Enam hari lagi tahun 2010 akan berlalu dan 2011 akan muncul. Kedatangan tahun selalunya akan disambut dengan penuh meriah di segenap pelosok dunia. Samada di barat, mahupun di timur, tanpa mengira bangsa dan agama. Mungkin hari ini ada yang telah merancang apa yang akan dilakukan pada malam tahun baru ini.
Di negara kita, kemunculan tahun baru juga disambut seperti di tempat-tempat lain. Yang rasmi, selalunya dengan konsert, 'count down' dan permainan bunga api. Selain itu, ada yang tak rasmi, ada yang persendirian, ada yang berkumpulan dan ada yang menyambutnya secara berdua-duan dan ada yang secara sorok-sorok. Ada yang menyambut di hotel, bar, kelab malam, disko dan macam-macam lagi. Pendek kata, pada malam tahun baru, pusat-pusat hiburan akan dipenuhi oleh manusia lebih dari biasa. Arak akan lebih laku dari biasa. Jualan kondom juga akan meningkat. Bilik-bilik hotel mahal dan murah juga akan menerima tempahan yang lebih. Mungkin juga pengambilan dadah dan yang sewaktu dengannya juga naik berganda-ganda.
Jika anda berada di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur pada malam tersebut, anda akan dapat melihat pelbagai ragam manusia. Dengan fesyen yang beraneka dan mungkin aneh serta gelagat yang janggal. Lelaki dan perempuan sama saja, masing-masing tidak mahu ketinggalan. Malah pada malam tersebut 'couple-couple' dan mungkin lelaki perempuan yang hanya berkawan akan menyambutnya secara 'mesra' sepuas-puasnya.
Para mat rempit akan turut menyerikan malam tahun baru. Dan mungkin perarakan kanak-kanak berbasikal juga akan berulang. Yang berjalan kaki, yang berkeliaran, yang bergelandangan. Semua ada. Ramai yang tidak akan terlena, kerana malam tahun baru akan dirai sampai ke pagi. Hanya segelintir sahaja yang berada di masjid untuk menyambut tahun dengan solat, bacaan Yasin dan doa.
Malam tahun baru seperti cerita 1001 malam. Tidak habis untuk dikisahkan. Terlalu banyak cerita dan peristiwa yang berlaku. Setiap individu ada halnya, ada peristiwanya yang mungkin menarik, menggembirakan, menyedihkan, menakutkan, malang, sial dan bermacam-macam lagi.
Sebagai negara demokrasi yang menjamin kebebasan individu, terserahlah kepada diri masing-masing. Cuma apa yang dapat dikata, jika ada sekelumit iman di hati kita, marilah kita berusaha menghindari sebarang maksiat. Terutamanya yang tergolong dalam dosa besar seperti zina, arak dan dadah. Walau apa peristiwa yang disambut, jangan kita tersesat dari jalan Tuhan. Dan diharap kepada semua pihak berkuasa semoga dapat mengawal keharmonian dan keselamatan pada malam tersebut. Juga peliharalah sensitiviti umat majoriti negara ini, penganut Islam dan pencintanya.

0 comments:
Post a Comment