PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Nama Anak

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: Sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama-namamu dan nama-nama orang tuamu, berilah nama yang baik.

----------------------------------------------

Pilihan Nama Bagi Anak LELAKI
A   B   C   D   E   F   G   H   I   J   K   L   M   N  O   P   Q   R   S   T   U   V   W   X   Y   Z


----------------------------------------------

Pilihan Nama Bagi Anak PEREMPUAN
A   B   C   D   E   F   G   H   I   J   K   L   M   N  O   P   Q   R   S   T   U   V   W   X   Y   Z
----------------------------------------------

Nama-Nama Yang Tidak Elok


----------------------------------------------

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Adalah menjadi hak bagi anak ke atas ayahnya agar dia memperelokkan budi pekertinya dan memperbaguskan namanya."

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: "Sesungguhnya namamu yang paling disukai Allah azza wajalla adalah Abdullah dan dan Abdul Rahman"

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: "Namakanlah anak-anakmu dengan nama nabi-nabi dan nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Manakala yang paling buruk ialah harb (peperangan) dan Murrah (pahit)."

Ibnu Umar meriwayatkan, bahawa Nabi s.a.w. mengubah nama Ashiyah (derhaka), dan baginda berkata: Namamu Jamilah (cantik)”.

            Mengikut Imam Nawawi sunat memberikan nama bayi pada hari ke tujuh dari kelahirannya. Ini disandar  kepada hadis yang terdapat dalam kitab Imam Tarmizi bahawa Nabi s.a.w. menyuruh memberi nama kepada bayi pada hari ke tujuh dari kelahirannya, menghilangkan kotorannya dan bersedekah aqiqah untuknya.

            Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap bayi bergantung pada aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh dari kelahirannya dan dicukur serta diberi nama.

Seorang lelaki mengadu kepada Saidina Umar tentang anaknya yang degil dan tidak menghormatinya. Saidina Umarpun menegur anak muda tersebut dan mengingatkannya tentang seksaan Allah akibat menderhaka kepada ibubapa. Pemuda tersebut menjelaskan bahawa bapanya tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa seperti mengajar al-Qur'an, malah menamakannya dengan nama yang buruk. Saidina Umar terus berkata kepada lelaki yang mengadu itu; "Sebenarnya engkaulah yang menderhakai anakmu terlebih dahulu sebelum anakmu menderhakaimu".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil