PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Hukum Doa Kepada Orang Bukan Islam Di Dalam Khutbah

Monday, August 23, 2010

Soalan;
Apakah hukum seorang khatib di dalam khutbah mendoakan;
1. Seorang kafir memeluk Islam
2. Kesejahteraan seseorang yang bukan Islam

Diskusi;
Wah..satu soalan yang cukup hangat dalam masyarakat hari ini. Soalan ni lebih layak dijawab oleh Mufti ataupun mereka yang lebih arif dalam agama. Kalau dilihat dalam internet atau surat khabar setakat ini, macam-macam jawapan ada. Ada yang kata sah, ada yang kata tidak, ada kata tidak wajar dan ada yang kata apa salahnya.

Dengan ilmu saya yang cetek ini, rasanya lebih baik soalan ini di'forwadkan' kepada mereka yang lebih arif. Tetapi untuk tidak menghampakan saudara yang bertanya, di sini saya catatkan juga beberapa perkara yang berkaitan dengan khutbah.

Tengok dulu panduannya;
Rukun - perkara yang mesti ada. Jika tertinggal walaupun satu sahaja maka khutbah itu dianggap tidak wujud. Atau dianggap tidak sah juga

Syarat sah - Perkara yang mesti dilakukan supaya khutbah itu sah. Jika tiada walau salah satu, maka khutbah itu tidak sah

Sunat - Buat lebih baik dari tak buat. Tertinggal atau tinggal..khutbah masih sah

Makruh - elok ditinggalkan, kalau buat juga khutbah masih sah


RUKUN- RUKUN KHUTBAH


1. Memuji Allah Taala

Contohnya mengupapkan الحمد لله atau احمد الله atau نحمد الله atau الله احمد atau الله الحمد atau انا حامد الله .


2. Membaca Selawat

Tertentu dengan lafaz اللهم صل على محمد atau نصلى على محمد

atau diganti lafaz محمد dengan lafaz النبي / احمد / العاقب / حاشر / الماحي / البشير / النذير .

Tidak memadai dengan سلم الله على محمد atau رحم الله محمد


3. Wasiat dengan takut kepada Allah

Memadai dengan lafaz اطيعوا الله atau اتقوا الله .

Tidak memadai dengan semata menakuti daripada perhiasan dunia kerana itu adalah sedia maklum walaupun oleh kafir maksiat.


4. Membaca satu ayat Al-Quran yang difahami.

Tidak memadai membaca setengah ayat walaupun panjang.

Memadai ayat itu dibaca di dalam salah satu daripada 2 khutbah.

Sunat ayat itu dibaca pada akhir khutbah pertama.


5. Membaca doa berkenaan urusan akhirat untuk orang Islam dalam khutbah kedua.

Memadai menentukan doa bagi segala yang mendengar seperti katanya رحمكم الله

Tiada memadai menentukan doa itu bagi mereka

yang ghaib.

Tidak mengapa membaca doa bagi Sultan dengan tentunya jika tidak berlebih-lebihan dalam menyatakan sifatnya.

Kata Sheikh Ibnu Abdus Salam tidak harus memuji Sultan dengan sifat yang dusta kecuali kerana dharurat.

Sunat membaca doa bagi segala Sultan yang Islam dan tentera mereka dengan kebaikan dan kemenangan.

Peringatan – Rukun yang 3 di atas mesti ada di dalam khutbah

pertama dan khutbah kedua.


SYARAT SAH KHUTBAH


1. Khatib berdiri jika berkuasa kerana mengikut Nabi.


2. Jika tak mampu hendaklah duduk. Jika tak mampu maka baring dan harus mengikutnya walaupun tak diketahui uzurnya ia pada zahirnya ma’zur.


3. Semua rukun Khutbah dilakukan dalam Bahasa Arab.


3. Khatib Duduk Antara Dua Khutbah Serta Tama’ninah.

Jika tak mampu duduk maka hendaklah diam

seketika.

Begitu juga yang tak mampu berdiri maka hendaklah

diam seketika.

Sunat duduk sekadar membaca ( قل هو الله احد) hingga

akhir.


4. Dua Khutbah dibaca selepas gelincir matahari.


5. Kesemua Rukun Didengari Oleh 39 Orang Makmum Dari Kalangan Ahli Jumaat Walaupun Tak Faham.

Khatib tak disyaratkan mendengar dan memahami maka sah walaupun ia tuli dan termasuk dalam bilangan 40 orang itu.


6. Berturut-turut antara 2 khutbah dan solat.


7. Khatib Suci daripada hadas kecil dan besar.

Makmum tidak disyaratkan suci dari hadas.


8. Khatib suci daripada najis yang tak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat.

Jika berhadas ketika khutbah hendaklah bersuci dan memulai semula dan tak boleh disambung walaupun singkat masa perceraiannya.

Jika berhadas antara khutbah dan solat maka bersuci dengan segera maka tiada mengapa.

Makmum tidak disyaratkan suci dari najis.


9. Khatib Menutup Aurat.

Makmum tidak disyaratkan menutup aurat.


Peringatan

Tidak disyaratkan tertib antara rukun-rukun khutbah.

Tidak disyaratkan niat pada khutbah dan tidak disyaratkan meniatkan Fardhunya.


SUNAT – SUNAT KHUTBAH


1. Sunat berkhutbah di atas mimbar dan sunat mimbar di kanan mehrab.

Jika tiada mimbar maka hendaklah berkhutbah di atas tempat tinggi supaya sampai suara Khatib kepada sekelian manusia.


2. Sunat khatib memberi salam kepada semua yang hadir di sisi pintu masjid sebelum masuk ke masjid kemudian bila sampai ke mimbar maka sunat memberi salam kepada mereka yang di sisi mimbar dan bila naik ke atas mimbar dan berada di kedudukan tertinggi di bawah tempat berkhutbah maka sunat menghadap kepada orang ramai dan memberi salam dan kemudian sunat duduk di tempat berkhutbah ketika orang Azan agar dapat merehatkan diri dari penat naik ke mimbar.


3. Sunat Azan di hadapan Khatib dan setelah selesai Azan maka Khatib berdiri membelakang kiblat dan berkhutbah dengan nyaring.


4. Sunat Khatib tidak berpaling ke kanan, ke kiri dan ke belakang kerana itu semua bid’ah.


5. Hendaklah khutbah itu sederhana tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.


6. Sunat Khatib memegang pedang atau panah atau tongkat dengan tangan kirinya dan diletakkan tangan kanan di tepi mimbar.


7. Selesai khutbah hendaklah segera turun daripada mimbar supaya sampai ia ke mehrab sebaik selesai Iqamah supaya terpelihara muwalat antara khutbah dan solat.


8. Sunat membaca dalam raakat pertama Surah Al-A’la dan rakaat kedua Surah Al-Munafiqun atau Surah al-Ghasyiah.

Membaca Surah Al-Jumuah dan Surah Al-Munafiqun lebih utama daripada membaca Surah Al-A’la dan Surah al-Ghasyiah .


Perkara Makruh


Makruh menumbuk anak tangga mimbar ketika naik dengan kaki atau tongkat atau pedang.

Makruh membaca doa tatkala sampai kepada anak tangga tempat berhentinya.

Makruh berhenti pada tiap anak tangga mimbar.

Makruh menyegerakan khutbah yang kedua dan memperlahankan suara padanya.

Makruh berlebihan memuji raja ketika berdoa.



Pandangan ulama/ustaz ustazah/rakan muslimin-muslimat amat dialu-alukan

Web berkaitan:
http://ekhutbah.wordpress.com/asas-khutbah/

1 comments:

Anonymous said...

Beberapa perkara kena tengok dlm kes Guan eng;
1. Ketepatan berita dengan kejadian asal. Agama suruh selidik setiap berita yg sampai. Lagipun umum tau paper tak mesra kjaan Pp. Saksipun org kuat parti semua

2. Apakah perkara yang membatalkan membatalkan khutbah atau menyebabkan khutbah tidak sah?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil