PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG TING 4 dan MODUL GEMILANG TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PnP anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI GURU 2013^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Tuliskan Sajak/Cerpen/Novel yang berunsur agama..hantarkan kepada umat66@gmail.com..tulisan anda akan dimasukkan ke blog ini untuk tatapan semua pembaca..BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

PELAJARAN 4: HIDAYAH MILIK ALLAH

Tuesday, July 5, 2011

Surah al-An'am: 125

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Maksudnya;
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

Erti Hidayah

Petunjuk Allah ke jalan yang benar kepada sesiapa yang dikehendaki

Cara untuk mendapatkan hidayah

1. Berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan Allah

2. Sentiasa berdoa dan memohon hidayah

3. Mematuhi segala perintah Allah

4. Menjauhi perkara yang di larang oleh Allah

5. Berakhlak mulia

6. Bergaul dengan orang yang soleh

7. Membersihkan jiwa dari sifat tercela

8. Melakukan ibadah

Kesan hidayah kepada manusia

1. Berubah dari seorang yang tidak beriman kepada beriman

2. Peningkatan ketara dalam ibadah

3. Mengamalkan perbuatan baik

4. Meninggalkan perbuatan mungkar

5. Gembira dan tenang menjalankan perintah Allah

6. Benci kepada maksiat

7. Tetap beriman sekalipun diseksa

8. Terdorong melakukan amar makruf nahi mungkar

Hukum berdakwah

Wajib

Tujuan dakwah

· Menarik minat orang bukan Islam untuk memeluk Islam

· Memelihara kesucian Islam

· Mencegah kemungkaran

Cara berdakwah yang berkesan

1. Berdakwah secara hikmah

2. Melalui perbincangan yang baik

3. Melalui pergaulan yang baik

4. Menggunakan kemudahan teknologi terkini

5. Menunjukkan akhlak yang terpuji

Pengajaran ayat

1. Allah sahaja yang berkuasa memberi hidayah

2. Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat iman dan Islam

3. Orang yang mendapat hidayah akan menerima Islam

4. Ucapan, perbuatan dan amalan orang yang menerima hidayah akan menjadi baik

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil