PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Balasan Meninggalkan Puasa

Sunday, July 22, 2012

Kerana puasa itu wajib maka meninggalkannya tanpa sebab yang diharuskan adalah haram dan mendapat dosa yang besar. Setiap yang berdosa itu maka nerakalah tempat balasannya. Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya menceritakan bahawa seorang sahabat iaitu Abu Umamah al-Bahili ra telah menceritakan, bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

" Ketika aku tidur, aku didatangi oleh dua orang lelaki, lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang terjal. Keduanya berkata, ”Naiklah”. Lalu ku katakan, ”Sesungguhnya aku tidak mampu.” Kemudian keduanya berkata,”Kami akan memudahkanmu”. Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba ada suara yang sangat keras. Lalu  aku bertanya,”Suara apa itu?” Mereka menjawab,”Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka.”

Kemudian dibawalah aku berjalan-jalan dan aku sudah bersama orang-orang yang bergantungan pada urat besar di atas tumit mereka, mulut mereka robek, dan dari robekan itu mengalirlah darah. Kemudian aku (Abu Umamah) bertanya,”Siapakah mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang berbuka (membatalkan puasa) sebelum tiba waktunya.”

Bukan setakat itu sahaja, para ulama berpendapat bahawa dosa meninggalkan mana-mana rukun Islam adalah lebih besar dari kesalahan dosa besar yang lain, sehinggakan Adz Dzahabi mengatakan, “Sesiapa sahaja yang sengaja tidak berpuasa di bulan ramadhan, bukan karena sakit (atau uzur lainnya, -pen), maka dosa yang dilakukan itu lebih hina dari dosa berzina, lebih jelek dari dosa meneguk minuman keras, bahkan orang seperti ini diragukan keislamannya dan disangka sebagai orang-orang munafik.....”  - rujuk Fiqh Sunnah, Syed Sabiq

Terdapat juga sebuah hadis dhaif yang berbunyi:

مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ ، مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ وَلاَ مَرَضٍ لَمْ يَقْضِهِ صِيَامُ الدَّهْرِ ، وَإِنْ صَامَهُ
Barangsiapa berbuka di siang hari bulan ramadhan tanpa ada uzur (alasan) dan bukan pula kerana sakit, maka perbuatan semacam ini tidak boleh digantikan dengan puasa setahun penuh jika dia memang mampu melakukannya”.

Itu adalah ancaman bagi orang yang meninggalkan puasa, bagaimana pula orang yang tidak puasa dan makan di hadapan orang lain. Malah ada yang berbangga, ada yang menunjuk-nunjuk dan ada yang memperlekehkan kewajipan puasa. Perbuatan ini bukan setakat mendapat dosa seperti di atas tetapi boleh menyebabkan tergugatnya akidah seseorang. Boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam. Adalah seseuatu yang telah jelas, bahawa mengingkari sesuatu perintah Allah akan menyebabkan seseorang itu menjadi murtad. Contohnya seperti seorang yang berkata: "Puasa itu menyusahkan", "Puasa tu takda guna", lebih baik tak puasa dari puasa", maka rosaklah akidahnya.

Mereka jugalah dikatakan sebagai golongan yang mempersendakan agama sebagaimana yang difirman oleh Allah dalam Surah al-An'am ayat 70 yang bermaksud: 
 "Jauhilah diri daripada orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan, mereka telah terpedaya dengan kehidupan dunia dan peringatkanlah mereka dengan al-Quran supaya mereka tidak terjerumus ke neraka  disebabkan perbuatan mereka yang buruk dan keji itu. Tidak ada pelindung dan pemberi pertolongan kecuali Allah. Sekiranya mereka hendak membebaskan diri dengan segala jenis penebusan, semuanya tidak tidak diterima. Mereka itu adalah golongan yang dijerumuskan ke dalam neraka dengan sebab usaha mereka. Mereka diberi minuman daripada air panas yang mendidih dan ditimpakan azab disebabkan mereka kufur"
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil