Ciri mukmin yang berjaya
1 | Beriman kepada Allah |
2 | Menunaikan solat dengan khusyuk |
3 | Menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia |
4 | Mengeluarkan zakat |
5 | Menjaga kehormatan diri |
6 | Menunaikan amanah dan janji |
7 | Memelihara solat |
Panduan khusyuk dalam solat
Mengagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah | Memahami maksud setiap ayat dan lafaz yang dibaca |
Tidak mengingati perkara lain yang boleh melalaikan | Memastikan suasana dan tempat solat tenang dan aman |
Menumpukan pandangan ke tempat sujud | Memberi sepenuh perhatian kapada Allah |
Ditunaikan secara ikhlas | Mengharapkan Allah menerima solatnya |
Menyempurnakan segala syarat dan rukun solat | Merasakan diri seorang hamba berhadapan dengan penciptanya |
Contoh perbuatan sia-sia
1. Melepak
2. Berjalan tanpa tujuan
3. Berbual kosong
Keburukan perbuatan sia-sia
1. Membuang masa
2. Menjatuhkan maruah
3. Mudah terjebak ke arah maksiat
Erti zakat
Sebahagian harta yang dikeluarkan daripada harta yang tertentu, diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat yang tertentu
Jenis zakat
1. Zakat harta
2. Zakat fitrah
Hikmah zakat
1. Membersihkan harta
2. Membantu golongan fakir miskin
3. Mengeratkan silaturrahim
4. Merapatkan jurang ekonomi antara orang kaya dan miskin
Cara menjaga kehormatan diri
1. Menutup aurat
2. Menjauhi pergaulan bebas dan zina
3. Menyalurkan keinginan nafsu melalui perkahwinan
4. Menghindarkan diri daripada perkara-perkara keji seperti rasuah dan penyelewengan
Akibat tidak menjaga kehormatan diri
1. Dimurkai Allah
2. Dipandang hina oleh masyarakat
3. Menjatuhkan maruah keluarga
4. Terdedah kepada maksiat
5. Terdedah kepada penyakit merbahaya
Hukum menjaga amanah dan janji
Menjaga amanah dan janji hukumnya wajib. Orang yang mengkhianati amanah dan mungkir janji termasuk dalam golongan munafik
Tanda-tanda orang munafik
1. Berdusta apabila bercakap
2. Mungkir apabila berjanji
3. Khianat apabila diberi amanah
Cara memelihara solat
1. Mengerjakan solat pada waktunya
2. Menyempurnakan semua rukun solat apabila bersolat
3. Mengerjakan solat dengan khusyuk
Pengajaran ayat
1. Tunaikan solat dengan khusyuk
2. Allah telah menjelaskan beberapa ciri mukmin berjaya sebagai panduan umat Islam
3. Umat Islam hendaklah memelihara kehormatan diri dan maruah
4. Menunaikan janji dan amanah mencerminkan peribadi muslim
5. Setiap orang Islam mesti berazam untuk berjaya di dunia dan di akhirat
7 comments:
terbaik
Tq permudahkn budak SPM mcm saye ni
Mantul boss ku
Tq,Dengan ni saya dpt memahami ciri ii mukmin yang berjaya
🥰
Tidak berguna
tq
Post a Comment