PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Lailatul Qadr - Malam Yang Lebih Baik Dari Seribu Bulan

Saturday, August 21, 2010

Seorang bekas murid bertanya kepada saya tentang malam lailatul qadr. Apa tandanya yg dapat dikesan untuk mengetahui malam lailatul qadr itu. Katanya, ada orang kata malam tu tenang..

Terkedu juga saya untuk menjawabnya. Maklumlah..ianya sesuatu yang abstrak atau tersembunyi. Dah tersembunyi tu..maknanya tiada keterangan yang jelas berkaitan dengannya. Bilakah masanya..apakah tandanya..itulah yang tersembunyi. Kerana itu Nabi s.a.w. sendiri tercari-cari malam tersebut. Yang pastinya malam lailatul qadr pasti ada di dalam bulan Ramadhan. Ini berdasarkan kepada Firman Allah dalam surah al-Qadr. Ingat nak copy sekali dengan ayatnya, tapi bila paste sini, ayat2 tu jadi kotak2 pulak. Ada sapa2 yang tau teknik paste tulisan jawi, sudi-sudilah bagi tau saya

Maksud Surah al-Qadr, ayat 1-5;
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Jadi sahlah kewujudan dan keistimewaan malam tersebut. Kalau kata tak ada malam Lailatul Qadr, maknanya tidak mempercayai al-Quran. Jelas. Soalnya bila dan apakah tanda-tandanya??


Dalam apa soal sekalipun, kita mestilah sentiasa berpegang kepada pendapat yang sahih. Pendapat yang tak sahih tu..setakat penyedap cerita atau penaik semangat bolehlah. Di sini saya bawakan hadis-hadis yang dipetik dari Sahih Muslim yang berkaitan dengan Lailatul Qadr.


1985. Hadis Ibnu Umar r.a:
Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w telah bermimpi melihat Lailatulqadar pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah s.a.w bersabda: Mengikut Pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh hari yang terakhir tersebut.


1993. Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu baginda pulang ke rumahnya. Para sahabat yang beriktikaf bersama-sama baginda juga turut pulang. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda di bulan Ramadan yang sama dan waktu yang sama di mana baginda pulang ke rumah, setelah menyuruh atau mengajak mereka supaya selalu tabah terhadap kehendak Allah dengan sabdanya: Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari dan kemudian aku lanjutkan selama sepuluh hari yang berikutnya. Oleh itu sesiapa yang ingin melanjutkan iktikaf bersamaku, tetaplah berada di tempat iktikafnya. Aku telah bermimpi melihat Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir. Pada waktu itulah aku melihat aku sedang sujud pada air dan tanah. Abu Said Al-Khudriy r.a berkata: Kami dibasahi hujan pada malam hari yang kedua puluh satu. Masjid telah basah, begitu juga dengan tempat sembahyang Rasulullah s.a.w. Aku melihat ke arah baginda setelah selesai mendirikan sembahyang Subuh. Wajah baginda basah terkena lumpur dan air.


1998. Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadan.

Kesimpulannya dalam hadis di atas Nabi memberikan panduan kepada umatnya bahawa Lailatul Qadr itu terletak pada 10 malam terakhir ramadhan, terutamanya pada malam-malam ganjil. Lihatlah macamana Nabi s.a.w. mengharungi 10 malam terakhir ramadhan. Ada juga yang mengatakan Lailatul Qadr pada 27 ramadhan. Jelasnya itu sahaja panduan Rasul tentang hal itu. Selebihnya hanya Tuhan yang tahu. Kalau Nabi s.a.w. tahu dengan tepat malam Lailatul Qadr nescaya Nabi s.a.w. akan beritahu kepada pengikutnya, wajib. Kerana Rasul itu bersifat tabligh. Rasanya itulah sahaja pengetahuan saya tentang masa. Saya lihat dalam Sahih Bukhari pun lebih kurang begitu juga berkenaan dengan masa.

Manakala berkaitan dengan tanda..maksudnya tanda yang dapat dikesan oleh panca indera manusia. Kalau rujuk kepada ayat ataupun hadis muslim di atas, nampaknya tidak ada sebarang tanda untuk malam tersebut. Pun begitu ada beberapa tanda yang diutarakan ulama seperti malam yang jelas lagi tenang, udaranya tidak panas dan tidak dingin, tidak terdapat sebarang bayang pada malamnya dan pada keesokan harinya kelihatan sinaran matahari tidak bercahaya.

Ini 2 buah hadis yang saya petik dari sebuah blog
Rasulullah s.a.w. bersabda,

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)


Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)

Pernah juga saya dengar orang kata antara tanda Lailatul Qadr ialah pokok sujud dan air membeku.

Bagi saya, berkaitan dengan tanda ini..Walaupun semua orang berjaga menantikan tanda-tanda tersebut, tetapi tidak semua orang akan dapat melihatnya. Hanya orang yang terpilih sahaja dapat melihatnya, walaupun cc tv dipasang untuk memerhatikan kesemua itu. Tidak semua orang dapat melihat tanda-tanda tersebut walaupun mereka sedang berada pada malam Lailatul Qadr. Tanda-tanda tersebut bukanlah suatu kemestian bagi Allah, bukannya seperti tanda kedatangan 1 Syawal atau tanda masuknya waktu solat. Sebab itu berusahalah sepanjang ramadhan..nescaya kita akan mendapatnya.

Wallahu a'lam

1 comments:

jabon said...

by jabon

malam di mana bnyak halk yang menakjubkan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil