Soalan:
Assalamualaikum. Saya nak tanya, jika saya datang bulan 2 hari di permualaan puasa..kemudian ia berhenti. Selama berhenti saya puasa. Kemudian datang balik 2 hari yang lalu. Adakah saya perlumenggantikannya dari awal puasa sehingga sekarang?
Diskusi:
Waalaikumussalam. Terima kasih kepada yang bertanya. Soalan ni saya terima melalui sms, jam 1 54 pagi. Pagi lepas sahur baru tengok. Tentu soalan ini datangnya dari kaum Hawa..saya agak ler..
Untuk menjawab soalan ini, kita tengok dulu beberapa perkara berkaitan dengan haid;
Masa minima haid : 1 hari / 24 jam
Masa kebanyakan : 6-7 hari
Masa maksima : 15 hari
Dalam soalan tidak dinyatakan dengan jelas jumlah hari yang berhenti itu. Hari ini baru 12 ramadhan. Jadi semuanya masih dalam lingkungan 15 hari. Belum melebihi masa maksima haid. Jika kedua-dua darah itu melebihi 24 jam maka kedua-dua darah itu adalah haid dan masa di antaranya juga yang dikatakan telah berhenti tadi juga dikira masa haid. Ini bermakna ibadah yang dilakukan di antara kedua haid itu adalah tidak sah. Bila tak sah, maka puasanya wajib diqadha.
Tetapi kalau haid kedua itu berlaku selepas 15 hari, maka kisahnya lain pula.
Mungkin ada orang rasa teraniaya, sbb telah puasa 10 hari di tengah-tengah dua haid tersebut, tetapi sia-sia dan wajib qadha pula. Tak mengapa insya Allah ada ganjaran dari Allah di atas dedikasi dan kesabaran mereka terhadap ibadah.
Pandangan ulama/ustaz/rakan-rakan muslimin muslimat amat dialu-alukan
Wallahu a'lam
rujukan;
Tuhfatul Muhtaj Fi Syarhil Minhaj
web berkaitan;
www.forsansalaf.com
Total Pageviews
Pandangan/Komen/Apa Saja
RENUNGAN HARI INI
Janganlah kita suka menangguhkan kerja. Kerja hari ini, kita buat hari ini. Jangan tunggu besok.
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
Rujukan
PUASA : Perempuan Yang Haid Putus-Putus
Sunday, August 22, 2010Posted by umat66 at 11:13:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment