PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

HUKUM MAD

Wednesday, December 26, 2012

PENGERTIAN MAD DAN HURUF-HURUFNYA

Mad = panjang

Huruf =          Terdiri daripada 3 huruf iaitu :

ي
و
ا
 
Makna =          Memanjangkan suara pada huruf-huruf mad dengan kadar 2 hingga 6 harakah
i.       Alif ( ا ) sebelumnya huruf berbaris di atas    =   قال
ii.      Wau ( و ) sebelumnya huruf berbaris di hadapan   =   يقول
iii.      Ya’ ( ي ) sebelumnya huruf berbaris di bawah    =    قيل


Bahagian         = Bagi Mad terdapat 2 jenis hukum iaitu :
  1. Mad Asli (Tabi’i)
  2. Mad Far’i

1.       MAD ASLI (TABI’I)
Makna =          Tidak ada huruf Hamzah ( ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.
Hukum =          Kadar bacaannya ialah 2 harakah
Makna =          Tidak ada huruf Hamzah ( ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.


2.         MAD FAR’I
Makna =          Mad yang dibaca lebih daripada kadar Mad Asli disebabkan terdapat huruf Hamzah ( ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.
Hukum =          Kadar bacaannya / harakah adalah mengikut jenis Mad
Bahagian = Mad Far’i terbahagi kepada 14 bahagian:
  1. Mad Wajib Muttasil
  2. Mad Jaiz Munfasil
  3. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
  4. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
  5. Mad Lazim Harfi Muthaqqal
  6. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
  7. Mad Silah Qasirah
  8. Mad Silah Towilah
  9. Mad Arid Lissukun
  10. Mad Iwad
  11. Mad Lin
  12. Mad Tamkin
  13. Mad Badal
  14. Mad Farq

2.1       Mad Wajib Muttasil
Makna =          Muttasil bermaksud Sambung. Iaitu apabila ada huruf  Hamzah selepas huruf mad dalam 1 kalimah
Hukum =          Panjang bacaan adalah 4 atau 5 harakah. Ketika berhenti dibaca 6 harakah.
Contoh =          (Ar-Ra’du : 21)



2.2      Mad Jaiz Munfasil
Makna =          Munfasil bermaksud Berasingan. Iaitu apabila ada huruf  Hamzah selepas huruf mad dalam kalimah yang berasingan
Hukum =          Panjang bacaan adalah 4 atau 5 harakah. Harus dibaca secara pendek dengan kadar 2 harakah.
Contoh =          (Al-Anfal : 72)


2.3 Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
Makna =          Apabila huruf Mad bertemu huruf bersabdu dalam 1 kalimah
Hukum          = Kadar bacaan adalah 6 harakah
Contoh =          (Ali-Imran : 61)


2.4       Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
Makna =          Apabila huruf mad bertemu huruf sukun dalam 1 kalimah
Hukum          = Wajib dibaca 6 harakah
Nota : Hanya terdapat pada 2 tempat di dalam Al-Quran
  1. i. (Yunus : 51)
  2. ii. (Yunus : 91)

2.5       Mad Lazim Harfi Muthaqqal
Makna =          Huruf Mad bertemu dengan Mati Asli pada salah satu huruf Hijaiah yang bersabdu dan berada di permulaan surah
Huruf =          Huruf Mad ini ada 8 iaitu : Nun, Qaf, Sad, ’Ain, Sim, Lam, Kaf, Mim
Hukum          = Wajib dibaca secara 6 harakah


2.6       Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
Makna =          Huruf Mad bertemu dengan Mati Aslipada salah satu huruf Hijaiah yang tidak bersabdu dan berada di permulaan surah
Huruf =          Huruf Mad ini ada 5 iaitu : Ha, Ya’ , Tho, Ha’, Ra
Hukum          = Panjang bacaannya adalah 2 harakah


2.7 Mad Silah Qasirah
Makna =          Apabila huruf “Ha Dhomir” bertemu dengan huruf selain Hamzah dalam 2 kalimah. Biasanya Mad ini dilambangkan dengan baris Fathah tegak, Kasroh tegak, atau Dhommah terbalik pada huruf “Ha Dhomir”. Syarat yang harus ada dalam Mad ini adalah huruf sebelum dan selepas “Ha Dhomir” harus berbaris hidup dan bukan  mati/sukun.
Hukum =          Kadar bacaan adalah 2 harakah


2.8       Mad Silah Towilah
Makna =          Apabila huruf “Ha Dhomir” bertemu dengan huruf Hamzah dalam 2 kalimah. Syarat yang harus ada dalam Mad ini adalah huruf sebelum dan selepas “Ha Dhomir” harus berbaris hidup dan bukan mati/sukun. 
Hukum =          Kadar bacaan adalah 4 atau 5 harakah
 
2.9       Mad Aridh Lissukun  

Makna =          Apabila Huruf Mad bertemu huruf hidup dalam 1 kalimah dan bacaan diwaqafkan (berhenti). Dinamakan Aridh karena Mad Asli yang terdapat di akhir ayat dibaca sukun karena wakaf. Jika di washal, hukumnay kembali seperti Mad Asli.
Hukum          = Harus dibaca dalam 3 keadaan : 2, 4 atau 6 harakah
Contoh =          (Al-Fajr : 6)


2.10    Mad Iwad
Makna =          Mad yang terjadi apabila pada akhir kalimah terdapat huruf yang berbaris fathatain dan dibaca waqaf.
Hukum          = Panjang bacaannya adalah 2 harakah


2.11    Mad Lin
Makna =          Apabila huruf berbaris di atas bertemu huruf و atau ي bertanda sukun, huruf selepasnya dibaca sukun kerana waqaf. Dinamakan Mad Lin kerana pengucapannya lembut  dan mudah. 
Hukum          = Panjang bacaan adalah 2, 4 atau 6 harakah


2.12    Mad Tamkin
Makna =          Apabila terdapat dua huruf Ya’ dalam 1 kalimah di mana Ya’ pertama berbaris di bawah dan  bersabdu dan Ya’ kedua sukun
Hukum          = Panjang bacannya ialah 2, 4 dan 6 harakah


2.13    Mad Badal
Makna =          Apabila bertemu 2 Hamzah di dalam 1 kalimah, di mana Hamzah pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Mati. Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan.
  1. Jika Hamzah pertama berbaris di atas, Hamzah kedua ditukar menjadi Alif asalnya .
  2. Jika Hamzah pertama berbaris di bawah, Hamzah kedua ditukar menjadi Ya’ asalnya .
  3. Jika Hamzah pertama berbaris di hadapan, Hamzah kedua ditukar menjadi Waw  asalnya .
Hukum =          Kadar bacaannya adalah 2 harakah

2.14    Mad Farq
Makna =          Apabila Mad Badal bertemu dengan huruf yang bertasydid sabdu dan untuk membezakan antara kalimat istifham (pertanyaan) dengan sebutan/berita.
Hukum = Panjang bacannya ialah 6 harakah

2 comments:

Anonymous said...

MAD FAR’I adalah Mad yang dibaca lebih daripada kadar Mad Asli disebabkan terdapat huruf Hamzah ( ﺀ ) atau tanda Mati selepas huruf Mad.

tp kenapa mad silah qasirah, mad tamkin, mad iwad n mad badal juga tergolong dalam mad far’i..? sedangkan xde huruf hamzah atau huruf yg bertanda mati selepas huruf mad.. mohon penjelasan………..

umat66 said...

saya bukan pakar dlm bab ni. apa yg saya tahu mad farie ada 2 jenis. 1. farie di segi lafzi 2. di segi maknawi. Yg tuan kata baca lebih 2 harakat tu yg lafzi, iaitu yg nampak madnya secara jelas kemudian ditambah tanda lain spt hamzah. tapi yg maknawi madnya tak jelas pada zahir/ada gangguan..tapi ia dianggap mad. walaupun bacaannya sama spt mad asli tapi dia tak leh masuk kumpulan asli sbb keadaan tidak asli mad...contoh, mad silah/mad iwad<--tak menepati ciri2 mad kalau tengok zahirnya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil