PENGUMUMAN : DAPATKAN SEGERA.......buku NASIHAT KEPADA ANAK BERKENAAN IBU BAPA.......buku yang memperincikan tanggung jawab anak terhadap ibu bapa. Miliki segera untuk mendalami lagi tanggung jawab anda kepada ibu bapa anda. Juga supaya anak-anak anda memahami tanggung jawab mereka terhadap anda sebagai ibu bapa*****-------- DAPATKAN SEGERA....NOTA GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM SPM....buku rujukan/nota Pendidikan Islam SPM yang sangat sesuai untuk calon-calon SPM*****Dapatkan juga MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 4 dan MODUL GEMILANG PENDIDIKAN ISLAM TING 5, buku kerja yang akan menjadikan PDPC anda lebih mudah, berkesan dan menarik......SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 2017, MAAF ZAHIR DAN BATIN^^^^^^SEMUA GURU PEND ISLAM/B ARAB DIPELAWA MENYERTAI GROUP FACEBOOK DISKUSI GURU PENDIDIKAN ISLAM.....Hubungi saya di umat66@gmail.com.BLOG INI LEBIH SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX...MUNGKIN PAPARANNYA BERBEZA JIKA MENGGUNAKAN INTERNET EXPLORER

Sosilawati Dibunuh Kejam

Sunday, September 12, 2010


Misteri kehilangan Susilawati Lawiya dan tiga lelaki bersamanya sejak hampir dua minggu lepas akhirnya terjawab dengan tertangkapnya tujuk suspek yang dipercayai terlibat dengan kes itu. Mengikut sumber kesemua mangsa telah di bawa ke sebuah ladang dan dipukul sehingga mati. Kemudian mayat mereka telah dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib. Manakala Kosmo online pula melaporkan abu mayat tersebut di buang ke dalam sebuah sungai berhampiran ladang gadong, Tanjung Sepat. Kejadian pembunuhan ini dikatakan berlaku di dalam sebuah ladang bersepadu di Tanjung Sepat. Di antara yang di tahan ialah seorang Datuk, remaja berusia 19 tahun dan wanita.

Rujukan
Utusan online/Kosmo online dan beberapa laman web

Al-Fatihah buat roh mereka semua. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Pembunuhan ini menambahkan lagi siri pembunuhan kejam dalam negara kita. Sebelum ini ada yang dibunuh dan dipotong-potong lalu ditanam dan ada yang diletup. Kali ini mayat dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai. Terlalu sukar untuk dibayangkan betapa kejam dan dahsyatnya...

Beberapa perkara yang menyentuh fikiran saya di sini ialah;
1. Kehidupan kita semakin dipenuhi ketakutan dan rasa tidak selamat. Jenayah berada di sekeliling kita. Hampir setiap hari ada kes pembunuhan yang dilaporkan di dalam suratkhabar yang berlaku dalam negara kita. Kes curi, curi kenderaan, pecah rumah dan ragut sudah hampir menjadi kebiasaan.

2. Teringat semula kata-kata Tan Sri Musa Hassan bahawa ada campurtangan luar di dalam urusan kerja polis. Ada laporan yang mencatatkan, suspek kes Sosilawati mempunyai ramai kenalan VIP yang menyebabkannya 'terselamat' sebelum ini, di samping pengetahuannya dalam bidang undang-undang. Kita percaya dengan kenyataan tiada campurtangan dari KDN, tetapi tak mungkinkah campurtangan dari pihak lain?

3. Kemanusiaan semakin tipis. Manusia sanggup bertindak sekejam itu ke atas sesama manusia.

Selamat bersara Tan Sri Musa Hassan

Berdoa dan berusahalah semoga Malaysia sentiasa aman damai. Kita dapat tidur lena dan sentiasa merasa terjamin dan selamat.

4 comments:

umat66 said...

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu hilang bersamanya melalui detik ngeri diseksa, dibelasah selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.Penjenayah yang seolah-olah tidak mempunyai belas kasihan mencurahkan petrol sebelum membakar mayat mangsa sehingga menjadi abu bertujuan menghilangkan bukti jenayah. Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

petikan dari mymetro

umat66 said...

Peguam yg menjadi supek ialah Datuk K. Patmanaban, 41, dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah, Banting. Beliau didpercayai memiliki harta yang luar biasa

Sumber; kosmo online

Anonymous said...

Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

“Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.

Anonymous said...

hasil siasatan tidak menolak kemungkinan mangsa bersama tiga lelaki lain disembelih menggunakan senjata tajam.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
 

Segala kandungan dalam blog ini adalah pendapat penulis. Jika ada yang salah, penulis pohon jutaan maaf, sentiasalah merujuk dan berpegang dengan pendapat yang lebih teguh dalilnya. Blog ini hanyalah sekadar perkongsian sesama insan daripada penulis yang lemah dan masih jahil