Dua tiga hari lepas saya terdengar dalam radio ulasan seorang penceramah berkenaan perkara-perkara yang makruh ketika berpuasa. Perkara makruh maksudnya perkara yang akan mengurangkan pahala puasa. Antara perkara yang ditekankan ialah bersugi/berus gigi dan berkumur secara berlebihan. Kedua-duanya memang akan menjadi ancaman kepada pahala puasa.
Di samping perkara itu sebenarnya ada banyak lagi hal yang boleh mengancam pahala orang yang berpuasa. Kedua perkara itu rasanya terlalu kecil berbanding dengan ancaman yang datang dari beberapa anggota badan, antaranya mata.Sabda Nabi s.a.w maksudnya: Lima perkara yang membukakan puasa orang yang berpuasa; berdusta, mengumpat, adu domba, bersumpah palsu dan memandang dengan nafsu.
Memang mata fungsinya untuk melihat. Tetapi tidak semua perkara boleh dilihat. Antaranya ialah melihat aurat perempuan, suatu perkara yang sangat digemari mata. Terdapat banyak nas berkenaan dengan suruhan memelihara pandangan dari perkara ini.
Tetapi masalahnya sekarang, perempuan yang seksi ada di mana-mana sahaja sehingga menjadikan hampir mustahil untuk tidak melihatnya. Di jalan, di pasar, di pejabat semuanya ada. Malah mereka turut menyelinap masuk ke dalam rumah-rumah kita melalui surat khabar, majalah, komputer, internet, play station, telefon bimbit dan kaca televisyen. Macam tV, hampir setiap cerita dan filem memperlihatkan perempuan yang mendedahkan aurat..cuma tahap pendedahan sahaja yang berbeza.
Untuk tidak memiliki atau tidak membuka terus TV juga merupakan masalah. Kerana ia telah menjadi sesuatu yang wajib ada dalam setiap buah rumah. Apabila telah ada mestilah ianya akan dibuka. Samada oleh kita sendiri atau anak-anak kita.
Begitulah cabaran yang mengancam puasa kita khususnya dan kehidupan kita keseluruhan amnya. Semoga puasa kita tidaklah mendapat lapar dan dahaga sahaja. Alang-alang berpuasa biarlah ada pahala dari Allah sebagai ganjarannya. Dan semoga hidup kita selamat dari kerosakan yang datang dari semua itu.
Selamat meneruskan ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat

0 comments:
Post a Comment