PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PnP anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT TAHUN BARU 2017, SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Jiwa Kacau..suka duka seorang bapa

Thursday, December 2, 2010

Tersentuh hati saya menonton filem 'Jiwa Kacau' tadi. Tahniah kepada semua yang terlibat dengan pembikinan filem tersebut. Tanpa adegan panas, seksi dan menjolok mata ceritanya tetap menarik dan membuatkan penonton terpaku di depan tv.



Antara perkara yang diserlah dalam cerita tersebut ialah mengenai kesusahan, kesabaran dan kasih sayang seorang bapa dalam membesarkan anak-anak. Bukan sedikit derita di hati bapa jika anaknya bermasalah. Tetapi bapa tetap cekal dalam menghadapinya.

Kenanglah jasa bapa. Bersama-sama ibu, bapa mengorbankan seluruh hidupnya untuk membesarkan anak-anak. Seluruh keringat dan kudrat dikerah untuk mencari rezeki bagi mempersiapkan keperluan anak-anak. Tidak ternilai wang dan harta yang telah dibelanjakan untuk anak-anak. Terlalu banyak. Ada ketika berhenti penat, ada ketika menanggung sakit, ada ketika hilang upaya dan ada ketika bergadai nyawa. Begitulah perit dan berlikunya bapa mengerah tulang empat kerat demi anak-anak. Di laut, di sawah, di hutan belantara, di kota-kota semuanya sama... sukar dan merebut seluruh tenaga.

Kenanglah jasa bapa, yang menggendong dan mendukungmu pada pagi, petang dan malam hari. Yang memangku tidurmu, yang melayanmu bermain, yang membawamu ke sana ke mari, yang melindungimu, yang merawat ketikat sakitmu dan yang menderita membesarkanmu..

Kenanglah jasanya, janganlah sesekali derhaka kepadanya. Janganlah diguris hatinya, jangan dihina dirinya, jangan dijauhi darinya, jangan dilupai pengorbanannya dan jangan dibuang kasih sayangnya..Tiada balasan bagi anak yang menderhakai ibu bapa melainkan laknat Allah dan neraka yang penuh seksa.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil