Mula-mula, buka komputer kerana ada kerja. Bila dah buka, rasa nak berinternet. Lepas tu rasa nak tengok facebook. Ye lah, mana tahu kot-kot ada sesuatu yang penting dari kawan-kawan kat situ. Mula-mula tu tengok le mesej, tak ada. Lepas tu pulak wall. Baca post kawan-kawan. Baca ulasan dan komen-komen. Baca komen ni pun kadang-kadang jadi 'ghalik' juga. Macam-macam gelagat ada. Maklumlah kat facebook, muka tak nampak, orang kenal. Nak tulis apapun tak kisah. Tu yang seronoknya mengomen kat sini, sampai terlebih-lebih pun biasa ler..
Makin lama makin jauh. Kerja tadi belum sentuh apa lagi. Tengah-tengah baca post dan komen-komen, terpandang pulak facebook seseorang dan rasa tertarik. Mula le tengok profile dia, tengok gambar-gambar dia dan macam-macam. Lepas tu berjangkitlah pulak, dari seorang ke seorang. Kalau yang elok tak apa. Tapi biasanya orang lebih senang tertarik dengan yang tak elok. Sekarang ni macam-macam ada kat facebook. Dari yang baik-baik sampailah kepada yang paling buruk. Semua ada kat facebook. Ada tu kita kena cari dulu baru jumpa. Tapi ada sesetengahnya, kita tak caripun dia datang pada kita.
Sayapun kadang-kadang rasa malu kalau buka facebook depan anak-anak. Sebab selalu timbul akaun facebook yang seksi-seksi kat tepi. Terutamanya yang tertera perkataan 'subscribe'. Orang dari mana ntah datangnya.
Yang join dan follow group lagi le. Kalau dah timbul satu isu, maka habislah satu hari atau satu malam. Aku tulis, engkau tulis, aku tulis, engkau tulis...sedar-sedar masa dah habis. 3-4 jam masa berlalu begitu saja.
Kerja yang nak buat tak jadi apa. Masuk kosong, keluarpun kosong di segi hasil kerja. Tu lah lekanya. Tu belum sampai bab ketagih lagi. Kalu yang dah ketagih tu tak usah cerita ler. Oleh itu, saya nak bagi peringatan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan semua, jangan terlalu leka. Fokus jangan hilang. Ingat kerja kita. Nak layan facebook boleh, tapi biar berpada-pada. Biar kita yang menguasai dia, jangan dia yang kuasai kita. Sekian saja..
Total Pageviews
Pandangan/Komen/Apa Saja
RENUNGAN HARI INI
Janganlah kita suka menangguhkan kerja. Kerja hari ini, kita buat hari ini. Jangan tunggu besok.
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
kata Ibnu Umar; "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menunggu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah menunggu waktu petang..."
Rujukan
Lekanya bila buka komputer
Wednesday, March 14, 2012Posted by umat66 at 10:19:00 AM
Labels: Rasa Nak Kata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment