PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 6: CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

Tuesday, July 5, 2011



قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
2.
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ


Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
3.
وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ


Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
4.
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ


Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5.
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ


Dan mereka yang menjaga kehormatannya;
6.
إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ


kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
7.
فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ


Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8.
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ


Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9.
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ


Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
10.
أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ


Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi;
11.
الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ


Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Ciri mukmin yang berjaya

1

Beriman kepada Allah

2

Menunaikan solat dengan khusyuk

3

Menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia

4

Mengeluarkan zakat

5

Menjaga kehormatan diri

6

Menunaikan amanah dan janji

7

Memelihara solat

Panduan khusyuk dalam solat

Mengagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah

Memahami maksud setiap ayat dan lafaz yang dibaca

Tidak mengingati perkara lain yang boleh melalaikan

Memastikan suasana dan tempat solat tenang dan aman

Menumpukan pandangan ke tempat sujud

Memberi sepenuh perhatian kapada Allah

Ditunaikan secara ikhlas

Mengharapkan Allah menerima solatnya

Menyempurnakan segala syarat dan rukun solat

Merasakan diri seorang hamba berhadapan dengan penciptanya

Contoh perbuatan sia-sia

1. Melepak

2. Berjalan tanpa tujuan

3. Berbual kosong

Keburukan perbuatan sia-sia

1. Membuang masa

2. Menjatuhkan maruah

3. Mudah terjebak ke arah maksiat

Erti zakat

Sebahagian harta yang dikeluarkan daripada harta yang tertentu, diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat yang tertentu

Jenis zakat

1. Zakat harta

2. Zakat fitrah

Hikmah zakat

1. Membersihkan harta

2. Membantu golongan fakir miskin

3. Mengeratkan silaturrahim

4. Merapatkan jurang ekonomi antara orang kaya dan miskin

Cara menjaga kehormatan diri

1. Menutup aurat

2. Menjauhi pergaulan bebas dan zina

3. Menyalurkan keinginan nafsu melalui perkahwinan

4. Menghindarkan diri daripada perkara-perkara keji seperti rasuah dan penyelewengan

Akibat tidak menjaga kehormatan diri

1. Dimurkai Allah

2. Dipandang hina oleh masyarakat

3. Menjatuhkan maruah keluarga

4. Terdedah kepada maksiat

5. Terdedah kepada penyakit merbahaya

Hukum menjaga amanah dan janji

Menjaga amanah dan janji hukumnya wajib. Orang yang mengkhianati amanah dan mungkir janji termasuk dalam golongan munafik

Tanda-tanda orang munafik

1. Berdusta apabila bercakap

2. Mungkir apabila berjanji

3. Khianat apabila diberi amanah

Cara memelihara solat

1. Mengerjakan solat pada waktunya

2. Menyempurnakan semua rukun solat apabila bersolat

3. Mengerjakan solat dengan khusyuk

Pengajaran ayat

1. Tunaikan solat dengan khusyuk

2. Allah telah menjelaskan beberapa ciri mukmin berjaya sebagai panduan umat Islam

3. Umat Islam hendaklah memelihara kehormatan diri dan maruah

4. Menunaikan janji dan amanah mencerminkan peribadi muslim

5. Setiap orang Islam mesti berazam untuk berjaya di dunia dan di akhirat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil