PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 11: AJARAN SESAT

Wednesday, November 25, 2015



Maksud Ajaran Sesat
Ajaran/amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan ianya bercanggah dengan al-Quran dan Hadis

Ciri-ciri ajaran sesat (AS)
1.        Mencemarkan kesucian al-Quran dan Hadis seperti memansuh atau mengubah al-Quran dan hadis.          Contoh: Ajaran Bahai dakwa kitab mereka AL-BAYAN memansuh semua al-Quran
2.        Mengubah prinsip asas akidah Islam.                          Contoh: ajaran Bahai mendakwa semua agama sama
3.        Mendewa-dewakan pemimpin seperti anggap pemimpin sebagai Nabi atau Tuhan. Contoh: Ajaran Qadiani dakwa pemimpin mereka Nabi dan jelmaan Tuhan
4.        Menolak perkara QAT’EI dalam Islam. Contoh: Ajaran Qadiani dan Bahai hapuskan jihad
5.        Mengubah ibadat. Contoh: Ajaran Bahai puasa 19 hari dan solat hanya dengan niat
6.        Ubah konsep dosa dan pahala. Contoh: Ajaran TARIKAT MUFARRIDIYYAH mendakwa dosa boleh ditebus oleh seseorang
7.        Mendakwa boleh melakukan perkara pelik. Contoh: Boleh memanggil roh
8.        Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah. Contoh seru nama orang yang telah mati oleh bomoh
9.        Menolak hadis seperti golongan anti hadis

Keburukan mengamalkan ajaran sesat
Ke atas
Individu
1.        Rosak akidah
2.        Membuang masa
3.        Minda tertutup
4.        Kehidupan tidak stabil
Ke atas
masyarakat

1.        Keruntuhan institusi keluarga
2.        Perpaduan tergugat
3.        Berlaku keganasan
Ke atas
Negara

1.        Mundur
2.        Tidak stabil
3.        Imej terjejas

Langkah menangani ajaran sesat
1.        Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam sebenar
2.        Menyebarkan ajaran Islam
3.        Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang
4.        Program pemulihan akidah
5.        Mengambil tindakan yang tegas

Cara menghindari diri dari ajaran sesat
1.          Belajar agama dari guru yang diiktiraf
2.          Menjauhi pengamal ajaran sesat
3.          Sentiasa membaca dan menghayati al-Quran


QADIANI
Diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad  (MGA)(meninggal 1908). Dinamakan Qadiani sempena nama kampong kelahiran pengasasnya iaitu Qadian, Gusdarpor, India. Muncul pada 1889. Dibawa ke Malaysia oleh Maulana Mohammad Sadiq b Barakatullah pada 1949

Kepercayaan mereka yang sesat
1.        Mirza Ghulam Ahmad adalah Imam Mahdi, Nabi dan jelmaan Krisna
2.        Allah menurunkan kepada MGA sebuah kitab suci yang bernama AT-TAZKIRAH
3.        MGA mempunyai sejuta jenis  mukjizat
4.        Menghapuskan jihad
5.        Mengubah ayat al-Quran. Antaranya: ayat 6 surah as-Saf, ayat 52 surah al-Haj,ayat 1 surah al-Qadr
6.        Malaikat adalah pancaindera Tuhan
7.        Qadian adalah tanah suci dan tempat menunaikan Haji
8.        Nabi Isa meninggal dunia dan dikebumi di Serinagar, India
9.        Menganggap semua Kafir selain penganut Qadiani
 



BAHAI
Diasaskan oleh Husin Ali al-Mazandarani (meninggal 1892). Dinamakan Bahai sempena gelaran pengasasnya BAHA ULLAH. Lanjutan ajaran AL-BABIYYAH oleh Muhammad as-Syirazi (meninggal 1850). Muncul di IRAN pada 1847. Dibawa ke Malaysia oleh YAN KEE LEONG pada 1953

Kepercayaan mereka yang sesat
1.        Pengasas Bahai adalah jelmaan Tuhan
2.        Semua agama sama dan digabungkan menjadi Bahai
3.        Alam ini kekal (baqa’)
4.        Nabi Isa mati disalib
5.        Mengagungkan KOD 19
6.        Menolak kepercayaan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka
7.        Memansuhkan ajaran Islam
8.        Menganggap ACRE di Palestin sebagai kiblat baru
9.        Ubah ibadah. Puasa 19 hari, solat 9 rakaat 3 kali sehari, wuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaan ‘Bismillahil Athar”
10.       Menghapuskan jihad
 



TASLIM
Diasaskan oleh Haji Muhammad b Syafei yang dikenali sebagai Haji Muhammad Matahari pada 1870 an di kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran sesat tertua di Malaysia. Ada persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah

Kepercayaan mereka yang sesat
1.        Percaya diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah Nur Muhammad
2.        Alam bersifat qadim
3.        Mentafsir ayat-ayat al-Quran mengikut nafsu
4.        Mengharuskan zina melalui nikah batin
5.        Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka
6.        Solat secara niat tanpa rukun Qauli dan rukun Fi’li
7.        Anggap Haji Muhammad Matahari maksum
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil