PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

10 Hari Pertama Ramadhan al-Mubarak

Thursday, August 19, 2010

Esok, genap 10 hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Begitu deras sekali masa berlari. Rasa baru je mula puasa. Habis sudah frasa pertama puasa, iaitu 10 hari terawal daripada ramadhan. Jika 10 hari lepas ibadah puasa dijalankan dengan betul seperti yang dikehendaki syarak, samada dari segi niatnya ataupun amalannya zahir mahupun batin, nescaya kita akan mendapat 'maghfirah' yang disebutkan di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. Segala dosa-dosa akan diampunkan oleh Allah. owh..alangkah bagusnya jika kita juga termasuk di dalam golongan tersebut. Itulah golongan yang sangat bertuah. Golongan yang berjaya merebut 'rahmat' dari bulan ramadhan.

Golongan ini bukan sahaja berjaya menyempurnakan puasa mereka zahir dan batin sahaja, tetapi mereka juga 'bercawat kote' menggandakan ibadah sunat sepanjang puasa mereka. Hari-hari mereka dipenuhi zikir, bacaan al-qur'an, sedekah dan segala macam amal kebajikan. Malamnya pula mereka menguatkan betis dan kaki untuk berdiri mengerjakan solat tarawih. Mereka melawan rasa mengantuk untuk berqiamullail lalu disambung terus dengan bersahur dan solat subuh. Mereka benar-benar bertungkus lumus merebut pahala dan rahmat ramadhan. Kerana itu Allah membalas mereka dengan limpahan rahmat dan kasih sayangnya kepada mereka.

Disebalik itu ada juga manusia yang berpuasa, tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Pahala..kosong, tak dapat apa-apa.

Malang sekali orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat pahala. Siapakah orang yang sebegitu. Itulah orang yang berpuasa dengan tidak makan dan minum sahaja, tetapi mereka tidak menjaga anggota badan mereka yang lain dari perkara-perkara yang ditegah. Hati mereka penuh dengan rasa benci, dendam, riak, ujub, sombong dan takbur. Mulut mereka tidak berhenti dari mengata-ngata orang lain. Jika perkataan mereka betul ianya menjadi mengumpat, adu domba, menghina atau mengejek. Jika perkataan mereka salah, jadilah mereka pemfitnah atau pendusta. Tangan mereka terus menyakitkan orang lain, samada menyakitkan fizikal ataupun menyakitkan hati orang lain seperti mengambil harta mereka. Mata mereka terus ghairah melihat perkara-perkara yang salah. Jika begitulah keadaannya, maka puasa orang itu tidak akan mendapat sebarang pahala dari Allah s.w.t.

Tetapi ada lagi golongan yang lebih dahsyat dari mereka itu. Yang lebih hina, keji dan dimurkai Allah. Siapa golongan ketiga itu. Merekalah orang-orang mukalaf yang tidak berpuasa. Mereka sihat, kuat dan tidak mempunyai sebarang uzur syar'ei, tetapi mereka tidak mengerjakan puasa. Mereka mengabaikan perintah Allah tanpa sebarang alasan. Alangkah tega dan beraninya hati mereka. Tiada rasa gerun gentar di hati mereka kepada murka Allah.

Dan ada dalam kalangan mereka yang bertindak lebih berani, iaitu mereka mempersendakan perintah Tuhan tersebut. Mereka mempersenda, memperlekeh dan mempermainkannya. Malah ada yang mengingkarinya..mereka kata puasa itu tidak wajib, puasa itu menyusahkan, puasa itu menghalang keseronokan hidup mereka dan pelbagai lagi tohmahan. Inilah golongan yang benar-benar dilaknat oleh Allah. Dan perbuatan mereka itu sebenarnya boleh menyebabkan terbatalnya iman mereka atau dengan kata lain boleh menyebabkan mereka terkeluar dari Islam. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari perkara tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil