عَن أَبِى هُرَيرَةَ رَِضَي اللهُ عَنهُ قَالَ، قَالَ رَسُولُ اللهُ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ |
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: |
اِنَّ اللهَ طَيِّبٌ |
Sesungguhnya Allah taala itu baik |
لاَيُقبَلُ الاَّ طَيِّبًا |
Dia tidak menerima melainkan yang baik |
وَاِنَّ اللهَ اَمَرَ المُوءمِنِينَ بِمَا اَمَرَ بِه المُرسَلِينَ فَقَالَ تَعَالَى : |
Dan sesungguhnya Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang diperintahkan kepada semua Rasul dengan firmannya: |
يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ |
Wahai sekelian Rasul! Makanlah makanan yang baik |
وَاعْمَلُوا صَالِحًا. |
Dan beramallah dengan amalan yang soleh |
وَقَالَ تَعَالَى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ أَمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقنَاكُم |
FirmanNya lagi: Wahai sekelian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu |
ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلُ يُطِيلُ السَّفَرَ اَشعَثَ اَغبَرَ |
Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut rambutnya dan berdebu mukanya |
يَمُدُّ يَدَيهِ اِلََى السَّمَاءِ : يَا رَبُّ |
Menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdoa): wahai Tuhanku wahai Tuhanku…… |
وَمَطعَمُهُ حَرَامٌ |
Padahal makanannya haram |
وَمَشرَبُهُ حَرَامٌ |
Minumannya haram |
وَمَلبَسُهُ حَرَامٌ |
Dan pakaiannya haram |
وَغُذِىَ بِالحَرَامِ |
Dan disuapkan dengan yang haram |
فَاَنَّى يُُستَجَابَ لَهُ |
Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya |
Maksud makanan yang baik
Makanan yang halal dan berkhasiat
Ciri-ciri makanan yang baik
1. Makanan yang halal
2. Berkhasiat atau mengandungi zat
3. Bersih
4. Disembelih dengan nama Allah
5. Tidak memabukkan
6. Tidak memudaratkan kesihatan
7. Diperoleh dari sumber yang halal
8. Makanan yang diusahakan oleh orang Islam
Ciri-ciri makanan yang haram
1. Memudaratkan kesihatan
2. Memabukkan
3. Tidak disembelih
4. Diperolehi dari sumber yang haram
Hikmah memilih makanan yang baik
1. Menjaga kesihatan badan
2. Membantu pertumbuhan badan
3. Memelihara kewarasan akal
4. Menjaga maruah diri
5. Dimakbulkan doa
6. Mendapat pahala
7. Menjauhkan diri daripada seksa api neraka
8. Mudah mempelajari ilmu
9. Membentuk akhlak mulia
10. Menenangkan jiwa
Cara menghindarkan diri daripada makanan yang haram
1. Menghindari makanan syubhah
2. Memastikan makanan dari sumber yang halal
3. Memastikan makanan dibuat dari bahan yang halal
4. Memilih restoran yang halal
5. Sentiasa merujuk kepada fatwa
6. Memastikan makanan yang dibeli ada lambang halal
Syarat memakan makanan yang haram ketika dharurat
1. Hanya terdapat makanan yang haram sahaja
2. Makan sekadar menyelamatkan nyawa
3. Makan bukan untuk kenyang
Hikmat diharuskan memakan makanan haram ketika dharurat
1. Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
2. Memberi kelonggaran ketika dharurat untuk menyelamatkan nyawa
3. Melambangkan bahawa agama Islam tidak membebankan
Pengajaran hadis
1. Umat Islam mestilah perihatin terhadap makanan yang halal dan berkhasiat
2. Kita wajib menghindari daripada makanan dan minuman yang haram
3. Allah tidak menerima doa hambanya yang mengambil makanan yang haram
4. Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan sesuai
33 comments:
Apakah cara memilih makanan yang halal???
boek!
bagaimana menjadikan pengusahaan makanan halal sebagai ibadah?
Apekah 2 keburukan memakan makanan yang haram?
Terbaik......
Macam bagus tapi tak banyak maklumat.Tolong buat buku keyhhh
2 keburukan memakan makanan yang haram
1. Tidak diredhai oleh Allah SWT
2. Kesihatan terganggu
Melihat logo Halal, Jika diSah kan oleh kerajaan
Mengadakan Kempen Pengusahaan makanan halal di khalayak ramai.Dan menceritakan tentang kebaikan makanan halal berbanding makanan haram
Yeahh
jelaskan usaha anda untuk mengajak rakan baik bepakaian yg menepati hukum syarak ?
Hubung kait antara makanan dengan ibadah ?
terbaik💖
Harini exam, baca ni 😂
terbaikk
Alhamdulillah saya mudah menghafal apa yg dikongsikan
Alhamdulillah saya mudah menghafal apa yg dikongsikan
Thanks for giving a short notes like this it make us easy to study and fast
Lebih tepat lagi sah dari JAKIM ✌��
Ohsem
boik
boik
boik
Baik bhaa
Memang terboekkkkkkk
terbaikk❤
dua kepentingan mengutamakan makanan yang baik
aaaaa
I love my self...domongga dalla dalla yea
Menasihatinya dengan cara yang baik agar rakan berminat untuk berubah menjadi yang terbaik
2 akibat pengambilan makanan yang haram
Yep haha
Post a Comment