PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Melayan Suami Seperti ‘Pelacur Kelas Pertama’??

Monday, June 6, 2011

Dr Rohaya Mohamed
Dr Rohaya Mohamed

Menyuruh isteri melayan suami seperti pelacur kelas pertama adalah suatu perkara yang tidak berhati-hati, jahil dan mengguris hati. Banyak lagi perbandingan yang boleh dibuat, kenapa ke situ perginya. Juga saya rasa faktor layanan seks isteri, bukanlah faktor utama berlakunya pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi serta kegagalan rumah tangga dan pasangan(suami) beralih arah kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan. Satu rangkuman yang celaru dan tidak disertai kajian yang ilmiah serta meninggalkan sandaran yang kukuh. Perbandingan itu juga amat kabur sebenarnya, kerana saya yakin tidak ramai orang yang tahu macamanakah layanan pelacur kelas pertama tu. Dr Rohaya yg mungkin tahu cara layanan seks pelacur kelas pertama sepatutnya membuat penjelasan yang terperinci, barulah betul2 dikira panduan. Apapun pandangan saya adalah begini;

1. Hiburan di luar termasuk perempuan simpanan dan pelacur biasanya berlaku kerana iman lelaki yg lemah. Mereka yg tidak takut kepada dosa sahaja yang berani melakukannya. Jika perempuan simpanan dan pelacur tidak berdosa saya yakin lebih ramai lagi yang terlibat, kerana kebanyakan lelaki yg menjauhi perkara tersebut adalah kerana takutkan dosa, bukannya telah puas dgn layanan seks isteri sehingga hilang selera dengan wanita lain.

2. Faktor masa juga kena kira. Bersama seorang isteri dah 20-30 tahun. Pelacur sekali je bagi seorang perempuan. Sekali pelacur A, kemudian B, kemudian C dan seterusnya. Bukannya pelacur A sepanjang masa. Tentulah tarikan pelacur akan kuat, kerana sentiasa 'kali pertama'. Kalau pelacur kelas pertama tu jadi isteri seorang lelaki, pun lelaki itu akan kurang selera setelah 30 tahun bersama. Lain le kalau seminggu sekali tukar isteri. Jadi seks juga dipengaruhi oleh masa, bukannya totally layanan isteri

3. Layanan isteri ada batasan syarak. Pelacur mana ada batasan. Antaranya, persetubuhan hanya dibenarkan melalui 'jalan' tertentu sahaja. Pelacur mana kira jalan..mana-mana sukapun boleh..Pelacur juga tak kisah untuk bersama-sama 3 atau 4, atau 10 orang melayan seorang lelaki, asalkan bayarannya beres. Tetapi isteri sanggup ke? Harus kah berbuat begitu walaupun bersama madu mereka?

4. Isteri bukannya 24 jam fokus pada seks sahaja. Nak masak, nak kemas rumah, jaga anak, sapu lantai dan macam2. Kadang2 ada sakit demamnya tetapi pelacur 24 jam fokus seks sahaja..pakaian, make up, percakapan..semuanya seks. Kalau time demam ke sakit ke, tutup kedai...mana adil nak banding layanan isteri dgn pelacur.

5. Yang sabitkan layanan isteri dgn keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi tu lagi 'lari' dan tidak tepat. Keganasan rumah tangga lebih banyak melibatkan lelaki yang bermasalah seperti penagih, kaki mabuk dan kaki judi. Sikit sangat yang berkait dgn seks, itupun seperti inginkan hubungan seks ketika isteri tidak sihat dan lewat malam ketika isteri dah lama tidur. Manakala pembuangan bayi selalunya melibatkan pasangan yang masih belum jadi suami isteri.

Tak tahulah apa sebenarnya niat Dr Rohaya tu. Mungkin niatnya betul atau mungkin nak perkenalkan perumpamaan baru atau menarik telinga pendengar kpd ucapannya. Selalunya org berucap dia pelan terlebih dahulu, samada ditulis di kertas atau digarap dalam kepala sahaja, bukannya diucapkan secara 'on the spot' je.

Apapun perbandingan itu adalah sangat tidak tepat, menjatuhkan martabat isteri dan mengguris perasaan kaum wanita itu sendiri. Bagi saya pokok pangkalnya ialah keimanan, kesetiaan, kasih sayang dan tanggung jawab.




Kenyataan Dr Rohaya yang saya petik dari Berita Harian on-line

Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar


KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.

(dipetik dari Berita Harian on-line)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Layanmacampelacur_/Article


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil