PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PnP anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT TAHUN BARU 2017, SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di hari akhirat kelak

Friday, May 20, 2011

وعن أبي هريرة رضى الله عنه عن النبي قال : سَبْعَةٌ يُظِلُّمُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاظِلَّ إِلا ظِلُّهُ : إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ و َرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَة ٌذَاتُ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتّى لاتَعْلَمَ شِمَالُهُ مَاتُنْفِقُ َيمِيْنُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ تَعَالَى خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ ( متفق عليه
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya; Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang membesar dalam beribadah pada Allah; lelaki yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah ; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah maka disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)

1. Imam yang adil
Pemimpin yang memerintah berlandaskan syariat Allah dalam hal-hal yang telah qatei. Ia berijtihad dengan sejujur-jujurnya dalam hal yang tiada nas yang jelas. Mengutamakan yang wajib dari yang sunat atau harus. Mengutamakan meninggalkan yang haram dari yang makruh. Mengutamakan tuntutan agama dari tuntutan kuasa atau keuntungan dunia. Sentiasa menegakkan yang hak dan menjauhi yang batil.

2. Pemuda yang membesar dalam beribadah pada Allah
Lelaki atau wanita yang diasuh untuk beribadat kepada Allah sejak dari kecil lagi. Dari mula akil baligh sehingga dewasa dia terus-terusan melaksanakan ibadat kepada Allah, mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Baik ketika remaja mahupun ketika belia, dia sentiasa taat kepada Allah. Tidak saat dalam hidupnya, dia terlupa dan terlali terhadap tanggung jawabnya terhadap Allah

3. lelaki yang hatinya selalu terikat pada masjid;
Orang hatinya sentiasa ingat kepada masjid samada untuk melakukan ibadah wajib mahupun sunat seperti iktikaf. Ia berada di masjid pada setiap waktu solat untuk solat berjemaah. Hatinya merasa tenang dan damai sepanjang di masjid. Setiap kali meninggalkan masjid, ia bercita-cita untuk datang lagi pada waktu solat yang berikutnya.

4. dua orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah ;
Dua orang yang saling menyanyangi semata-mata kerana Allah. Ia menyanyangi sahabatnya kerana ia adalah saudara seagamanya. Ia tidak mengharapkan apa-apapun dari sahabatnya itu. Ia sentiasa bersedia untuk membantunya. Kesusahan dan kesakitan sahabatnya adalah sama seperti kesusahan dan kesakitannya.

5. seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’;
Orang yang menolak atau menjauhi zina semata-mata kerana takutkan Allah. Ia mempunyai peluang untuk melakukannya. Dengan wanita yang sangat cantik dan mempunyai kelebihan. Ia juga sangat meminati perempuan tersebut, tetapi ia menolaknya kerana takutkan Allah. Bukan kerana takut, malu atau sebagainya.

6. Orang yang bersedekah maka disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya;
Orang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya itu. Sedekahnya semata-mata kerana Allah dan tidak dizahirkan kepada sesiapapun hatta dirinya sendiri. Ia merahsiakan sedekahnya jauh dari pengetahuan orang lain.

7. Orang yang berzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya
Orang yang ikhlas, insaf dan benar-benar menghayati kebesaran Allah di dalam zikirnya. Dalam berzikir ia benar-benar merasa menyesal di atas dosa-dosanya, merasa kerdil di hadapan Tuhannya, merasa sangat takut kepada Tuhannya dan sangat berharap kepada Tuhannya..

Wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil