PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 9: PERPADUAN TERAS KEMAJUAN

Tuesday, July 5, 2011

عَن أَبِى هُرَيرَةَ رَِضَي اللهُ عَنهُ قَالَ، قَالَ رَسُولُ اللهُ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ:

Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah telah bersabda: Bersabda Rasulullah s.a.w:

َلا تَحَاسَدُوا

Janganlah kamu dengki mendengki

وَلاَ تَنَاجَسُوا

Jangan tipu menipu

وَلاَ تَبَاغَضُوا

Jangan benci membenci

وَلاَ تَدَابَرُوا

Jangan berpaling muka

وَلاَ بَيعَ بََعضُكُم عَلَى بَيعِ بَعضٍ

Dan janganlah berjual beli di atas jualan orang lain

وَكُونُوا عِبَادَ اللهِ اِخوَانًا

Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara

المُسلِمُ اَخُوا المُسلِمُ

Orang Islam dengan orang Islam adalah bersaudara

وَلا يَظلِمُهُ

Mereka tidak boleh menzalimi

وَلا يَخذُلُهُ

Tidak boleh membiarkannya di dalam kehinaan

وَلا يُكذِبُهُ وَلا يَحقِرُهُ

Tidak boleh membohonginnya dan menghinanya

التَّقوَى هَهُنَا وَيُشِيرُ اِلَى صَدرِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

Takwa itu di sini, kata Nabi s.a.w sambil menunjuk ke dadanya tiga kali

بِحَسبِ امرِىءٍ مِنَ الشَّرِّ اَن يَحقِرَ اَخَاهُ المُسلِمِ .

Memadai seseorang itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya

كُلُّ المُسلِمِ عَلَى المُسلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرضُهُ

Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain haram darah, harta dan kehormatannya

Faktor perpecahan

Bil

Faktor

Pengertian

1

Dengki

Perasaan kurang senang atau gelisah melihat kelebihan yang ada pada orang lain dan berharap supaya nikmat tersebut hilang daripadanya

2

Menipu

Perkataan atau tingkahlaku yang berkaitan dengan muamalat yang dijalankan secara tidak jujur

3

Benci membenci

Marah atau tidak menyenangi orang lain

4

Berpaling muka

Tidak bertegur sapa dan hidup mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain

5

Jual beli di atas jualan orang lain

Membatalkan jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan sendiri

Kesan buruk perbuatan-perbuatan tersebut

1. Menyusahkan orang lain

2. Putus silaturrahim

3. Mencetuskan permusuhan

4. Hidup tidak tenang

5. Terjebak dengan maksiat lain seperti menyakiti, memfitnah dan membunuh

Langkah-langkah ke arah perpaduan

1. Memupuk kasih sayang di antara anggota masyarakat

2. Mengamalkan sikap tolong menolong dan kerjasama

3. Memelihara hak orang lain

4. Menghormati maruah dan budaya orang lain

5. Bertolak ansur

6. Perihatin masalah jiran

7. Mengamalkan budaya ziarah menziarahi

8. Bersikap patriotik dan sayangkan negara

Pengajaran hadis

1. Semua orang Islam adalah bersaudara

2. Umat Islam wajih menghindari sifat dengki

3. Umat Islam dilarang menipu

4. Perpaduan sangat penting kepada kestabilan bangsa dan negara

5. Mengekalkan perpaduan adalah tanggungjawab semua rakyat

6. Sifat dengki mendengki dan pulau memulau akan menghancurkan persaudaraan Islam

1 comments:

monster_buncit said...

apakah contoh jual beli atas jualan orang lain?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil