Surah al-An'am; 70 وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). |
Maksud perbuatan mempersendakan agama
Perkataan atau perbuatan yang menjatuhkan martabat agama
Mengapa mempermainkan agama haram
1. Merendahkan syiar Islam
2. Mencetuskan perbalahan dan pergaduhan
3. Merosakkan Iman
Contoh perbuatan mempermainkan agama
1. Memperkecilkan tuntutan agama
2. Bangga apabila melanggar larangan Allah
3. Menghina orang yang bertakwa
4. Menyanjung perbuatan maksiat
5. Tidak bersolat
6. Makan di khalayak ramai pada siang hari di bulan ramadhan
7. Tidak membayar zakat
Golongan yang sering mempersendakan agama
Nama Golongan | Huraian |
Musyrikin | Orang yang menyekutukan Allah |
Munafik | Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman |
Murtad | Orang yang keluar daripada Islam |
Asi | Orang Islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkarinya |
Langkah menjauhi perbuatan mempersendakan agama
1. Mengamalkan ajaran Islam dalam diri, masyarakat dan negara
2. Sentiasa melakukan amal soleh dan akhlak mulia
3. Menjauhkan diri daripada golongan yang mempersendakan agama
4. Membangunkan ekonomi
5. Meningkatkan pengetahuan dan kepakaran
Pengajaran ayat
1. Kita wajib menjaga kesucian agama Islam
2. Agama Islam bukan alat kepentingan peribadi atau golongan tertentu
3. Orang yang mempersenda agama akan menerima seksaan yang pedih
4. Kita wajib menjauhi perbuatan atau amalan yang menjatuhkan maruah diri dan agama Islam
5. Kekuasaan dan kekayaan yang tidak mengikut syariat Islam tidak boleh melindungi diri daripada azab Allah
18 comments:
mohon share.
Terima kasih.
Baiklah
hai
MRSM Beseri
Thanks info
Apakah tanggungjawab individu muslim untuk memelihara agama?
Cara memelihara agama dan kesan pada perbuatan ... blh ditambah ...
MRSM MERBOK
Trima kasih ia memudah kan sya untuk jawab ujian
Good
Balasan perbuatan mempermainkan/mempersendakan agama seperti dalam ayat?
hukuman orang yang mempersendakan agama
x banyak info la harap bole diperbaiki
Terima kasih bagi ceramah maktab saya. Mantapp👍
Terbaik
thanks!
tq,because you help me
from=fairuz and zaky
Post a Comment