PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Jangan Lakukan 20 Perkara Ini

Friday, June 3, 2011

Sesungguhnya dalam hidup, kita dikelilingi oleh banyak perkara yang menyeronokkan. Tetapi banyak di antaranya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini saya coretkan 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil iktibar;

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Ianya dibenci Allah. Kalau tertidur lain cerita

2. Jangan memasuki ke bilik air tanpa memakaii alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis mengotori seluruh rumah kita

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan

5. Jangan tidur selepas solat subuh. Nanti rezeki mahal, kerana berpagi-pagi itu membawa pintu berkat

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi bersama syaitan

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk melakukan kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

10. Jangan bergaul bebas di tempat belajar/kerja. Banyak buruk dari baiknya

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa. Kerana mati boleh datang bila-bila masa

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita dan hilang bahagia

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja. Nanti kita sombong apabila berjaya dan kecewa kalau gagal

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa/hati

17. Jangan biasakan berbohong. Kerana itu cirri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita

18. Jangan suka menganiaya sesama manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil