Maksud Ajaran
Sesat
Ajaran/amalan yang
didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan ianya bercanggah dengan al-Quran dan
Hadis
Ciri-ciri ajaran sesat (AS)
1.
Mencemarkan kesucian al-Quran dan Hadis seperti
memansuh atau mengubah al-Quran dan hadis. Contoh: Ajaran Bahai dakwa kitab
mereka AL-BAYAN memansuh semua al-Quran
2.
Mengubah prinsip asas akidah Islam. Contoh: ajaran Bahai
mendakwa semua agama sama
3.
Mendewa-dewakan pemimpin seperti anggap pemimpin
sebagai Nabi atau Tuhan. Contoh: Ajaran Qadiani dakwa pemimpin mereka Nabi dan
jelmaan Tuhan
4.
Menolak perkara QAT’EI dalam Islam. Contoh: Ajaran
Qadiani dan Bahai hapuskan jihad
5.
Mengubah ibadat. Contoh: Ajaran Bahai puasa 19 hari dan
solat hanya dengan niat
6.
Ubah konsep dosa dan pahala. Contoh: Ajaran TARIKAT
MUFARRIDIYYAH mendakwa dosa boleh ditebus oleh seseorang
7.
Mendakwa boleh melakukan perkara pelik. Contoh: Boleh
memanggil roh
8.
Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah. Contoh seru nama
orang yang telah mati oleh bomoh
9.
Menolak hadis seperti golongan anti hadis
Keburukan mengamalkan ajaran sesat
Ke atas
Individu
|
1.
Rosak akidah
2.
Membuang masa
3.
Minda tertutup
4.
Kehidupan tidak stabil
|
Ke atas
masyarakat
|
1.
Keruntuhan institusi keluarga
2.
Perpaduan tergugat
3.
Berlaku keganasan
|
Ke atas
Negara
|
1.
Mundur
2.
Tidak stabil
3.
Imej terjejas
|
Langkah menangani ajaran sesat
1.
Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam sebenar
2.
Menyebarkan ajaran Islam
3.
Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang
4.
Program pemulihan akidah
5.
Mengambil tindakan yang tegas
Cara menghindari
diri dari ajaran sesat
1.
Belajar agama dari guru yang diiktiraf
2.
Menjauhi pengamal ajaran sesat
3.
Sentiasa membaca dan menghayati al-Quran
QADIANI
Diasaskan oleh
Mirza Ghulam Ahmad (MGA)(meninggal
1908). Dinamakan Qadiani sempena nama kampong kelahiran pengasasnya iaitu
Qadian, Gusdarpor, India. Muncul pada 1889. Dibawa ke Malaysia
oleh Maulana Mohammad Sadiq b Barakatullah pada 1949
Kepercayaan
mereka yang sesat
1.
Mirza Ghulam Ahmad adalah Imam Mahdi, Nabi dan jelmaan
Krisna
2.
Allah menurunkan kepada MGA sebuah kitab suci yang
bernama AT-TAZKIRAH
3.
MGA mempunyai sejuta jenis mukjizat
4.
Menghapuskan jihad
5.
Mengubah ayat al-Quran. Antaranya: ayat 6 surah as-Saf,
ayat 52 surah al-Haj,ayat 1 surah al-Qadr
6.
Malaikat adalah pancaindera Tuhan
7.
Qadian adalah tanah suci dan tempat menunaikan Haji
8.
Nabi Isa meninggal dunia dan dikebumi di Serinagar, India
9.
Menganggap semua Kafir selain penganut Qadiani
BAHAI
Diasaskan oleh
Husin Ali al-Mazandarani (meninggal 1892). Dinamakan Bahai sempena gelaran
pengasasnya BAHA ULLAH. Lanjutan ajaran AL-BABIYYAH oleh Muhammad as-Syirazi (meninggal
1850). Muncul di IRAN
pada 1847. Dibawa ke Malaysia
oleh YAN KEE LEONG pada 1953
Kepercayaan
mereka yang sesat
1.
Pengasas Bahai adalah jelmaan Tuhan
2.
Semua agama sama dan digabungkan menjadi Bahai
3.
Alam ini kekal (baqa’)
4.
Nabi Isa mati disalib
5.
Mengagungkan KOD 19
6.
Menolak kepercayaan mukjizat, malaikat, syurga dan
neraka
7.
Memansuhkan ajaran Islam
8.
Menganggap ACRE di Palestin sebagai kiblat baru
9.
Ubah ibadah. Puasa 19 hari, solat 9 rakaat 3 kali
sehari, wuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaan ‘Bismillahil Athar”
10. Menghapuskan jihad
TASLIM
Diasaskan oleh Haji
Muhammad b Syafei yang dikenali sebagai Haji Muhammad Matahari pada 1870 an di
kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran sesat tertua di Malaysia.
Ada persamaan
dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah
Kepercayaan
mereka yang sesat
1.
Percaya diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir
manusia ialah Nur Muhammad
2.
Alam bersifat qadim
3.
Mentafsir ayat-ayat al-Quran mengikut nafsu
4.
Mengharuskan zina melalui nikah batin
5.
Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka
6.
Solat secara niat tanpa rukun Qauli dan rukun Fi’li
7.
Anggap Haji Muhammad Matahari maksum
4 comments:
terima kasih atas informasi, membantu saya dalam menyelesaikan tugasan
Terima kasih tuan..maklumat dari website Tuan begitu membantu saya menjawab latihan KBAT.. Terima kasih sangat-sangat
Saya sedikit tersinggung sbb dinyatakan agama kami adalah agama sesat. Berjuta ramai seluruh negara menganuti agama kami. Mohon selidik tlebih dahulu ya tuan. Rumah ibadat kami merata2 seluruh dunia.
terima kasih tuan.... dengan ini saya boleh menjawab KBAT dengan tenang ✌️.
Post a Comment