PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Al-Bustami Yang Jujur Dan Taat Kepada Ibunya

Friday, October 1, 2010

Di dalam kisah Abu Yazid al-Bustami pula diceritakan bahawa beliau ingin pergi ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Ibunya memberi wang sebanyak 40 dinar, yang merupakan warisan dari ayahnya.


Ibunya berkata kepadanya: “Letakkan tanganmu pada tanganku dan berjanjilah padaku, engkau akan sentiasa bercakap benar dan tidak berdusta selamanya.”

Abu Yazid pun berjanji kepada ibunya untuk bercakap benar. Dia pergi bersama kafilah menuju ke Baghdad. Di pertengahan jalan, muncul sekumpulan perompak. Mereka merampas semua barang yang di bawa oleh kafilah tersebut. Mereka melihat kepada al-Bushtami yang berbaju lusuh sambil berkata: “Apakah engkau mempunyai sesuatu?” Jawab Bushtami: “Aku ada 40 dinar.”


Mereka mengejeknya dan menduga al-Bushtami seorang yang bodoh. Mereka meninggalkannya dan kembali ke gua, menemui pemimpin mereka yang yang sedang menunggu. Apabila melihat mereka, pemimpin mereka berkata: “Apakah kalian telah mengambil semua yang ada pada kafilah itu?” Mereka menjawab: “Ya, kecuali seorang lelaki yang kami tanyai tentang sesuatu yang dia ada, dia menjawab, aku ada 40 dinar. Kami tinggalkan dia kerana memandang remeh kepadanya dan berpendapat akalnya tidak siuman.” Pemimpin itu berkata: “Bawalah dia kemari.”


Ketika sampai di hadapannya, ketua perompak itu berkata: “Apakah engkau mempunyai sesuatu?” Bustami menjawab: “Ya, aku ada 40 dinar.” Perompak berkata lagi: “Di mana engkau simpan wang mu itu?” Bushtami pun mengeluarkan dan menyerahkannya kepada ketua perompak. Ketua perompak itu berkata: “Apakah engkau sudah gila wahai lelaki?” Kenapa engkau tunjukkan wang dan menyerahkannya kepada kami dengan kehendakmu sendiri?” Bushtami menjawab: “Ketika ingin meninggalkan negeriku, aku berjanji kepada ibuku untuk selalu berkata benar. Aku tidak ingin melanggar janji ibuku.”


Ketua perompak itu berkata: “Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kehendak Allah. Engkau takut mengkhianati ibumu, sedangkan kami tidak takut mengkhianati janji Allah.” Akhirnya ketua perompak menyuruh mengembalikan semua barang yang diambil dari kafilah itu dan berkata: “Aku bertaubat melalui tanganmu wahai lelaki.” Ini diikuti oleh pengikutnya sambil berkata: “Engkau pemimpin kami dalam merompak, dan sekarang engkau pemimpin kami dalam bertaubat. Kami semua bertaubat kepada Allah.


Kejujuran dan ketaatan kepada ibunya bukan setakat telah menyelamatkan al-Bushtami dari dirompak, tetapi ia juga telah memberikan keinsafan kepada para perompak tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil