PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Jilbab Dan Hukum Pemakaiannya

Thursday, September 23, 2010

ana ingin bertanya kepada ukhti..........
apa makna dari jilbab dan hikmah nya............

ana bertanya tentang ini,karnja yang ana tau hanya sekedar menutup aurat saja... pada hakekatnya ana belum tau apa yang terkandung dalam isi pertanyaan ana tentang jilbab......
mungkin bila ukhti tau makna dan hikmahnya jilbab, agar bisa jadi pelita bagi sang pembaca khususnya para wanita.

Diskusi
Solan ini sebenarnya ditujukan kepada orang lain, tetapi diforwardkan kepada saya..bagus juga untuk sama-sama kita diskus. Banyak fahaman terhadap apa itu jilbab. Ada yang kata jubah, ada yang faham tudung (khimar) dan ada yang faham jilbab ialah yang menutup sampai ke muka sekali (cadar/cadur/burqa') dan ada yang faham jilbab ialah pakaian yang menutup aurat. Kerana fahaman yang berbeza itulah maka hukum pemakaiannya turut berbeza, ada yang kata wajib dan ada yang kata tidak. Menurut kamus al-Marbawi jilbab/jalbab/jilabiyyah ialah baju kurung yang labuh. Labuhnya biasa sampai ke kaki. Pakaian ini juga sering dikaitkan dengan tradisi arab. Contoh terbaik kalau nak tengok ialah pakaian wanita Iran.

Apa yang saya tahu, tidak ada hukum wajib memakai jilbab di dalam Islam. Islam hanya menetapkan wajib menutup aurat. aurat perempuan ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Perkara ini memang telah menjadi ijma ulama..wajib dipercayai sama dengan wajib percaya hukum wajib solat. Islam telah menetapkan beberapa peraturan berpakaian bagi umat Islam. Terserah kepada individu dan masyarakat setempat untuk memilih dan merekacipta apa jua jenis pakaian asalkan menutup aurat dan mengikut syarat yang ditetapkan. Syarat-syarat tersebut ialah;

1. menutup aurat
2. Bukan dengan tujuan berhias atau melawa
3. Menggunakan kain yang tebal (bukan yang tipis) sebagai kain pakaiannya.
4. Tidak ketat dan menggambarkan bentuk tubuh.
6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
8. Bukan pakaian untuk bermegah-megah.

Walaupun begitu, jilbab mempunyai kedudukan yang utama sebagai pakaian wanita Islam. Ia merupakan pakaian yang telah dipakai oleh umat Islam sejak sekian lama. Setakat ini saya juga tidak nampak pakaian lain yang benar-benar dapat memenuhi syarat-syarat di atas selain jilbab.
Di antara strategi yang digunakan oleh orang kafir untuk melemah dan menumbangkan Kerajaan islam terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniyyah di Turki ialah dengan menyebarkan dakyah dan membentuk fahaman bahawa kebanyakan amalan umat islam adalah diambil dari tradisi arab, bukannya dari ajaran islam yang sebenar. Melalui media, pendidikan dan sebagainya mereka mendakwa jilbab, purdah, serban, jubah, janggut dan banyak lagi sunnah Nabi hanyalah tradisi arab. Ramai umat islam yang terpengaruh dan mula berpaling meninggalkan kesemua itu dengan berbagai alasan. Umat Islam menjadi jauh dari agama dan hilang sensitiviti. Akhirnya mereka tumpas di kaki orang bukan Islam.

Kesimpulan saya, walaupun jilbab bukanlah sesuatu yang mutlak ke atas wanita muslim tetapi ia adalah sebaik-baik pakaian bagi mereka

Berkenaan dengan hikmahnya pula, tujuan berpakaian antaranya ialah untuk menghindari maksiat. Pakaian yang sopan dan menutup aurat akan menjauhkan wanita Islam dari pandangan jahat lelaki. Pandangan itu akan membawa kepada maksiat yang lain seperti menggoda, rogol dan sebagainya.

Apabila lelaki tidak tertarik atau ghairah, maka anda akan selamat dan aman dari gangguan mereka.

Jilbab juga akan menjauhkan pemakainya dari maksiat. Orang yang berpakaian begitu akan merasa malu untuk pergi ke tempat yang tidak baik seperti disko dan kelab malam. Mereka juga akan merasa malu untuk melakukan sesuatu yang tidak baik seperti berpelukan di khalayak. Dengan itu jilbab itu akan menjadi pendinding kepada mereka dari maksiat. Kecuali jika seseorang itu memakai jilbab dengan tujuan yang tidak baik seperti memakai jilbab untuk mencuri.

Orang yang tidak melakukan perkara yang tidak baik pula akan dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat.

Tetapi yang paling penting, seseorang yang memakai jilbab akan mendapat pahala kerana telah melaksana perintah Allah supaya menutup aurat. Sebaliknya orang yang mendedahkan aurat akan dicampakkan ke dalam neraka sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam peristiwa isra' mikraj.

Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 31, maksudnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka....."

Ingatlah, orang kafir (yahudi dan nasrani) akan sentiasa memujuk, memaksa dan mengajak orang Islam supaya menjadi seperti mereka. Mereka akan cipta dan popularkan pakaian mereka. Mereka akan berikan gambaran yang tidak baik dan tidak selesa kepada unsur2 agama. Jilbab selalu dikaitkan dengan pengganas dan kolot.

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (yahudi dan nasrani) yang diberikan kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi kafir sesudah kamu beriman"
maksud ayat 100 surah ali imran

"Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali setuju atau suka kepada kamu sehingga kamu menurut agama mereka (terpesong dari ajaran Islam)
maksud ayat 120, surah al-Baqarah

wallahu a'lam





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil