Total Pageviews
Pandangan/Komen/Apa Saja
RENUNGAN HARI INI
Janganlah kita suka menangguhkan kerja. Kerja hari ini, kita buat hari ini. Jangan tunggu besok.
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
Rujukan
Kem intensif ilham kreatif Pendidikan Islam SPM 2010
Monday, October 18, 2010Program Ilham Kreatif adalah cetusan idea Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Objektifnya ialah meningkatkan pencapaian pelajar yang sederhana dalam pelajaran Pendidikan Islam ke tahap yang lebih cemerlang di dalam peperiksaan SPM. Kerana itu sasaran program ialah pelajar sederhana. Program ini dijalankan dalam setiap PPD dalam negeri Kelantan. Bagi daerah Bachok, ianya diadakan di Dewan Besar SMK Teknik Bachok.
Dalam program ini, setiap peserta dibekalkan sebuah buku modul yang mengandungi soalan-soalan yang dibina oleh guru-guru yang berpengalaman dari seluruh Kelantan. Pelajar dikehendaki berbengkel mengikut jadual yang disusun rapi untuk menyiapkan semua soalan tersebut di bawah pengawasan seorang fasilitator bagi setiap kumpulan yang terdiri dari 10 orang pelajar.
Program ini melibat 138 peserta dari 13 buah sekolah dalam daerah Bachok. Seorang fasilitator dilantik dari setiap sekolah dan dua orang penyelia bertugas mengkordinasi perjalanan program. Seorang pegawai PPD dan JPN bertindak sebagai pemerhati dan penasihat program
Posted by umat66 at 11:37:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment