Walaupun Krismas dah lepas tapi saya masukkan juga posting ni. Bukan senang mahu jumpa pendapat mufti. Jadi, apa salahnya saya panjangkan dan abadikan nasihat Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin di sini.
Seperti yang tersiar dalam Berita Harian 24 Disember, Mufti Johor menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai santa claus kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad s.a.w.
"Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini, malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus," katanya kepada Berita Harian.
Jadi berfikirlah sebelum bertindak. Jangan main suka hati saja. Memangpun uniform warna merah santa claus tu merupakan pakaian khusus untuk santa sempena perayaaan Krismas. Pakaian tu termasuk dalam kategori pakaian agama lain, yang hukumnya adalah haram dipakai.
Total Pageviews
Pandangan/Komen/Apa Saja
RENUNGAN HARI INI
Janganlah kita suka menangguhkan kerja. Kerja hari ini, kita buat hari ini. Jangan tunggu besok.
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
Rujukan
Haram pakai baju samai santa claus
Sunday, December 26, 2010Posted by umat66 at 11:35:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment