan pula berkenaan format soalan Kertas 1 Pendidikan Islam SPM.



Nampak ye...Kertas 1 Terbahagi kepada 2 Bahagian. Bahagia A dan B. Bahagian A 40 markah. Objektif 20 markah dan ITK (Isi Tempat Kosong) 20 markah. Semuanya wajib dijawab. Biasanya soalan Bahagian Akidah dan Ibadah adalah paling banyak ditanya dalam bahagian A ini.

Ramai orang salah sangka, terutamanya mayarakat awam, mereka ingat Pendidikan Islam SPM dah jadi sangat mudah sebab ada objektif dan ITK. Sebab kedua-dua bentuk soalan tu biasa diguna kat sekolah rendah, malah tadika. 

Sebenarnya tidak, "kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa". Sebenarnya Bahagian inilah yang selalu menjadi 'killer' kepada pelajar. Nak jawab memang mudah tapi nak dapat markah agak susah. Untuk dapat A+ kena dapat 30 ke atas dalam bahagian ini. Aras nak dapat markah untuk Bahagian A ustaz bagi 3/5

Cuba tengok Bahagian B pula. 4 soalan, wajib jawab 3. Soalan 1 dan 2 wajib. Satu lagi pilih antara Soalan 3 dan 4.Satu soalan diperuntukkan 20 markah, menjadikan jumlah markah untuk Bahagian B ialah sebanyak 60 markah.

Soalan 1

Bahagian akidah. Wajib jawab. Tiada pilihan. Ini menunjukkan Bahagian Akidah wajib pulun. Rasanya ok juga, sebab Bahagian Akidah tak banyak. 3 tajuk tingkatan 4 dan 3 tajuk tingkatan 5. 6 tajuk semuanya. Tajuk sikit, soalan banyak. Aras mudah nak dapat markah ustaz bagi 4/5

Soalan 2
Bahagian Ibadah. Wajib jawab. Tiada pilihan. Juga wajib pulun. Tapi letih sikit, sebab Bahagian Ibadah tajuknya banyak. 7 tajuk tingkatan 4 dan 8 tajuk tingkatan 5. 15 tajuk semuanya. Kena tajuk Haji dan Perkahwinan...panjang woo...nak tekapun susah. Jadinya kat bahagian ni, tajuk banyak, soalan banyak. Aras mudah nak dapat markah 3/5

Soalan 3 dan 4
Bahagian Tamadun campur Adab. Pilihan. Biasanya untuk tamadun termasuk tokoh 10 markah dan untuk adab 10 markah. Tamadun tingkatan 4, 8 tajuk dan tingkatan 5, 12 tajuk. Jumlahnya 20 tajuk. Tajuk-tajuknya pun ada yang sangat panjang seperti Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin dan Khulafa Bani Umayyah. Markahnya 10 sahaja. Dalam Bahagian A pun 2-3 soalan sahaja. Jadinya kat bahagian Tamadun, tajuk banyak, soalan sikit. Aras nak dapat markah 2/5

Adab pula, tingkatan 4, 9 tajuk dan tingkatan 5, 7 tajuk. Jumlahnya 16 tajuk. Walaupun tajuknya agak banyak tapi kesemuanya pendek dan mudah untuk difahami. Kesimpulannya, untuk bahagian ini, tajuk banyak tapi mudah, soalan sedikit. Aras nak dapat markah 4/5

Bila tengok semua tu mungkin dapat membantu pelajar dalam menyusun jadual ulangkaji. Bagi pelajar cemerlang memang semuanya kena masak. Tapi bagi yang lemah cuba tekankan bahagian yang peluang nak dapat markah agak tinggi

Wallahu a'lam


9 comments:

Anonymous said...

terima kasih ustaz doakan saya ye

Anonymous said...

terima kasih ustaz doakan saya ye

Unknown said...

Terima kasih ustaz
Doakan saya jugak esok

Anonymous said...

Utk saya yg bru 16 tahun ni... perkongsian ustazah mmg terbaik

Unknown said...

*ustaz

Unknown said...

terima kasih atas perkongsian tersebut PTT pi esok bermula....

Fitri said...

Ustaz klu sye dpt 25/40 pda bhgian A krts 1 ade pluang ke dpt A... A- pun jdilah

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

terimakasih ustaz , doakan saya yer spm2021 bulan 1 nanti :))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil