PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Jejak Kasih

Wednesday, November 24, 2010

Dengan facebook aku cuba menjejak kawan-kawan lama. Yang dah 10, 20 dan ada yang dah 30 tahun tak jumpa. Kawan masa sekolah rendah, masa sekolah menengah, masa tingkatan empat dan lima, masa tingkatan enam, masa di universiti, masa di maktab dan masa di Sarawak.



Maklumlah umur dah banyak, tentulah dah banyak tempat yang aku singgahi. Lagipun aku banyak berkelana semasa muda remaja dulu. Dari Kelantan, ke Selangor, ke Terangganu, ke Kuala Lumpur dan kemudian ke Selangor balik untuk belajar. Selepas itu aku ke Johor dan ke Sarawak pula untuk bekerja. Aku rasa bertuah kerana di setiap tempat yang aku singgahi, aku sentiasa dipertemukan dengan rakan-rakan yang dapat menerima aku. Rakan-rakan yang akrab dan sentiasa bersama mengharungi hidup waktu itu. Berada jauh dari keluarga dan kampung halaman. rakan adalah sangat penting dan utama. Merekalah penghibur ketika sunyi, pencukup ketika tiada, peneman ketika sakit dan penguat ketika lemah.

Tapi selepas banyak tahun tak jumpa, bukan senang juga untuk cam dan kenal balik rakan-rakan lama. Maklumlah semuanya dah berubah. Dulu kecil dan hensem-hensem semuanya. Sekarang ada yang dah boroi, rambutpun dah berubah warna dan ada yang dah hilang rambutnya. Penampilan pun turut berubah sebab kerjapon macam-macam. Dari pegawai kecil sampai pegawai besar, kakitangan kerajaan, profesional, usahawan, korporat dan wakil rakyat semuanya ada. Kepada yang darjat bawahan sepertiku atau atasan semua tu, terima kasih yang tidak terhingga kerana masih sedia menyambung silaturrahim dulu. Terima kasih kerana meletakkan persahabatan masa lalu sebagai sesuatu yang tidak dapat dihapuskan oleh masa, jarak dan perbezaan darjat masa kini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil