PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PnP anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT TAHUN BARU 2017, SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Kenapa nama Nabi disinonimkan dengan perkara buruk?

Friday, April 8, 2011

Hari ini terdapat bermacam-macam gelaran yang dimulakan dengan Mat dan minah. Antaranya mat rempit, mat pit, mat gian, mat rock dan mat jiwang. Manakala yang perempuan pula digelar minah, minah rempit, minah karan, minah pit, minah sundal dan sebagainya lagi.


Perkataan mat tentunya gelaran atau singkatan bagi nama Muhammad. Manakala Minah pula lahir dari nama Aminah. Nama Muhammad digunakan buat pertamanya kalinya di atas dunia ini oleh Nabi kita Muhammad saw dan Aminah pula ialah bonda baginda.

Perkara ini secara halus mencemarkan imej Rasulullah saw dan bonda baginda. Malah ada ibu bapa yang tidak sanggup meletakkan nama tersebut kepada anak mereka kerana takut dipanggil dengan gelaran sedemikian oleh rakan-rakannya kelak.

Bagaimana bermulanya kaitan antara perkara negatif dengan nama Nabi tersebut dan apakah motifnya? Mungkinkah ini perancangan licik musuh-musuh Allah? Adakah ini satu cara untuk menjauhkan umat Islam dari Rasulnya? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Namun sebagai orang Islam yang sangat menghormati nama Muhammad dan bondanya Aminah, sebaiknya hindarilah dari menggunakan gelaran-gelaran sedemikian. Semoga kita tidak terjebak dengan unsur-unsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw

1 comments:

Muhammad said...

Mat = Muhammad >>>???
Maaf ye sdara krn sy jga berpendapat bhw gelaran mat adlh tdk sama maksudnya dgn nama baginda Rasulullah SAW...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil