PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Syurga di Bawah Telapak kaki Ibu

Saturday, September 25, 2010

Soalan
sebenarnya, apakah memang benar di bawah telapak kaki ibu itu ada syurga....????????
sebaliknya dibawah telapak kaki para wanita itu apa(sebagai tanda kandungan hidup di dunia\perjalann ) sebaliknya juga para lelaki.????????????????


Diskusi

Soalan di atas agak mengelirukan. Saya paste je soalan tu. Insya Allah saya akan jawab mengikut apa yang saya faham

Syurga di bawah telapak kaki ibu merupakan maksud bagi sebuah hadis. Ianya merupakan satu ungkapan yang sangat popular. Memang kita tak akan jumpa syurga kalau kita angkat kaki ibu kita dan lihat di bawahnya. Itu hanyalah suatu tamsil atau perumpamaan sahaja. Tamsil banyak digunakan dalam al-quran sendiri. Tujuannya ialah untuk menyentuh hati manusia.


Berbagai cara Tuhan dan Rasul memberi ajaran atau nasihat kepada manusia. Ada yang secara langsung, ada yang diberi perbandingan dan ada yang dengan cara tamsil dan ada kinayah (sindiran). Tamsil pula dilakukan dengan berbagai perkara. Ada orang kalu ditamsilkan dengan perkara ini, dia tak tersentuh. Tapi dengan tamsil lain dia tersentuh. maklumlah hati orang tak sama, begitu juga dengan pengalaman, pengetahuan dan perjalanan hidup yang berbeza.

Ungkapan di atas sebenarnya bermaksud syurga itu terletak di bawah keredhaan ibu. Kalau ibu redha, kita akan dapat masuk syurga. Sebaliknya kalau ibu tak redha, kita akan terhalang dari memasuki syurga, walaupun pahala kita banyak. Tentulah syurga dan neraka juga bergantung kepada amalan-amalan yang lain. Tetapi redha ibu juga menjadi salah satu kunci untuk memasuki syurga. Ini sesuai dengan firman Allah;

Ertinya:Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkataan ‘uf”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

[Surah al-Isra’,17:23]

Maksud ini juga diperjelaskan lagi dengan beberapa hadis lain. Antaranya ialah sebuah hadis yang dikenali sebagai kisah al-Qamah. Insya Allah saya akan postkan kemudian

Kenapa pula hanya ibu sahaja yang disebutkan. Bagaiamana dengan redha bapa. Redha bapa juga termasuk dalam perbahasan di atas. Sama juga seperti redha ibu. Al-Quran selalu menggunakan perkataan walidayya atau walidaini yang bermaksud kedua ibu bapa. Cuma di sini Rasul menyebut ibu sahaja bagi menunjukkan kedudukan ibu yang lebih tinggi berbanding bapa di sisi anak. Dikatakan ibu 3 kali lebih tinggi darjatnya berbanding bapa. Ini adalah kerana kesukaran dan kesusahan yang ditanggung ibu lebih banyak berbanding bapa. Ibu mengandung, melahir dan menyusu anak. kesemua itu tidak dirasai oleh bapa.

Wallahu a'lam

1 comments:

Unknown said...

OWO

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil