PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG TING 4 dan MODUL GEMILANG TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PnP anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI GURU 2013^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Tuliskan Sajak/Cerpen/Novel yang berunsur agama..hantarkan kepada umat66@gmail.com..tulisan anda akan dimasukkan ke blog ini untuk tatapan semua pembaca..BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 8: MAKANAN YANG BAIK

Tuesday, July 5, 2011

عَن أَبِى هُرَيرَةَ رَِضَي اللهُ عَنهُ قَالَ، قَالَ رَسُولُ اللهُ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

اِنَّ اللهَ طَيِّبٌ

Sesungguhnya Allah taala itu baik

لاَيُقبَلُ الاَّ طَيِّبًا

Dia tidak menerima melainkan yang baik

وَاِنَّ اللهَ اَمَرَ المُوءمِنِينَ بِمَا اَمَرَ بِه المُرسَلِينَ فَقَالَ تَعَالَى :

Dan sesungguhnya Allah memerintah orang mukmin dengan apa yang diperintahkan kepada semua Rasul dengan firmannya:

يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ

Wahai sekelian Rasul! Makanlah makanan yang baik

وَاعْمَلُوا صَالِحًا.

Dan beramallah dengan amalan yang soleh

وَقَالَ تَعَالَى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ أَمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقنَاكُم

FirmanNya lagi: Wahai sekelian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu

ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلُ يُطِيلُ السَّفَرَ اَشعَثَ اَغبَرَ

Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut rambutnya dan berdebu mukanya

يَمُدُّ يَدَيهِ اِلََى السَّمَاءِ : يَا رَبُّ

Menghulurkan kedua tangannya ke langit (berdoa): wahai Tuhanku wahai Tuhanku……

وَمَطعَمُهُ حَرَامٌ

Padahal makanannya haram

وَمَشرَبُهُ حَرَامٌ

Minumannya haram

وَمَلبَسُهُ حَرَامٌ

Dan pakaiannya haram

وَغُذِىَ بِالحَرَامِ

Dan disuapkan dengan yang haram

فَاَنَّى يُُستَجَابَ لَهُ

Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya

Maksud makanan yang baik

Makanan yang halal dan berkhasiat

Ciri-ciri makanan yang baik

1. Makanan yang halal

2. Berkhasiat atau mengandungi zat

3. Bersih

4. Disembelih dengan nama Allah

5. Tidak memabukkan

6. Tidak memudaratkan kesihatan

7. Diperoleh dari sumber yang halal

8. Makanan yang diusahakan oleh orang Islam

Ciri-ciri makanan yang haram

1. Memudaratkan kesihatan

2. Memabukkan

3. Tidak disembelih

4. Diperolehi dari sumber yang haram

Hikmah memilih makanan yang baik

1. Menjaga kesihatan badan

2. Membantu pertumbuhan badan

3. Memelihara kewarasan akal

4. Menjaga maruah diri

5. Dimakbulkan doa

6. Mendapat pahala

7. Menjauhkan diri daripada seksa api neraka

8. Mudah mempelajari ilmu

9. Membentuk akhlak mulia

10. Menenangkan jiwa

Cara menghindarkan diri daripada makanan yang haram

1. Menghindari makanan syubhah

2. Memastikan makanan dari sumber yang halal

3. Memastikan makanan dibuat dari bahan yang halal

4. Memilih restoran yang halal

5. Sentiasa merujuk kepada fatwa

6. Memastikan makanan yang dibeli ada lambang halal

Syarat memakan makanan yang haram ketika dharurat

1. Hanya terdapat makanan yang haram sahaja

2. Makan sekadar menyelamatkan nyawa

3. Makan bukan untuk kenyang

Hikmat diharuskan memakan makanan haram ketika dharurat

1. Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga

2. Memberi kelonggaran ketika dharurat untuk menyelamatkan nyawa

3. Melambangkan bahawa agama Islam tidak membebankan

Pengajaran hadis

1. Umat Islam mestilah perihatin terhadap makanan yang halal dan berkhasiat

2. Kita wajib menghindari daripada makanan dan minuman yang haram

3. Allah tidak menerima doa hambanya yang mengambil makanan yang haram

4. Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan sesuai

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil