Ketika berbual dengan seorang rakan lama, tiba-tiba entah macam mana terkeluar cerita berkenaan Imam Ali Zainal Abidin. Beliau merupakan salah seorang ahlil Bait yang sangat terkenal dengan ibadah dan kebaktian kepada ibu bapa. Sebagai tatapan pembaca saya cuba hidangkan secara ringkas berkenaan imam Ali tersebut.
Beliau ialah Ali bin Husain bin Ali bin abi Talib. Merupakan cicit Rasulullah saw. Beliau dianggap sebagai gita suci keluarga Nabi saw. Beliau dikenali sebagai Imam Ali Zainal Abidin atau Imam Sajjad. Sajjad bermaksud orang yang kuat sujud. Ini kerana beliau mengisi hampir seluruh malamnya dengan ruku' dan sujud kepada Allah sehingga orang ramai berkata apabila melihatnya beribadat sebagaimana berkatanya para perempuan yg melihat Yusuf : "Bukanlah ini manusia. Pastilah dia ini malaikat yg mulia".
Itulah Ali Zainal Abidin Bin Hussain. Bapanya syahid di Karbala dan Bondanya Syahzanan Puteri Persia. Lahir pd 15 Jamadiawal 36H. Imam Sajjad merupakan satu-satunya putera Imam Husain yang selamat. Ketiga saudaranya 'Ali Akbar yang berusia dua puluh lima tahun, Ja'far berusia lima tahun, 'Ali Asghar (atau 'Abdullah) yang masih menyusu kepada ibunya semua di bunuh syahid dalam tragedi Karbala. Imam Sajjad juga turut serta menemani ayahnya dalam perjalanan menuju Karbala hingga ayahandanya syahid di tempat nahas itu. Tetapi lantaran menderita sakit dan tidak mampu untuk mengangkat pedang atau turut serta dalam peperangan, ia tidak menyertai perlawanan itu. Ia ditangkap. Setelah menghabiskan waktu sebagai tawanan perang ia dikirim dengan hormat ke Madinah kerana Yazid hendak menenangkan orang ramai. Atas perintah khalifah Bani Umayyah, 'Abdul Malik, ia ditangkap semula dan dikirim dari Madinah ke Damaskus dan kembali lagi ke Madinah.
Kehidupannya dicengkam zaman yang kejam dan pemerintahan yang zalim. Sekembalinya dari Madinah, beliau mengasingkan diri dari kehidupan masyarakat sama sekali, menutup pintu rumahnya dari orang-orang asing dan menghabiskan waktu untuk beribadah. Dia hanya berhubungan dengan orang-orang tertentu dari kaum Syiah seperti Abu Hamzah ats-Tsumali, Abu Khalid Kabuli dan orang-orang besar lainnya.
Kerana agama mengatur seluruh dimensi kehidupan manusia termasuk dimensi politik, para Imam Ahlulbait sentiasa berusaha memberikan pelajaran politik kepada umat pada masa itu. Imam Sajjad juga tidak terkecuali dalam hal ini. Kerana keadaan semasa, beliau lebih banyak menyampaikan pengajaran dan perjuangan melalui doa. Dalam kitab Zabur Keluarga Muhammad kita membaca doa Makarimul Akhlak yang merupakan pengaduan dan rintihan Imam Sajjad As kepada Tuhan sebagai berikut:Ya Allah sampaikah salawat kepada Muhammad dan keluarganya.
Berikan kepadaku tangan yang menentang orang yang menzalimiku.
Lidah yang membantah orang yang memusuhiku dan kemenangan terhadap orang yang melawanku.
Karuniakan kepadaku kecerdikan untuk menipu orang yang memperdayakanku.
Kemampuan untuk menentang semua orang yang menindasku.
Penolakan untuk membenarkan orang yang menghinaku.
Dan keselamatan menghadapi orang yang mengancamku.
Bimbinglah aku untuk mentaati orang yang memberikan petunjuk kepadaku.
Beliau dijadikan sebagai sasaran aniaya, kebencian, permusuhan, tekanan, intimidasi dan perlakuan tak senonoh. Imam Sajjad menjadikan doa sebagai media pengaduannya di hadapan orang-orang kasar para pemerintah. Beliau tidak berdiam diri di hadapan musuh Tuhan. Dengan doa, yang merupakan senjata kaum Mukmin, perjuangan harus tetap berlanjutan dalam menghadapi penguasa zalim
Dalam doa yang lain iaitu doa doa belaiu pada hari Korban dan hari Jum'at beliau berdoa:
Ya Allah. Sungguh maqam ini maqam para khalifahmu dan pilihan-Mu.
Padahal tempat orang-orang kepercayaan-Mu di tempat tinggi yang telah kau khususkan bagi mereka sudah diambil mereka.
Tetapi Engkau yang menentukan itu semua
Perintah-Mu tak terkalahkan
Tidak terlampaui urusan-Mu yang telah ditentukan kapan saja Kau kehendaki dalam hal yang Engkau lebih tahu padanya.
Engkau tidak tertuduh
Karena ciptaanmu dan kehendak-Mu
Lalu, para pilihan-Mu dan khalifah-Mu
Dikalahkan, dikuasai, dirampas
Mereka melihat hukum-Mu diganti,
Kitab-Mu dicampakkan,
Kewajibanmu diselewengkan
Dari tujuan syariat-Mu
Dan sunnah Nabi-Mu ditinggalkan
Pada hari Arafah pula beliau berdoa sambil bersenandung:Tuhanku
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarganya
Setimbang arasy-Mu, sepenuh langitmu
Dan apa yang ada diatasnya
Sejumlah bumi-Mu dan apa yang dibawahnya
Dan diantara keduanya
Shalawat
Yang mendekatkan mereka kehadirat-Mu
Yang Kauridhai dan mereka ridhai
Sambung bersambung dengan bandingannya
Sampai selama-lamanya
Ya Allah
Pada setiap zaman Kauteguhkan agama-Mu
Dengan Imam yang Kautegakkan
Sebagai pembimbing hamba-Mu
Menara cahaya di negeri-Mu
Setelah Kauikatkan talinya dengan tali-Mu
Kaujadikan dia sarana menuju ridha-Mu
Kauwajibkan kami mentaatinya
Kaularang kami menentangnya
Kau perintahkan kami mengikuti perintahnya
Dan menghindari larangannya
Tidak boleh mendahuluinya
Tidak boleh meninggalkannya
Dialah perlindungan para pelindung
Gua kaum beriman
Tali orang yang bergantung
Dan cahaya alam semesta
Ya Allah
Ilhamkan kepada wali-Mu
Bersyukur atas nikmat-Mu kepadanya
Dan ilhamkan kepada kami seperti itu juga
Berikan kepadanya dari sisi-Mu
Penguasa pembela
Menangkan dia
Dengan kemenangan yang mudah
Tolong dia
Dengan tonggak-Mu yang perkasa
Tegakkan punggungnya
Kuatkan tangannya
Jagalah dia
Dengan mata-Mu
Pelihara dia
Dengan pemeliharaan-Mu
Bantu dia
Dengan para Malaikat-Mu
Topang dia
Dengan tentara-Mu yang tak terkalahkan
Melalui dia
Tegakkan kitab-Mu, hukum-hukum-Mu
Syariat-Mu dan sunah Rasul-Mu Saw
Melalui dia
Hidupkan ajaran-ajran agama-Mu
Yang sudah dimatikan orang-orang zalim
Bersihkan karat kezaliman dari jalan-Mu
Tepiskan bahaya dari jalur-Mu
Hilangkan orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu
Dan hapuskan orang-orang yang berbelok
Dari jalur lurus-Mu
Lembutkan pinggangnya
Kepada para kekasih-Nya
Julurkan tangannya bagi musuh-musuh-Mu
Berikan kepada kami
Kasih dan sayangnya
Lembut dan santunnya
Jadikan kami orang-orang yang
Mendengarkan dan mentaatinya
Berusaha memperoleh ridhanya
Siaga menolong dan membelanya
Dan dengan begitu didekatkan
Kepada-Mu dan Rasul-Mu Saw.
0 comments:
Post a Comment