PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

OLIMPIK LONDON 2012: MENGUJI SENSITIVITI UMAT YANG TELAH TIADA

Saturday, July 28, 2012

Malam tadi tirai Olimpik London telah dibuka dengan rasminya. Temasya sukan terbesar dunia dengan penyertaan daripada 204 negara (wikipedia). Begitu meriah sekali. Olimpik kali ini akan berlangsung selama 17 hari antara 26 julai hingga 13 ogos 2012 di kota London, ibu kota penjajah yang pernah menakluki sebahagian besar dunia suatu ketika dahulu.


Apa yang dikesalkan olimpik kali ini sangat tidak mesra umat Islam. Ia diadakan dalam bulan ramadhan (8 ramadhan hingga 24 ramadhan). Betul-betul di tengah ramadhan. Ramadhan adalah bulan umat Islam berpuasa. Sukan dan puasa adalah dua perkara yang bertentangan kerana sukan memerlukan tenaga yang banyak sedangkan puasa pastinya akan membataskan tenaga. Malau kalau diperhalusi banyak lagi perkara yang tidak sesuai antara sukan dengan bulan ramadhan.

 Adakah jawatankuasa olimpik tidak sedar perkara ini? Tak mungkin tidak sedar kerana Islam adalah agama yang sangat besar di dunia. Malah dalam jawatankuasa olimpik pun tentu ada yang beragama Islam terutamanya yang menjadi wakil dari negara-negara Islam. Setahun ada 360 hari, nak pilih 17 hari sahaja. Takkanlah tak boleh cari tarikh yang lain. Apa salahnya kalau dibuat selepas raya? atau bulan 5 sebelum ni? Olimpik adalah sukan 4 tahun sekali. Sepatutnya dipilih tarikh yang terbaik bagi semua orang. Barulah adil dan lebih bermutu.

Keadaan ini pastinya akan meletakkan atlit sukan yang beragama Islam dalam dilema, sama ada mahu berpuasa atau tidak. Memang ada pendapat yang mengharuskan mereka berbuka puasa dari mufti dan ulama setempat. Tetapi keinginan dan kecintaan para atlit kepada agama akan meletakkan juga sedikit rasa kesal di hati mereka kerana tidak dapat bersama umat Islam yang lain berpuasa. Saya rasa di sini elok juga kalau para ilmuan di seluruh negara Islam menetapkan fatwa yang berlawanan. Biarkan semua negara Islam tidak menyertai olimpik kali ini. Ini akan memberi pengajaran kepada penganjur pada masa depan supaya menjaga sensitiviti umat Islam. 


Dengan keadaan yang berlaku hari ini, pihak jawatankuasa olimpik tentu lebih memandang rendah tarikh-tarikh penting Islam pada masa akan datang. Sebab mereka sudah lihat, jika tahun ini olimpik dibuat pada bulan ramadhan, umat Islam akan tinggalkan dulu puasa dan mengutamakan mereka. Mungkin tarikh ini juga dipilih untuk menguji sensitiviti umat Islam. Menguji pegangan dan sejauhmana taatnya umat Islam kepada agama mereka. Sesuai sangatlah dengan maskot olimpik kali ini iaitu makhluk bermata satu, bukan orang dan bukan binatang. Bukan juga tumbuhan. Apa sepesis maskot tu? Dalam Islam kita selalu diceritakan tentang makhluk bermata satu dan bahayanya, makhluk yang akan sentiasa cuba memesongkan akidah umat Islam...

Jika menguji sensitiviti itulah tujuan diadakan sukan masa puasa, maka umat Islam seluruh dunia sudah menjawabnya, iaitu umat Islam telah tumpul sensisitivitnya atau hilang terus. Umat Islam telah lebih terpesona dengan nilai dan habuan olimpik. Olimpik adalah perpaduan sedunia, olimpik adalah kesepakatan sedunia, olimpik adalah imej dan maruah negara dan olimpik adalah limpahan rezeki kepada atlit yang menang. Nampaknya negara-negara arab juga lebih rela hilang maruah dari dipandang serong oleh peserta olimpik yang lain.

Tidak adil untuk menghukumkan perjuangan olimpik seperti perjuangan Badar, kerana olimpik adalah sukan yang boleh diperbincangkan tarikhnya sedangkan Badar adalah peperangan.


Apapun, kepada atlit negara yang mengambil bahagian, selamat berjuang. Buktikan bahawa kita tetap boleh walaupun sedang menlalui bulan yang sangat mencabar. Ini pasti akan dapat mengangkat kembali maruah kita yang mungkin dipandang dengan sebelah mata.

2 comments:

Anonymous said...

boikot ajer...

Delisha Haseena said...

ntah! boikot olimpik yg tah pape ni! bukan best pun, ak mmg xlayan la bnda2 ni... kan best klu masa ni smua umat Islam xlayan prgram olimpik ni dn xambik bahagian lngsng, msti habis lari bajet dorg, yela umat Islam berjuta2, trillion kot... ermm

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil