PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Hukum Puasa Ramadhan

Saturday, July 21, 2012

Jumhur ulama telah menetapkan bahawa hukum puasa di bulan ramadhan adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang telah cukup syarat. Puasa itu juga merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Ini bermakna sesiapa yang meninggalkan puasa ramadhan tanpa sebab maka hukumnya adalah haram dan mendapat dosa besar. Ibadah ini mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun kedua hijrah. Wajibnya puasa ini didasarkan kepada firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, maka diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa" - Surah al-Baqarah: 183

Disamping itu ada juga beberapa hadis mengenainya, antaranya ialah sebuah hadis yang bermaksud:
"Dibina Islam di atas lima perkara; pertama mengucap dua kalimah syahadah, kedua mendirikan solat, ketiga mengeluarkan zakat, keempat berpuasa di bulan ramadhan dan kelima mengerjakan haji di Baitullah" - Riwayat Muslim

Berdasarkan nas-nas yang jelas itulah umat Islam diwajibkan berpuasa. Mungkin ada yang rasa sukar untuk melakukan ibadah puasa. Tetapi perlu diingat bahawa sebagai orang Islam kita wajib mentaati perintah Allah. Itulah tanda keimanan dan ketakwaan kita kepada-Nya. Islam itu bukan hanya setakat mengucap dua kalimah syahadah sahaja, tetapi ia perlu diikuti dengan bukti amalan. Cuba perhati kepada umat Islam di zaman Rasulullah SAW, mereka telah membuktikan keimanan mereka kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan penuh ketakwaan. Bukan setakat berlapar tetapi mereka juga terpaksa melalui penyeksaan, penindasan dan penghinaan dari orang-orang kafir. Mereka juga telah melalui banyak kecemasan dan kekejaman peperangan. Semuanya dilalui dengan sabar dan penuhh harap akan redha Allah. Kerana itulah mereka diakui sebagai umat yang terbaik, umat yang selayaknya mendapat balasan syurga Allah.

Jadi, perintah puasa ramadhan ini hanya satu ujian dan cubaan Allah yang kecil sahaja terhadap kita. Marilah kita sama-sama menjunjung titah ini dengan penuh jujur dan ikhlas. Semoga kita mendapat pahala darinya dan terlepas dari dosa yang akan mencampakkan kita ke dalam neraka Allah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil