PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PnP anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT TAHUN BARU 2017, SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

KHasiaT PuCuK KeRiaN

Saturday, November 27, 2010

Tuan-tuan kenal tak pokok kerian? Pokok ni biasanya tumbuh di tepi-tepi padang, atas batas sawah dan sekitar rumah. Masa kecil-kecil dulu saya selalu makan buahnya. Buahnya yang putik berwarna merah dan bertukar menjadi hitam apabila masak. Pokoknya boleh membesar dan tinggi seperti pokok durian. Kawasan tanah pasir dan dalam hutan belantara rasanya tak ada pokok ni.



Nak ambil buahnya terpaksalah panjat dan patah-patahkan dahan. Kemudian kutip buahnya dan masukkan dalam cuka. Pendek kata habislah mulut jadi warna jingga lepas makannya. Bukannya kenyangpun, tetapi tu lah antara makanan kegemaran kanak-kanak masa tu. Makanan ringan, KFC dan yang moden-moden belum wujud lagi kot..kalau adapon duit lak yang tak ada.

Jauh pulak ceritanya. Yang nak cerita kat sininya ialah khasiat pucuk kerian tu. Ni orang tua yang bagi tau. Katanya pucuk kerian tu boleh dibuat ubat kenan. Kenan tu yang bengkak-bengkak kat kepala kanak-kanak. Ia selalunya akan buat kepala kanak-kanak berkudis.

Cara gunanya, ambil pucuk kerian dan campur dengan sedikit beras. Tumbuk atau giling sampai hancur. Masukkan juga sedikit air supaya sebati. Bila dah siap, sapukan di tempat yang kenan tu. Sapu bila nak tidur lah yang eloknya. Insya Allah penyakit kenan tu akan hilang.

Ni ikhtiar je..boleh lah cuba kalau nak..kalau tak caya pun tak apa..
wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil