Soalan:
kita berpuasa n pd msa sama kta ghairah n mgeluarkn i mazi,adakah btal puasa ustaz?
Diskusi;
mmm..satu lagi soalan yang berkaitan dengan ibadah puasa yang dihantar melalui msg di Facebook saya. Memang ler sbb sekarang kan bulan ramadhan. Sebelum jawab kita tengok dulu pengenalan air mazi..air mazi ialah air yang berwarna putih jernih lagi cair, yang keluar sewaktu timbul keinginan seks atau ghairah. Ianya tidak memancut dan biasanya keluar tanpa disedari.
Manakala perkara yang membatalkan puasa pula ialah;
1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga
2. Makan dan minum dengan sengaja
3. Bersetubuh dengan sengaja
4. Muntah dengan sengaja
5. Gila walaupun sekejap
6. Pitam sepanjang hari
7. Haid, nifas dan waladah
8. Mengeluarkan mani dengan sengaja
9. Berbuka puasa dalam keadaan syak samada jatuh matahari atau tidak
10. Murtad
Jadi jelas, keluar mazi tidak tersenarai dalam perkara yang membatalkan puasa. Ia tidak boleh disamakan dengan mani kerana keduanya adalah berbeza. Dengan itu keluar mazi adalah tidak membatalkan puasa.
Lagipun ulama berpendapat ibadat puasa difardhukan dengan dalil yang jelas. Hanya perkara yang mempunyai dalil yang jelas saja dapat membatalkan puasa. Inilah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama, antaranya Ibnu Taimiyah.
Di samping itu memang ada sebahagian kecil yang berpendapat mazi membatalkan puasa. Tetapi kita ambil saja pendapat yang lebih ramai dan rajih (lebih kuat).
Pandangan ulama/ustaz ustazah/rakan muslimin muslimat amat dialu-alukan
Wallahu a'lam
13 Ramadhan 1431H
rujukan
Soal jawab Fiqh Harian, Dr Harun Din dan adik beradiknya
Web berkaitan:
http://www.soaljawabpuasa.co.cc/2009/08/adakah-keluar-mazi-membatalkan-puasa.html
Total Pageviews
4137586
Pandangan/Komen/Apa Saja
RENUNGAN HARI INI
Janganlah kita suka menangguhkan kerja. Kerja hari ini, kita buat hari ini. Jangan tunggu besok.
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
Rujukan
Keluar Mazi, batal atau tidak puasa?
Monday, August 23, 2010Posted by umat66 at 10:19:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
sama ke antara putih telur ngn putih jrnih
Post a Comment